Friday, November 18, 2016

Ikut kebenaran iaitu ikut pemimpin yang benar

Kelas Pengajian Al-Quran bersama Yang Mulia Tuan Guru Haji Abdul Rahim AlHassaniyyah pada 16 November 2016

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Surah At Taubah ayat 119
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ 119

Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.

Beriman dan beramal soleh mesti ada ketua yang siddiqin yang benar seperti YMTG RA. Bukan sebarang orang. Orang yang dekat dengan Tuhan. Wajib kita menyertai orang-orang  yang benar, kalau ada orang seperti ini kita mesti ikut. Nak jadi pemimpin bukan sahaja beriman dan beramal soleh tapi mesti benar!(siddiq)

Kejayaan kita bergantung kepada pemimpin yang benar. Tuhan akan tengok baru Dia beri kejayaan. Apabila dakwah dimulakan orang-orang  Islam mesti angkat bai'ah.

Sampai sekarang belum ada pemimpin Islam yang benar, baik di negara Arab maupun di nusantara. Kalau kita angkat pemimpin yang tidak benar maka negara akan hancur. Dalam pilihanraya siapa yang paling jahat dialah yang menang, yang lurus tidak akan menang. Itulah jadi bala, ekonomi merosot dan malapetaka.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿35

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan. ﴾35﴿ Al Maidah

Contoh pemimpin yang benar yang ditolong Allah adalah Salahuddin Al Ayyubi. Tenteranya dipilih dari kalangan orang yang solat Tahajjud dan berpuasa. Tiada kesalahan Salahuddin yang boleh diexploit oleh kristian dan musuh2 Islam sebab dia orang yang benar.

وَإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ لَّا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمَٰنُ الرَّحِيمُ

Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Al Baqarah   Al-Baqarah  163

Tuhan kamu itu satu dan ditambah dengan sifatNya Ar Rahman Ar Rahim. Dalam perjuangan mesti kerana Allah dan kena ada sifat Ar Rahman Ar Rahim. Samada jihad atau dakwah, mesti ada sifat Ar Rahman Ar Rahim. Boleh tegas tak boleh bersifat kasar.

Dalam ayat di atas, selepas Tuhan kamu itu adalah satu, tiada Tuhan melainkan Dia - Tuhan ulang sebagai penegasan.

Dalam semua peperangan, Nabi SAW dan para sahabat ada sifat Ar Rahman Ar Rahim. Dimulakan dengan dakwah dahulu, bayar jizyah (pengiktirafan supaya orang Islam boleh masuk berdakwah) dan jika itu ditolak pemimpin mereka barulah masuk kerana Allah dengan tujuan untuk sebarkan Islam (risalah Tuhan). Perang pula dengan yang menentang sahaja. Dalam Islam ada banyak larangan semasa perang. Yang dihapuskan hanya penghalang bukan semua. Mesti ada sifat Ar Rahman Ar Rahim.
Sifat yang Tuhan gabungkan dalam Bismillahirahmannirahim. Apa-apa pekerjaan kita mulakan dengan Bismillahirahmannirahim. Sifat ini mesti jadi dasar dan asas tindak tanduk kita supaya menjadi rahmat dan penyelamat semua umat manusia, bukan ditakuti tapi disayang dan dihormati semua.


Apa juga tindakan kita walaupun dalam peperangan mesti berdasarkan sifat Ar Rahman Ar Rahim. Kita perang kerana Allah, penghalang mesti dilenyapkan supaya mereka tidak jadi fitnah. Islam berperang untuk sebarkan risalah Tuhan, Islam tidak menjajah macam British. Islam masuk kesesebuah negara untuk jadikan mereka negara Islam supaya Islam dapat disebarkan. Tujuannya supaya ada pemimpin Islam supaya senang Islam disebarkan. Bukan jadikan penduduk tempatan sebagai hamba, kita semua bersaudara.

Kita tonjolkan keperibadian Islam yang tegas, jika langgar undang-undang Tuhan kita akan hukum tidak kira siapa dan kedudukannya. Ini berdasarkan sifat  Ar Rahman Ar Rahim. Pemimpin mesti ada belas kasihan dengan rakyat. Bila dia bolot dan rakus maka hilang sifat Ar Rahman Ar Rahim dan negara jadi rosak. Pemimpin adil itu dekat sama Nabi SAW, sekarang jarang pula ada pemimpin sebegini. Hari ini orang2 Islam berjihad dengan perasaan benci dan dendam tiada sifat Ar Rahman Ar Rahim. Dalam perjuangan tidak boleh buat kekacauan....sekian.


Catatan Bass Ismail