Kelas Pengajian Al-Quran bersama Yang Mulia Tuan Guru Haji Abdul Rahim Al Hassaniyyah pada 23 Novmber 2016 bersamaan 25 Safar 1438H.
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ ﴿55﴾
Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa DIA sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana DIA telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh DIA akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-NYA untuk mereka, dan DIA benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa.
Mereka tetap menyembah-KU dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. An Nur ﴾55﴿
Janji Allah kepada sesiapa yang beriman dan beramal soleh:
1. Dijadikan mereka berkuasa (penguasa) di permukaan bumi;
2. DIA mengukuhkan bagi mereka Agama yang diredhaiNYA Menyebarkan Islam ke seluruh dunia; dan
3. DIA mengubah keadaan mereka dari ketakutan dan keamanan
2. DIA mengukuhkan bagi mereka Agama yang diredhaiNYA Menyebarkan Islam ke seluruh dunia; dan
3. DIA mengubah keadaan mereka dari ketakutan dan keamanan
DIA memilih siapa yang DIA pilih walaupun ada orang yang tidak suka. Janji Tuhan satu masa nanti bumi ini akan diwariskan kepada hambaNYA yang soleh. Sudah tentu DIA akan kuatkan Agama Islam dan orang Islam akan jadi aman. Melalui kitalah semua perkara ini berlaku
Siapa orang yang beriman itu dan beramal soleh itu? Orang yang menyembah Allah SWT tanpa mempersekutukan DIA dengan sesiapa. Mereka tidak takut dan harap melainkan kepada ALLAH SWT. Kalau ada yang syirik mereka tidak akan dipilih ALLAH kerana Iman mereka tidak tulin. Mereka takut nyatakan kebenaran, takut hilang pangkat, hilang pujian, takut hilang kerja. Kalaupun mereka beramal soleh, mereka tak akan dipilih sebab mereka berharap kepada makhluk.
Orang yang kerja dengan Tuhan dia akan jadi pemimpin dunia. Yang kerja dengan hambaNYA tak akan dilantik.
Nabi2 dan Rasul2 tidak ada buat apa2 business. YMTG RA bila sudah kerja sama Tuhan dia tinggalkan business.
Tugas utama para pemimpin Islam itu adalah menyampaikan risalah Tuhan maka DIA tidak pilih orang yang takut selain DIA. Bukan semua yang layak jadi pemimpin.
Tugas utama para pemimpin Islam itu adalah menyampaikan risalah Tuhan maka DIA tidak pilih orang yang takut selain DIA. Bukan semua yang layak jadi pemimpin.
Bila kita harap orang, jadi syirik, bila kita takut orang, jadi syirik. Takut dan harap hanya kepada ALLAH SWT dan inilah ciri utama pemimpin Dunia.
Tuhan tidak mungkir janji! Bila DIA mengatakan janjiNYA ianya benar walaupn DIA berhak untuk batalkan janjiNYA. Itulah sebab keyakinan kita kepadaNYA 100%.
Melalui kita bumi akan aman dan peperangan terhenti. Kita pegang kuat janji Tuhan melalui lidah YMTG RA yang mengatakan yang kita akan jadi pemimpin, kita yakin 100%. Takkan ada manusia yang boleh patahkan hujjah Tuhan sedangan kepandaian manusia yang hanya sedikit pun dari DIA. Boleh saja DIA ambil balik ilmu manusia tidak ada yang susah bagi Tuhan.
Oleh kerana kita mengasaskan kerajaan Imam Mahdi maka berarti ajaran YMTG RA akan diamalkan dan bertahan sehingga datangnya Imam Mahdi.
Kebenaran tidak lama lagi akan muncul dari ufuk Timur, giliran The Man From The East. Dunia akan menyaksikan pertembungan yang hebat and that will the end of Ahlul Kitab...sekian
Catatan Bass Ismail