Saturday, July 9, 2022

program Korban di Kg Babusalam raya haji 2022

Alhamdulillah syukur ke hadarat Allah dapat kami melaksanakan korban di Kg Babusalam, Semporna. Sebanyak 8 ekor dikorbankan pada tahun ini 2022. Walaupun kepayahan dengan harga yang sudah tinggi, syukur dapat dilaksanakan pengorbanan indah ini.

Inilah amalan yang tidak ditinggalkan setiap tahun Yang Mulia Kakak Hajjah Asnah Alhassaniyyah yg tidak jemu menasihati dan mengajak kami berkorban apa jua di Jalan Allah terutama hari raya korban buat hijab kita api neraka.

Terima kasih tidak terhingga kepada anakanda YM Tuan GURU, Puan Sitti Kalshum dan suami Saudara ijan, saudara Ghulam Rasul, Imam Nordin serta AJK & penduduk Babusalam sekalian yang dirahmati Allah SWT yang tidak mengenal erti penat mengurus pelbagai acara demi memuliakan hari-hari besar dalam Islam.

Suka admin mengingatkan kita tentang hadis larangan memotong kuku/rambut mulai awal Zulhijah sehingga hari lembu dikorbankan pada hari raya aidil adha. YM Tuan Guru kita berkata bahawa  saranan Nabi SAW sebagaimana hadis itu adalah untuk mereka yang sedang berihram mengerjakan haji di tanah haram, Mekah, bukanlah di kampung peserta korban masing-masing. Harap ini dpt memberi penjelasan huraian kata2 Nabi SAW itu.