بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
Kelas Pengajian Al-Quran bersama Yang Mulia Tuan Guru Haji Abdul Rahim AlHassaniyyah pada 13 November 2016
Ummatul Wahidah (one nation) hanya wujud pada period ini seperti berikut:-
1. Nabi Adam AS;
2. Nabi Nuh AS;
3. bakal wujud akan datang _kita yakin.
وَمَا كَانَ النَّاسُ إِلَّا أُمَّةً وَاحِدَةً فَاخْتَلَفُوا ۚ وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ فِيمَا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ ﴿19
Manusia dahulunya hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih. Kalau tidaklah karena suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulu, pastilah telah diberi keputusan di antara mereka, tentang apa yang mereka perselisihkan itu. ﴾19﴿ Yunus
Dalam tempoh Nabi Adam AS masih wujud Ummatul Wahidah (One Nation), tapi lama kelamaan manusia diseleweng oleh hasutan iblis. Selepas banjir zaman Nabi Nuh AS hanya orang Islam sahaja yang tinggal. Tapi lepas itu manusia berpecah dan menyeleweng dari Agama Islam.
Selepas era Nabi Nuh AS keadaan menjadi teruk sudah, manusia bukan sahaja orang kafir malahan orang Islam pun teruk. Ada yang masih menyembah berhala walaupun Nabi-nabi telah diutus untuk menyembah Yang Maha Esa.
Persoalannya adakah One Nation itu boleh berlaku lagi sebelum kiamat? Kita rujuk Surah At Taubah ayat 32 - 33 dan hadis Nabi SAW yang menyatakan agama Islam akan tersebar ke semua rumah, ada kemungkinan besar One Nation ini boleh berlaku!
Sayugia diingati 6 perkara penting yang harus difahami iaitu:-
1. Kita semua manusia di muka bumi ini adalah dari satu keturunan kerana itu kita bersaudara yang berasal dari Nabi Adam AS dan Siti Hawa AS. Justeru itu hendaklah kita berkasih sayang;
2. Tuhan kita adalah satu iaitu Allah SWT tuhan yang menciptakan kita dan alam ini;
3. Agama tuhan kita juga satu yang dibawa oleh para Nabi-nabi dan para Rasul dari masa ke semasa kepada kaumnya yang telah disempurnakan oleh Rasulullah SAW yang didasarkan atas kasih sayang yang diberi nama Agama Islam.
4. Musuh kita juga satu iaitu Iblis dan agen-agennya iaitu nafsu dan dunia. Oleh iti, hendaklah kita berhati-hati akan penipuan dan yang menipudayakan.
5. kita semua adalah khalifah Allah SWT oleh itu hendaklah kita mentadbir dunia ini dengan undang-undang dan peraturan Allah SWT mengikut Al-Quran dan Al-Hadis agar kita selamat dunia dan akhirat.
6. Kembalilah kita kepada Allah SWT dan berserah dirilah kepadazNya sebelum azab datang kelak dan kita tidak dapat ditolong lagi.
Dengan memahami 6 fakta diatas maka bererti kita boleh wujudkan One Nation. Manusia akan bersatu. Ini adalah kerana kita akan berada di Fasa ke 3 selepas Nabi Adam AS dan Nabi Nuh AS, tidak susah bagi Tuhan untuk mengatakan bukan?
Nabi SAW bersabda:
“Akan datang kepada kalian masa kenabian, dan atas kehendak Allah masa itu akan datang. Kemudian, Allah akan menghapusnya, jika Ia berkehendak menghapusnya. Setelah itu, akan datang masa Kekhilafahan ‘ala Minhaaj al-Nubuwwah; dan atas kehendak Allah masa itu akan datang. Lalu, Allah menghapusnya jika Ia berkehendak menghapusnya. Setelah itu, akan datang kepada kalian, masa raja menggigit (raja yang dzalim), dan atas kehendak Allah masa itu akan datang. Lalu, Allah menghapusnya, jika Ia berkehendak menghapusnya. Setelah itu, akan datang masa raja diktator (pemaksa); dan atas kehendak Allah masa itu akan datang; lalu Allah akan menghapusnya jika berkehendak menghapusnya. Kemudian, datanglah masa Khilafah ‘ala Minhaaj al-Nubuwwah (Khilafah yang berjalan di atas kenabian). Setelah itu, Beliau diam”. [HR. Imam Ahmad]
Hadis diatas diriwayatkan Ahmad, 4/273, dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Ash-Shahihah no. 5)
Sudah terbukti samada dari wahyu Tuhan atau kajian santifik manusia bersaudara. Semua manusia sedar dan akui Tuhan itu satu cuma konsep ketuhanan tidak sama. Hujjah mereka semua agama membawa kepada Tuhan hanya jalannya berbeza. Masalahnya konsep ketuhanan mereka salah sebab iblis sudah main peranan dan pesongkan!
Kita boleh berdakwah kepada orang hindu dan buddha dengan mengatakan kalau ada patung tidak akan sampai kepada Tuhan!
YM Guru kita bercerita mengenai Nirvana yang bermaksud insan kamil sebab sudah sampai kepada Tuhan. Semua agama mahu sampai Nirvana tetapi konsep ketuhanan mereka salah sebab iblis sudah main peranan.
