Wednesday, June 8, 2016

AMALAN UTAMA BAGI YANG MULIA TUAN GURU RA

Petikan Dari Kitab Amalan & Ajaran

Dalam meniti jalan kembali kepada Allah SWT, Yang Mulia Tuan Guru RA telah menitikberatkan beberapa amalan dan mengutamakannya. Amalan-amalan utama itu ialah:-

1.      Zikirullah
2.      Sembahyang
3.      Puasa
4.       Sedekah

Zikirullah merupakan pokok bagi semua amalan soleh. Ia adalah pencuci bagi hati yang kotor sehingga hati itu menjadi bersih dan tenteram.

Nabi SAW bersabda:
  
“Bagi tiap-tiap sesuatu ada pencuci, sedangkan pencuci hati itu ialah zikirullah."
  
Maka apabila hati itu bersih ia akan menjadi tenteram. Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Raa'd ayat 28:  “Ketahuilah dengan mengingati Allah SWT hati akan menjadi tenteram."

Kata Yang Mulia Tuan Guru RA, sembahyang fardhu disertai dengan sembahyang sunat akan membawa seseorang ke pintu Tuhan. Manakala puasa wajib dan sunat akan membawa seseorang itu masuk ke dalam pintu Tuhan, sedangkan sedekah wajib dan sunat akan membawanya ke sisi Tuhan.

Kata Yang Mulia Tuan Guru RA kalau ketiga-tiga jenis amalan ini dilakukan dengan istiqamah, orang itu akan menjadi kekasih Allah SWT.

Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW bersabda, Allah SWT berfirman:

“Dan tiada sesuatu yang dapat mendekatkan hambaKu kepadaKu lebih Aku sukai daripada melaksanakan apa yang Aku wajibkan ke atasnya. Dan sentiasalah hambaKu mendekatkan diri kepadaKu dengan nawafil (amalan-amalan sunat) sehingga Aku cinta padanya."   (Hadis Qudsi)

Maksudnya kalau seseorang hamba itu mengerjakan amalan yang fardhu dan sunat dengan istiqamah maka ia akan dicintai Allah SWT.






Inilah kulit kitab Riwayat Yang Mulia Tuan Guru Haji Ghulam Hassan Ali Akbar Al-Haji AlBikangi Rahimahullah.

InsyaAllah kami akan menulis semula isi-isi penting dalam kitab ini. Namun bagi saya semuanya dalam kitab ini penting setiap ayat ada hikmah dan pengajaran untuk kita pelajari.

Sekian salam 4hb ramadhan dan selamat beribadat.


Saturday, May 28, 2016

kitab At-ThariqIlallah

Snopsis: 

Akibat fahaman anti-tasawwuf dan thariqat menyebabkan jalan menuju kepada Allah SWT telah diabaikan bahkan dilupakan oleh majority umat Islam hari ini termasuk para alim ulama. Ini menyebabkan berkurangnya penunjuk jalan k kesana. ..LanjutBagi orang yang ingin menempuh jalan ini akan menghadapi dua masalah; pertama kurangnya penunjuk jalan tersebut dan kedua terdapat banyak tohmahan kononya jalan ini adalah jalan yang memberhaya. Walaupun demikia niat tidak seharusnya melemahkan semangat seseorang mendampingkan diri kepada Allah SWT. Hanya timbul persoalan: 

• Adakah lagi diantara umat manusia yang ingin menempuh jalan kepada Allah, Penciptanya?

• Adakah masih lagi orang-orang yang ingin ingin mendekatkan diri kepada Allah SWT, Pencipta Alam semesta ini?


• Adakah ada diantara kita yang ingin menjadi pencinta Allah yang MahaPemurah lagi Penyayang itu?


Kitab ini menghapuskan kesalah fahaman serta kekeliruan terhadap ilmu tasawwuf dan thariqat. YMTG RA telah merintis jalannya sendiri kepada Allah SWT. Jalan ini diterangkan dengan terperinci dalam kitab ini dengan harapan agar menjadi panduan dan pedoman bagi siapa yang mempunyai keinginan tersebut di atas serta ingin mengetahui jalan ini.   


