Tuesday, November 29, 2016

Kelas Pengajian Al-Quran 16 November 2016

Kelas Pengajian Al-Quran bersama Yang Mulia Tuan Guru Haji Abdul Rahim AlHassaniyyah pada 18 November 2016
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ ۖ وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ ﴿146﴾
Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian diantara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui Al Baqarah 146
Orang Yahudi dan Nasrani kenal Nabi SAW tapi mereka sembunyikan fakta. Mereka kenal Nabi SAW  sebagaimana mereka kenal anak-anak nereka sendiri, jelas bagi mereka. Manakala wahabbi pula tidak kenal Nab SAW.
: الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمُ ۘ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ ﴿Al Anam 20
Orang-orang yang telah Kami berikan kitab kepadanya, mereka mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak beriman (kepada Allah).
Tuhan mengulangi kata-kata  bahawa Yahudi dan Nasrani kenal Nabi SAW tapi mereka sembunyikan. Jadi tugas kitalah untuk memperkenalkan Nabi SAW.
Malang bagi Wahabbi pula anggap Nab SAW orang biasa jadi mereka tak kenal Nabi SAW.
Uwais Al Qarni RA tidak terkenal di bumi tapi terkenal di langit, doanya makbul. Walaupun tidak pernah jumpa Nabi SAW tapi Nabi berwasiat kepada Saidina Umar AlKhattab  dan Saidina Ali Karamallahu Wajhah  untuk mencari beliau semasa musim haji. Kata Uwais RA,  Nabi SAW  itu kakinya di bumi kepalanya di arasy. Itulah makrifat yakni dia kenal yang amat sangat  NABI SAW.
Orang sekarang tahu sahaja tapi tak kenal Nabi SAW dalam erti sebenar-benarnya mengenal.
Yahudi kenal betul dengan Nabi SAW sebab sifatnya jelas diterangkan dalam kitab-kitab  mereka, tapi kenal dengan ilmu sahaja.
Tahu dan kenal. Tahu itu umum. Kenal itu penelitian, makrifat.
أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ ۚ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَىٰ إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ ﴿3
Ingatlah, hanya kepunyaan Allahlah agama yang bersih (dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya".
Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya.
Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar. Az Zumar ﴾3﴿
Kata orang-orang  yang sembah patung, perbuatan itu untuk dekatkan diri kepada Tuhan.
Alasan orang hindu dan buddha sama dengan orang musyrik dan memang Tuhan tidak terima alasan ini. Kata mereka memang mereka tidak sembah tapi mereka panggil dia sebagai Tuhan contoh tuhan Krishna atau tuhan Siva. Alasan mereka bagaimana mereka sembah kalau tidak nampak.
Kita orang Islam tidak sembah Kaabah tapi sujud itu sebahagian dari solat dan kita perlu  menghadap Kaabah. Tuhan tidak pernah suruh kita sujud ke Baitullah.
Walaupun Kristian dan Yahudi tahu Nabi SAW, disebabkan dakwah kita tidak kuat mereka tak masuk Islam. Bila sudah naik kebenaran gereja akan jatuh dan Islam akan jadi agama dunia dan berpusu-pusu orang masuk Islam sebab ibadat mereka selama ini kosong.
Semua rahsia Yahudi dan Kristian ada dalam Al-Quran, sudah Tuhan cakap dalam Al-Quran. Kita sampaikan sahaja. Tidak boleh orang kafir kata Al-Quran  itu cakap Nabi SAW sebab pendita mereka dulu pun tidak pernah nafikan Al-Quran dari Tuhan. Al-Quran itu kalam Allah. Kalam yang Qadim. Kita suruh paderi mereka beritahu yang benar. Kita tidak gaduh, tidak debate.. kita datang untuk menyampaikan apa yang dari Tuhan. Ini perkataan Tuhan kalau tolak bahaya rugi diri sendiri.
Agama daripada Adam AS sampai Nabi Isa AS adalah agama dari Tuhan ertinya tunduk dan patuh. Dahulu perkataan Islam tidak disebut sebab Islam itu bahasa Arab.
وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ﴿132
Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’qub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam". Al Baqarah  132﴿
وَإِذْ أَوْحَيْتُ إِلَى الْحَوَارِيِّينَ أَنْ آمِنُوا بِي وَبِرَسُولِي قَالُوا آمَنَّا وَاشْهَدْ بِأَنَّنَا مُسْلِمُونَ ﴿111
Dan (ingatlah), ketika Aku ilhamkan kepada pengikut Isa yang setia: "Berimanlah kamu kepada-Ku dan kepada rasul-Ku". Mereka menjawab: Kami telah beriman dan saksikanlah (wahai rasul) bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang patuh (kepada seruanmu)".Al Maidah ﴾111﴿
Hujjah kita dari Tuhan kalau diberitahu pasti mereka sambut dan masuk Islam berbondong-bondong. Dakwah kita atas dasar kasih sayang, kita bersaudara jesteru itu kami datang pada kamu sebab kami tidak mahu kamu masuk neraka....sekian.
Catatan Bass Ismail