Orang-orang hindu dan buddha senang saja kita dakwah sebab mereka ada konsep mengenal diri dan membuang "keakuan", mereka ingin menyatu dengan Pencipta.
Sekarang tiada ulama yang mengatakan kita bersaudara, banyak mereka yang bercakap kita bermusuhan. Sebenarnya kejahilan yang jadi musuh manusia.
إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ بِالْحَقِّ بَشِيرًا وَنَذِيرًا ۖ وَلَا تُسْأَلُ عَنْ أَصْحَابِ الْجَحِيمِ ﴿11
Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (Muhammad) dengan kebenaran; sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, dan kamu tidak akan diminta (pertanggungan jawab) tentang penghuni-penghuni neraka. ﴾119﴿ Al Baqarah
ا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ ﴿28
Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui. ﴾28﴿ Saba'
Nabi SAW sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Jadi tugas kita ialah untuk memberitahu siapa Nabi SAW. Kejahilan mereka telah menyebabkan mereka hina Nabi mereka sendiri, kejahilan itu musuh mereka. Pintu masuk kepada Tuhan itu melalui Nabi SAW _ Anta Babullah (Engkau Nabi adalah pintu kepada Tuhan).
Kegagalan kita kenalkan manusia kepada Nabi SAW sebabkan mereka hina Nabi. Kita beritahu mereka yang kamu olok-olokkan itu adalah Nabi kita juga, Nabi seluruh umat. Mereka tidak tahu yang Nabi Muhammad SAW diutus untuk semua!!
Nabi Isa diutus untuk Bani Israil. Rujuk ayat berikut:
وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ ۖ فَلَمَّا جَاءَهُم بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَٰذَا سِحْرٌ مُّبِينٌ ﴿6
Dan (ingatlah) ketika Isa ibnu Maryam berkata: "Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, yaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)". Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata". ﴾6﴿ As Saff
Nabi Isa diutus untuk Bani Israil. Ini tertulis dalam injil Barnabas yang ditolak kristian. Mereka terima injil Matthew dan St Paul yang mana berita kedatangan Nabi bernama Ahmad dibuang. Berita gembira bagi kristian adalah kedatangan kali kedua Nabi Isa AS untuk mengalahkan orang Islam, sedangkan yang disebut dalam Al Quran ialah datangnya Nabi Muhammad SAW membawa Glad Tidings.
Kenapa dalam Al-Quran disebut Ahmad dan bukan Muhammad?
pesan YM Tuan Guru RA (mau diingat betul-betul) : Ahmad itu nama di langit dan Muhammad itu nama di bumi. Sewaktu Nabi Isa AS beritahu kaumnya Nabi Muhammad belum ada jadi digunakan nama di langit!!
Nabi ada 99 nama antaranya Ahmad, Muhammad, Taha, Yaasin.....
Selepas datangnya Nabi Muhammad SAW, pendita2 kristian tak terima sebab mereka nak pertahankan pangkat dan kedudukan mereka. Paderi-ppaderi dulu dan sekarang pandai baca AlQuran. Tanya mereka itu betul-betul adakah mereka itu Islam?
وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ لِمَ تُؤْذُونَنِي وَقَد تَّعْلَمُونَ أَنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ ۖ فَلَمَّا زَاغُوا أَزَاغَ اللَّهُ قُلُوبَهُمْ ۚ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ ﴿5
Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, mengapa kamu menyakitiku, sedangkan kamu mengetahui bahwa sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu?" Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik. ﴾5﴿ As Saff.
Ini kata-kata Nabi Musa AS kepada kaumnya Bani Israil yang diutuskan baginda untuk mereka
Maknanya Islam adalah untuk semua umat. Gereja akan jatuh sebab ianya bagai sarang labah-labah. Cantik tapi bila ada angin dari timur maka akan roboh ia! Foundation kristian tidak ada!
Ulama-ulama kita cakap kuat tapi tiada angin. Tuan Guru RA cakapnya lembut tapi menusuk jiwa. Tuan Guru tidak ada siapa yang mengenalinya sebab makamnya terlalu tinggi.
Kalau umat Islam sama amalannya, zikir, takbir, iktikaf maka akan wujud satu umat Ummatul Wahidah. Tujuan dakwah kita ialah untuk membawa manusia kepada Allah Awwaludin makrifatullah.....
Ulama hanya tahu Tuhan tapi tak kenal Tuhan. Kata Nabi ulama sekarang fasik!!
YMTG RA walau bercakap dengan lembut orang tak mengantuk sebab ada kekuatan. Ulama-ulama sekarang perlu lawak jenaka untuk orang tak mengantuk..ini tiada ada kekuatan!
Kesimpulannya, akan wujud lagi sekali Ummatul Wahidah kerana YMTG RA telah dilantik oleh Nabi SAW dan kita akan teruskan ajaran dan tugas YM Tuan Guru Haji Ghulam Hassan AlBikangi RA. Ini tidak diperkatakan oleh ulama zaman ini. Mereka suka gaduh mau jihad saja. Kita akan berdakwah meeruskan tugas YMTG RA...sekian
Catatan Bass Ismail