harga senaskah : RM 25

Sila hubungi salah seorang penama ini untuk menempah/membeli kitab-kitab ini:-

Dr Dalhadi Hasan

   6013-8551521
Tuan Haji Abdul Halim AsSidek Hj Ghulam Hasan Al Bikangi

   6013-8014778
Saudara Abdul Rahim Hj Ghulam Hasan Al Bikangi

   6016-8815099
Puan Nooraini Haji Abu Samah

   6012-3175493
Puan Nor Rasyidah Mustafa

   6019-2401425
Hajah Noor Sham Hj Abdullah

   6019-2881466






Monday, May 9, 2016

Kitab Agama Allah Rahmat dan Penyelamat Bagi Seluruh Alam

Snopsis :

Fitrah manusia inginkan kasih sayang dan belas kasihan. Ia inginkan kedamaian, ketenteraman dan kebahagian yang berpanjangan. Ia inginkan keselamatan dan kesejahteraan. Ia ingin mengetahui dan mengenal Pen nciptaNya demi mencapai kehampiran denganNya dengan harapan akan memperolehi kasih sayang Nya. Ia inginkan kejayaan dan kemenangan. Ia inginkan keadilan, kesaksamaan dan keharmonian. Ia inginkan kemajuan dan kemakmuran. Untuk mencapai keinginan ini umat manusia telah mengambil berbagai-bagai langkah. Langkah yang difikirkan paling berkesan ialah dengan menubuhkan PBB. Beberapa agensi telah ditubuhkan dibawah payung PBB seperti UNICEF, Majlis Keselamatan, UNEF, WFC, yang berperanan untuk mencapai tujuan tersebut. Agensi-agensi ini pula dibantu oleh organisasi-organisasi, para sukarelawan dan individu. Persoalannya mengapa umat Islam masih menemui kegagalan untuk mencapai tujuan tersebut sedangkan segala kepakaran, kecanggihan teknologi moden serta usaha-usaha dalam menubuhkan badan yang lebih sistematik dalam mencapai tujuan tersebut telah diguna pakai? Yang berlaku adalah sebaliknya iaitu penindasan, kekacauan, rusuhan, peperangan dan pertumpahan darah yang berterusan yang membawa kerosakan dan kemusnahan bukan sahaja terhadap jiwa manusia, harta benda bahkan kepada alam ini kerana wujudnya perasaan hasad dengki, dendam kesumat, benci-membenci, musuh-memusuhi dan sifat tamak haloba di kalangan umat manusia yang menyebabkan hilangnya kasih sayang bukan sahaja di antaramanusia dengan manusia bahkan juga dengan makhluk-makhluk lain. Ini juga membawa kepada timbulnya berbagai bencana alam seperti banjir, kemarau, letupan gunung berapi dan penyakit ganjil luar biasa. Apa yang di harap oleh umat manusia selalu tidak menjadi kenyataan. Ini sekaligus menunjukkan kelemahan manusia itu sendiri. Kitab ini lahir untuk merealisasikan keinginan tersebut.

harga senaskah : RM40

Sila hubungi salah seorang penama ini untuk menempah/membeli kitab-kitab ini:-

Dr Dalhadi Hasan

   6013-8551521
Tuan Haji Abdul Halim AsSidek Hj Ghulam Hasan Al Bikangi

   6013-8014778
Saudara Abdul Rahim Hj Ghulam Hasan Al Bikangi

   6016-8815099
Puan Nooraini Haji Abu Samah

   6012-3175493
Puan Nor Rasyidah Mustafa

   6019-2401425
Hajah Noor Sham Hj Abdullah

   6019-2881466












































Monday, April 11, 2016

Selamat bertemu kembali.......

Assalamualaikum wbt para kekasih-kekasih ALLAH;

Bagi pihak admin-admin yang ada didalam group Annisateam, kami memohon maaf kerana sudah lama tidak menulis. Kerana kesibukan masa, atau mungkin kerap berkunjung ke Facebook "Persatuan Kebajikan Annisa". Apa pun alasannya nyata Blog ini terabai.

Hidup kita sementara, hari ini ada esok belum tentu ada. Admin pertama yang mereka bentuk blog ini sudahpun tiada, kesungguhan beliau dari awal untuk mencari idea dan mempelajari cara buat blog ini sangat kami kagumi dan menyebabkan adanya blog ini. Beliau sudahpun pergi pada 28 September 2012, mungkin kerana ketiadaan beliau, blog ini jadi sepi sekian lama. Namun itu hanya alasannya. Yang pergi sudahpun pergi dan berbahagia di alam baru. Buatmu Hajjah Nur Hidayah Haji Mohammad Zaid, selamat berbahagialah kamu di sana. Al-Fatihah,

Namun hati dan perasaan kami tetap mencintai jalan kebenaran. Jalan yang terbentang luas dihadapan kita. Wajarlah kita sentiasa duduk dengan orang-orang soleh untuk mendapatkan kata-kata hikmah. Terasa hati yang layu dan sepi hidup semula segar seperti pokok  yang layu disirami air.

