Sunday, August 7, 2022

sempena sambutan Asyura 10 Maharam 1444

Kita akan raikan hari Asyura iaitu hari kemenangan Islam bersama-sama bagi tahun ini 10 Muharam1444 bersamaan hari isnin, 8.8.2022.

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Asyura berasal dari perkataan Arab “asyara” iaitu sepuluh yang merujuk kepada hari ke sepuluh dalam bulan Muharam.

Di dalam catatan sejarah Islam, hari Asyura menyaksikan banyak peristiwa-peristiwa besar lagi luar biasa yang tidak boleh tercapai di fikiran otak manusia kepada para Nabi antaranya:
■Pensyariatan puasa kepada umat Islam selama sebulan di bulan Ramadan adalah rentetan dari puasa orang Yahudi pada 10 Muharam.
■ Allah SWT mengampuni dosa-dosa bapa kita Nabi Adam AS
■Allah S.W.T. telah menyelamatkan Nabi Musa AS dan kaumnya dari dihambat Firaun bersama bala tenteranya, serta melemaskan mereka di Laut Merah
■Allah menurunkan kitab Taurat kepada nabi Musa AS.
■Bahtera nabi Nuh AS telah selamat mendarat di atas Bukit Judi selepas mengharungi badai gelombang selama 6 bulan
■ Allah SWT memberi kesembuhan kepada Nabi Ayub AS dari penyakit yang dideritainya, kulit Nabi dipenuhi ulat sehingga semua ahli keluarganya meninggalkan Nabi sendirian.
■ Nabi Sulaiman AS mendapat semula kerajaan pemerintahannya bagi semua manusia, jin, binatang dan segala makhluk Allah.
■Pertemuan dua beranak Nabi Yusuf AS dan Nabi Yaakub AS yang saling mencintai setelah berpisah selama 40 tahun. Nabi Yusuf AS keluar dari penjara juga pada hari Asyura.
■Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari dibakar oleh Raja Namrud
■Hari pertama Allah menciptakan alam, Arasy, Loh Mahfuz, malaikat Jibril, menurunkan hujan dan rahmatNya.
■ Nabi Idris AS diangkat ke langit oleh Malaikat Israfil AS.
■Nabi Isa AS diangkat ke langit pada hari Asyura dan akan turun dan dibangkitkan semula.
■Nabi Yunus AS selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

~Umat Islam juga disunatkan puasa pada 10 Muharam.
●Berpuasa pada 9 dan 10 muharram atau 10 dan 11 muharram.
Daripada Abu Qatadah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya.
[ HR Ibn Majah (1738)]

●Melebihkan Infaq untuk keluarga pada 10 muharram.
Rasulullah bersabda:
مَنْ وَسَّعَ عَلى عِيَالِهِ وَ أَهْلِهِ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ وَسَّعَ اللهُ عَلَيْهِ سَائِرَ سَنَتِهِ
“Barangsiapa yang meluaskan pemberian untuk keluarganya (tidak berkira-kira) pada Hari Asyura' (10 Muharram), Allah SWT akan meluaskan rezeki bagi orang itu dalam seluruh Tahunnya."
(HR Baihaqi No: 3795)

● Berbuat baik kepada anak yatim.

Sabda Nabi SAW
وَمَنْ مَسَحَ يَدَهُ عَلَى رَأْسِ يَتِيمٍ يَوْمَ عَاشُورَاءَ رَفَعَ اللَّهُ تَعَالَى لَهُ بِكُلِّ شَعْرَةٍ دَرَجَةً
Dan barang siapa mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, niscaya Allah mengangkat darjatnya pada setiap rambut yang diusapnya“.
( Tanbihul Ghafilin)

❤️Pada hari mulia Asyura juga menjadi amalan jemaah kami dengan memberi orang ramai makan dengan berkenduri kerana meraikan dan membesarkan peristiwa luar biasa para Nabi-nabi terdahulu.

❤️❤️Mudah-mudahan pada hari Asyura esok ini, diampuni dosa dan kesalahan serta kesilapan umat manusia dan dijauhkan segala bala dan azab dan tercapai kelak akhirnya kita menjadi umat yang satu serta tercatat satu sejarah baru Kebenaran Islam Naik ke kemuncak tinggi apabila terbukti kini Allah SWT menunjukkan Qudrat dan IradatNya apabila manusia yang sakit telah pulih kembali dengan serta merta dengan keberkatan dan kemuliaan doa dari seorang Wali Allah.



Meraikan hari Asyura pada 8.8.2022 bersama YM Tuan GURU