Saturday, July 30, 2022

 

Alhamdulillah segala puja dan puji kepada Allah Taala, dengan qudrat dan iradatNya, majlis rawatan jarak jauh anjuran MAJLIS DAKWAH NEGARA di bandar Sandakan hari ini telah berjalan dengan jayanya. Sekalung penghargaan kepada pihak PDRM, JHEANS dan Majlis Pembandaran Sandakan
kerana telah membuka ruang kepada orang ramai hadir dan mendapatkan rawatan.
Kejayaan hari ini dapat dilihat dengan kesan sembuh serta merta yang dialami oleh para peserta. Ditambah lagi dengan pemintaan mereka agar rawatan seumpama ini diadakan lagi di Sandakan dalam masa terdekat. Permintaan yang sama juga datang dari bandar-bandar lain di negari Sabah iaitu dari Tawau, Lahad Datu, Kudat dan kota Kinabalu.
Walau bagaimanapun untuk pengetahuan semua, terutama yang ingin mendapatkan rawatan kami, kami amat memohon maaf. Ini kerana rawatan jarak jauh ini terpaksa kami hentikan sehinggalah Allah SWT mengizinkan kami meneruskan. Ini bukan kerana kami takut atas kencaman atau penghinaan manusia tetapi untuk mengelakkan fitnah yang dilontarkan kepada kami. Fitnah yang mengatakan kami menunggang agama untuk kepentingan kami.

Hendaklah diketahui dan difahami bahawa rawatan jarak jauh ini bukanlah kami yang menghilangkan dan menyembuhkan mereka yang tampil bermasalah selepas vaksin. Namun ianya adalah dengan Kuasa dan Keperkasaan ALLAH SWT. Ini kami selalu tekankan dalam setiap sesi rawatan jarak jauh kami. Apakah kepentingan yang agaknya kami inginkan dari manusia sedangkan yang menghilangkan dan menyembuhkan mereka adalah Allah SWT. Adakah kami layak campur tangan dalam urusan Allah menghilangkan dan menyembuhkan hamba-hambaNya.

Kami turut rasa terkilan apabila kurnia ALLAH TAALA ini tidak disambut baik oleh para agamawan di negara tercinta ini. Malah ada yang menyeru agar kami menghentikannya kerana ia perkara syirik dan ada pula menyeru agar kami kembali ke pangkal jalan kebenaran. Apa yang salah dengan rawatan jarak jauh kalau yang menghilangkan dan menyembuhkan itu adalah Allah Taala? Adakah ada kebenaran atau yang hak selain Allah Taala? Apakah mustahil Allah SWT melakukan sedemikian melalui hambaNya? Lagi pun Mufti Negeri Sembilan telah memperjelaskan bahawa rawatan jarak jauh ini dibenarkan dalam Islam.

Kepada Allah SWT jua kita memohon petunjuk dan keampunan.