Pun jangan lupalah kita untuk sentiasa zikir mengingati ALLAH SWT ketika duduk, baring atau berjalan. Sebagaimana kata -kata sahabat kita walaupun mungkin kita dalam maksiat berzikirlah mudah-mudahan kita terus meninggalkan maksiat tersebut. Subhanallah.

Rejab 1437 datang lagi, banyakkanlah kita beramal di bulan ALLAH SWT ini. Bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Mudah-mudahan doa kami agar pada bulan Rejab ini kebenaran abad ke 15 naik gilang gemilang agar bukan sahaja kita dan anak cucu kita selamat bahkan satu dunia selamat kerana Agama Islam pastinya akan menjadi Agama resmi dunia. Biarlah orang cakap kami berangan-angan namun tiada mustahilnya jika ALLAH SWT berkehendak. Yang Mulia Guru kami sendiri mengajar kami agar berdoalah dengan doa yang terbaik.

Salam Rejab & Selamat beribadat


Allahyarhamah Hajjah Nur Hidayah bersama Yang Mulia Tuan Guru Haji Abdul Rahim Al Hassaniyah. Blogger pertama blog ini. 




Monday, March 28, 2016

Laporan Indeks Syariah 2015 bertaikh 26 Mac 2016 oleh PM di PICC Putrajaya

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menegaskan pendirian beliau terhadap maqasid syariah dalam
MAJLIS PERDANA ULAMA UMARA 2016 DAN PEMBENTANGAN LAPORAN INDEKS SYARIAH MALAYSIA 2015 bertarikh 26 Mac 2016 BERSAMAAN 04 JAMADILAKHIR 1437 di PICC, PUTRAJAYA.

Dengan memberi peringatan dan amaran kepada alim ulama yang hadir dengan tegas mengatakan :

" ... kita masyarakat majmuk, jadi maqasid syariah ini janganlah dilakukan, dilaksanakan sehingga bertentangan dengan perlembagaan negara, bertentangan dengan mengambil hak mereka daripada agama lain ataupun cuba mengubah cara hidup mereka...."

Perlu diterangan disini bahawa maqasid syariah itu adalah merupakan perlembagaan Allah Taala yang bertujuan menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta bagi keselamatan manusia dunia dan akhirat. Tujuan di atas hanya dapat dicapai melalui perlaksanan undang-undang dan peraturan Islam keseluruhannya terutama undang-undang hudud. Ini bererti ianya mesti berpandukan al Quran dan As Sunnah dan bukan berpandukan ideologi manusia seperti demokrasi kerana undang-undang buatan manusia hanya bertujuan bagi keselamatan manusia di dunia sahaja dan ia dilakukan bukan kerana Allah Taala. Maka jelas sekali perlaksanaan maqasid syariah adalah bertentangan dengan undang-undang dan peraturan yang berdasarkan ideologi manusia seperti demokrasi.

Dalam ucapan PM di atas jelas menunjukkan bahawa dalam masyarakat majmuk, maqasid syariah hanya boleh dilakukan dan dilaksanakan apabila ia tidak bertentangan dengan perlembagaan negara sebaliknya kalau ia bertentangan dengan perlembagaan negara ianya tidak boleh dilakukan dan dilaksanaan maka ini bermaksud perlembagaan negara lebih tinggi dari maqasid syariah atau perlembagaan Allah Taala.

Ucapan PM ini juga bererti kalau alim ulama hendak melaksanakan maqasid syariah hendaklah mereka menyesuaikannya dengan perlembagaan negara agar pemerintah dapat menerima serta menyerapkannya dalam pemerintahan negara.

Aneh dan sedih sekali tidak seorang pun alim ulama yang hadir ketika itu bangun membela perlembagaan Allah Taala itu serta memperingati bahaya ucapan tersebut kepada akidah dan sehingga selepas tujuh hari pun dari majlis tersebut tiada seorang alim ulama bangun membantah secara rasmi atas ucapan tersebut. Kita sebagai umat Islam, apakah pun pendirian kita terhadap ucapan tersebut?

