Sunday, August 14, 2022

ERA MENGIKUT KENABIAN, ERA PERLUKAN BUKTI KEBENARAN _ Dr Hadi Hasan

Sudah berkurun lamanya Agama ALLAH tidak lagi mempelopori sebagai agama dunia. Pada zaman Nabi SAW, Baginda SAW telah menyempurnakan Agama ini, namun tetap ianya belum menjadi agama dunia. Persoalannya bilakah masa itu akan tiba? Atau adakah perkara itu mungkin tidak berlaku? Tidak, ia pasti akan berlaku kerana ini janji ALLAH TAALA di dalam AlQuran. Allah SWT menjanjikan bahawa AgamaNYA tetap DIA naikkan dan akan mengungguli agama lain iaitu menjadikannya agama dunia... ONE WORLD RELIGION. Namun adakah situasi sekarang ini kelihatan kemungkinan Islam sedang menuju era menjadi OWR itu? Seakan-akan sangat MUSTAHIL.

Samada kita sedar atau tidak, Musuh Islam terutama SATU MATA yang dipelopori oleh Zionis, nampaknya telah menggunakan senjata berteknologi tinggi untuk menyekat kenaikkan AgamaNYA. Senjata yang berselindung disebalik manfaat umum telah memasuki sel-sel tubuh manusia dan ALLAH TAALA sahaja yang tahu apa dilakukannya. Kerosakan daripadanya makin tampak kelihatan saban hari bila mana semakin ramai merasai dan menderita mudaratnya walaupun tidak kurang juga yang menafikan itu bukan daripadanya. SENJATA ini memang diperakui dan telah diberi amaran oleh ahlinya awal-awal lagi iaitu apabila ia mula berreaksi dalam sel, tiada siapa akan dapat menghentikan, mengeluarkan apatah lagi memusnahkannya. Adakah Manusia sejagat terutama umat Islam sekarang dalam tempoh menunggu kesannya? ALLAH SWT sahaja yang tahu. Namun yang pasti makin ramai yang menderit dan dikhuatiri telah ramai mati selepas ia memasuki tubuh manusia. Selain itu perkara yang paling membimbangkan ia juga seolah-olah digunakan bagi tujuan menghilangkan pengenalan dan keinginan kepada ALLAH SWT. Sebab itu sekarang ini ramai juga mengadu menghadapi masalah ingatan dan tidak kurang ada yang sudah menghina ALLAH SWT serta ada juga hingga mengaku dia Tuhan.

Dari sudut lain pula, adakah kelengkapan senjata dan teknologi atau ekonomi ataupun ilmu pengetahuan yang dapat melahirkan bijak pandai Islam yang kemungkinan dapat menaikkan Agama ALLAH SWT? Ketika ini tidak kelihatan bahawa ketiga-tiga bidang ini berpotensi menjadi jambatan menaikkan AgamaNYA. MANA mungkin kita dapat mengalahkan musuh Islam sedangkan semua bidang itu kita perolehi dari mereka dan corak pemikiran kita pun hasil dari acuan mereka.
Di beberapa negara bukan Islam, sudah kelihatan berlaku sekatan, penghapus dan penyelewengan ideologi Islam. Lihatlah apa berlaku di Xinjiang, China dan di negara yang penduduknya berlidah arab terutama Arab Saudi yang menjadi khadam tanah haram.

Jadi bagaimana keadaan sebegini akan memungkinkan Agama ALLAH SWT naik mengungguli agama lain dan menjadi OWR. Paling malang apabila umat Islam sendiri leka, tiada semangat untuk menaikkan AgamaNya dan seolah-olah sudah hilang keyakinan kepada Kemampuan dan Kebijaksanaan ALLAH SWT.

MAKA apakah kaedah atau " senjata" yang boleh digunapakai untuk menaikkan AgamaNYA? ADAKAH kekuatan dan kecanggihan teknologi, kekuatan ekonomi atau pintaran orang Islam boleh menaikkan Islam?

Atau ADAKAH mana-mana alim ulama unggul, terutama yang memegang puluhan kelulusan dapat menaikkannya? Siapakah mampu mengatasi dan menyelesaikan semua masalah yang menimpa umat manusia terutama umat Islam?

Kalau kita sudah sampai di penghujung usaha ikthiar dan nampak sudah tiada jalan untuk menaikkan AgamaNYA, maka pastilah ALLAH SWT Sendiri yang akan bertindak? Namun tidaklah pula ALLAH SWT menaikkan Islam dengan SendiriNYA mestilah ALLAH TAALA akan memilih dan memunculkan seorang hambaNYA yang benar dan sungguh-sungguh ingin menaikkan Islam. Orang itu akan ALLAH TAALA bekalkan dengan keramah daripadaNYA. Sebagaimana keadaan yang berlaku kepada para Nabi dan Rasul yang membawa dan menaikkan AgamaNYA iaitu selain hujah yang bernas, mereka juga telah dibekalkan dengan MUKJIZAT.

Dahulu kala hujah sudah tidak mencukupi untuk menerima dan meyakini mana yang benar kepada umat manusia, maka ketika itulah perkara ajaib berupa MUKJIZAT, ALLAH TAALA anugerahkan kepada RasulNYA sebagai bukti kebenaran utusanNYA itu. MAKA pada kurun ini dikala pelbagai golongan dalam Islam sudah jauh berselisih pendapat ditambah lagi senjata membunuh sudah berada dalam sel-sel tubuh manusia, pastinya ALLAH TAALA akan memberikan KERAMAH kepada seorang hambaNYA agar manusia nampak ALLAH SWT melalui hambaNYA itu. Manusia pasti akan menyedari apa yang dilakukan oleh hambaNYA itu mustahil atas kemampuannya sendiri tetapi adalah tidak lain melainkan atas KEKUASAAN dan KEBIJAKSANAAN ALLAH SWT semata - mata. MAKA melalui hambaNYA itulah mereka akan kembali kepada ALLAH TAALA dan menyedari jalan yang sebenarnya adalah jalan yang disarankan oleh hambaNYA itu. Ini sebagaimana keadaannya ketika zaman para nabi dan rasul terdahulu. Mungkin inilah sebabnya Baginda SAW katakan zaman itu adalah era MINHAJIN NUBUWWAH.

Apa pun kita nantikan orang pilihan itu dan pastinya melalui dia manusia akan nampak SIAPA ALLAH TAALA dan kebenaran AgamaNYA iaitu ISLAM. Semoga bila masa itu tiba ALLAH TAALA tidak butakan HATI kita dari melihat bukti kebenaran dariNYA....

Amin Ya Rabbal Alamin.