Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menegaskan pendirian beliau terhadap maqasid syariah dalam
MAJLIS PERDANA ULAMA UMARA 2016 DAN PEMBENTANGAN LAPORAN INDEKS SYARIAH MALAYSIA 2015 bertarikh 26 Mac 2016 BERSAMAAN 04 JAMADILAKHIR 1437 di PICC, PUTRAJAYA.
Dengan memberi peringatan dan amaran kepada alim ulama yang hadir dengan tegas mengatakan :
" ... kita masyarakat majmuk, jadi maqasid syariah ini janganlah dilakukan, dilaksanakan sehingga bertentangan dengan perlembagaan negara, bertentangan dengan mengambil hak mereka daripada agama lain ataupun cuba mengubah cara hidup mereka...."
Perlu diterangan disini bahawa maqasid syariah itu adalah merupakan perlembagaan Allah Taala yang bertujuan menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta bagi keselamatan manusia dunia dan akhirat. Tujuan di atas hanya dapat dicapai melalui perlaksanan undang-undang dan peraturan Islam keseluruhannya terutama undang-undang hudud. Ini bererti ianya mesti berpandukan al Quran dan As Sunnah dan bukan berpandukan ideologi manusia seperti demokrasi kerana undang-undang buatan manusia hanya bertujuan bagi keselamatan manusia di dunia sahaja dan ia dilakukan bukan kerana Allah Taala. Maka jelas sekali perlaksanaan maqasid syariah adalah bertentangan dengan undang-undang dan peraturan yang berdasarkan ideologi manusia seperti demokrasi.
Dalam ucapan PM di atas jelas menunjukkan bahawa dalam masyarakat majmuk, maqasid syariah hanya boleh dilakukan dan dilaksanakan apabila ia tidak bertentangan dengan perlembagaan negara sebaliknya kalau ia bertentangan dengan perlembagaan negara ianya tidak boleh dilakukan dan dilaksanaan maka ini bermaksud perlembagaan negara lebih tinggi dari maqasid syariah atau perlembagaan Allah Taala.
Ucapan PM ini juga bererti kalau alim ulama hendak melaksanakan maqasid syariah hendaklah mereka menyesuaikannya dengan perlembagaan negara agar pemerintah dapat menerima serta menyerapkannya dalam pemerintahan negara.
Aneh dan sedih sekali tidak seorang pun alim ulama yang hadir ketika itu bangun membela perlembagaan Allah Taala itu serta memperingati bahaya ucapan tersebut kepada akidah dan sehingga selepas tujuh hari pun dari majlis tersebut tiada seorang alim ulama bangun membantah secara rasmi atas ucapan tersebut. Kita sebagai umat Islam, apakah pun pendirian kita terhadap ucapan tersebut?
http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/indeks-syariah-malaysia-beri-markah-75.42-peratus-kepada-diri-sendiri
PM Malaysia Najib Razak berkata " ... kita masyarakat majmuk, jadi maqasid syariah ini janganlah dilakukan, dilaksanakan sehingga bertentangan dengan perlembagaan negara, bertentangan dengan mengambil hak mereka daripada agama lain ataupun cuba mengubah cara hidup mereka..." 28hb Mac 2016
Para Ulama dan pemimpin-peminpin sepatutnya menegru PM ucapan beliau itu telah dengan sengaja menjatuhkan undang-undang ALLAH Taala kerana beliau mendahului Undang-undang dunia. Ini bahaya besar menujemput kemurkaan ALLAH SWT. |
Kelihatan Mufti dari kalangan pemilmpin dan Ulama seolah-olah bersetuju dengan kenyataan PM |