Dipetik dari fb Hadi Hasan 3/42016

http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/indeks-syariah-malaysia-beri-markah-75.42-peratus-kepada-diri-sendiri

https://www.youtube.com/watch?v=2p9xgPWgQqs



PM Malaysia Najib Razak  berkata " ... kita masyarakat majmuk, jadi maqasid syariah ini janganlah dilakukan, dilaksanakan sehingga bertentangan dengan perlembagaan negara, bertentangan dengan mengambil hak mereka daripada agama lain ataupun cuba mengubah cara hidup mereka..." 28hb Mac 2016



Para Ulama dan pemimpin-peminpin sepatutnya menegru PM ucapan beliau itu telah dengan sengaja menjatuhkan undang-undang ALLAH Taala kerana beliau mendahului Undang-undang dunia. Ini bahaya besar menujemput kemurkaan ALLAH SWT.






Kelihatan Mufti dari kalangan pemilmpin dan Ulama seolah-olah bersetuju dengan kenyataan PM
















Saturday, October 20, 2012

What is true love and compassion

What is true love and compassion?

True love and compassion and mercy are all actions and conduct by a person upon himself, his family and other humans and creatures that cause him and them to obtain mercy and pleasure of Allah S.W.T in this world and in the Next world. With this, they will be safe in this world and in the next. It is imperative that in order to bring about true and sincere love and compassion such actions and conduct must be based on the religion of Islam because as explained earlier rules and regulations in Islam are based on mercy and compassion.

It is not called love and compassion if a father defends a guilty child. His action will not make his child realize his wrongdoing and as such both of them will obtain Allah S.W.T.’s wrath. They will not be safe in this world and in the next from Allah S.W.T.’s punishment.

It is also not called love and compassion to mankind when we acknowledge and bless their religion by celebrating together their religious events because they would then be convinced that their religion is true. In this way they will not embrace Allah S.W.T’s religion that is Islam.

Our action will invite permanent wrath of Allah S.W.T upon them and they will obtain continuous punishment from Allah S.W.T. in the next world. Not only that but the faith of the muslims who do such act will be impaired and will invite punishment from Allah S.W.T.

True love and compassion is showing them the straight path by bringing them out from the darkness of the erroneous path they are in by the guiding torch of Islam.

To understand what is true love and compassion, it has brought us to explain about the meaning of “ Mercy ” which Allah S.W.T. has determined on Himself as His firman in Surah Al-Anaam verse 54 :


كَتَبَ رَبُّكُمْ عَلٰى نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ
“Your Lord hath inscribed for Himself mercy.”

That is why Allah S.W.T. sent The Holy Prophet S.A.W as a mercy for the entire worlds to realise or make the mercy which  He has determined upon Himself as a reality to be understood by mankind.

Sunday, September 16, 2012

Program Qurban 1433H di kawasan pendalaman Sabah, Anjuran Persatuan Kebajikan An Nisa Selangor & Kuala Lumpur


 FADHILAT IBADAH QURBAN 

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

 Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih Qurban). Bahawa Qurban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah Qurban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat Qurban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

Hukum Qurban ialah sunat muakad (Sunnat yang dituntut).
Ulama' bersepakat bahawa binatang yang boleh dijadikan qurban hanyalah binatang yang diketegorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina mengikut beberapa syarat yang telah ditentukan seperti sihat, tidak cacat dan sebagainya.
Tarikh Tutup
 Ibadah Qurban 1433H : 20 Oktober 2012
  • Program ini memberi kemudahan umat islam di Malaysia melaksanakan ibadat Qurban.
  • Harga adalah mengikut harga pasaran lembu di Sabah. Harga satu bahagian lembu adalah RM400- RM430.00 atau RM2,800.00 – RM3,000.00 untuk 1 ekor lembu.
  • Harga yang telah ditetapkan termasuk dengan beberapa kos pengangkutan serta kenduri dan tahlil.
  • Qurban  dilaksanakan dikawasan pendalaman Sabah seperti Semporna, Lahad Datu, Tawau, Kudat yang ramai terdiri dari umat Islam tegar miskin.  
Untuk melancarkan urusan Qurban – sila buat tempahan awal sebelum tarikh tutup pada 20hb Oktober 2012 bagi membolehkan pihak secretariat membuat pesanan binatang ternakan yang sesuai untuk diqurbankan.

Nama Akaun: Persatuan Kebajikan An Nisa Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 
Nama Bank: CIMB Cawangan Menara Dayabum
No. Akaun: 1419 0000 2441 08 


gambar korban 1431 di Kg Babusalam, Semporna, sabah

Monday, August 13, 2012

Kutbah Aidil Fitri 2012/1433H oleh YMTuan Guru Haji Abdul Rahim Al Hassaniyyah


Dengan lafaz BismillahirRahmaniRahim.

Assalamualaikum wbt.. khas untuk semua tidak mengira bangsa, status, pangkat dan fahaman politik dan agama.

Terlebih dahulu kami mengucapkan Salam Ramadhan dan selamat beribadat dimalam-malam mulia 10 Ramadhan terakhir, mudah-mudahan kita semua mengecapi kemuliaan "lailatul qadar" agar malam itu Allah SWT ampunkan dosa-dosa dan kesalahan kita dan menyelamatkan kita di seluruh pelusuk dunia ini dari keburukan dunia dan akhirat.  Aminn..

Marilah kita mengambil peluang untuk membaca serta memahami seta menghayati mesej nasihat/teks kutbah Aidl Fitri Yang Mulia Tuan Guru Haji Abdul Rahim Al-Hassaniyyah, agar kita mendapat Rahmat Allah SWT.

Akhir sekali kami dr Team Persatuan Kebajikan An Nisa mengucapkan "Selamat Menyambut Aidil Fitri. Maaf Zahir & Batin".


Pg 1 of 10
Pg 2 of 10
Pg 3 of 10
Pg 4 of 10
Pg 5 of 10
Pg 6 of 10
Pg 7 of 10
Pg 8 of 10
Pg 9 of 10
Pg 10 of 10

Sunday, June 3, 2012

Kepimpinan yg zalim


  • Keadaan di Malaysia kini cenderung kepada kerosakkan dan kehancuran disebabkan oleh kepimpinan yang membawa ke arah kehancuran yang mengaku pembela rakyat sedangkan pada hakikatnya adalah pegkhianat hak-hak rakyat , mereka mengakui mereka mampu mengubah nasib rakyat dan mengubah Malaysia sebagai Negara yang moden yang terkenal di persada dunia, tapi apa yang berlaku kepada Negara kita kini semakin hari semakin NAZAK. 

    Justeru itu, tidak lama lagi penduduk asli yang berasal dari tanah melayu yang merupakan pemilik asal Negara ini, yang akan diberi giliran oleh Allah Taala . 

    Siapakah mereka?

    Mereka itu adalah satu bangsa yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu ini. Pada masa itu ianya terdiri dari dua kumpulan penduduk yang mendiami tanah melayu dan puak yang menduduki hutan belantara(orang asli). Selain daripada dua puak ini yang menduduki Tanah melayu pada masa sekarang adalah bangsa pendatang. 

    Bangsa yang akan diberi giliran memerintah itu ialah golongan yang mendiami persisiran pantai, kebanyakannya masyarakat tersebut mendiami tanah melayu di sekitar Pulau Pinang dan johor. Sesuatu kejadian telah berlaku menyebabkan kebanyakannya telah bertumpu ke johor dan kemudiannya beselerak ke pulau-pulau lain di seluruh nusantara. Masyarakat tersebut tidak menduduki pantai timur Tanah Melayu seperti di Kelantan kerana pada masa itu mereka takutkan kerajaan siam yang menguasai wilayah tersebut.

    Sebagai keadilan Allah SWT,maka tampuk pemerintahan ini akan diserahkan kepada golongan ini untuk memerintah Tanah Melayu(Malaysia). INSYAALLAH…

Thursday, May 31, 2012

Sumbangan Ramadan

Assalamualaikum wbt 

Salam Takzim & Salam ukhwah! Kami dari gabungan Persatuan Kebajikan An Nisa dan An Nisa Publication ingin mengajak semua untuk bersama-sama menghidupkan amalan kebajikan sempena di bulan Rejab yang sangat berkat ini. Serta marilah kita sama-sama memuliakan bulan bulan Rejab, Shaaban, Ramadhan dan Shawal yang sedang dan akan kita tempuhi agar kehidupan kita dan anak cucu di masa akan datang mendapat keberkatan dari ALLAH SWT.

Marilah memberi sumbangan apa sahaja yang kita suka agar orang-orang yang memerlukan mendapat kesinaran sedikit kebahagian dari kita agar kita sesama yang senang dan susah hidup dalam keberkatan dan dicurahi Rahmat ALLAH SWT yang maha luas. Amin

Disertakan bersama-sama ini paparan jemputan sumbangan!