Saturday, July 30, 2022

 

Alhamdulillah segala puja dan puji kepada Allah Taala, dengan qudrat dan iradatNya, majlis rawatan jarak jauh anjuran MAJLIS DAKWAH NEGARA di bandar Sandakan hari ini telah berjalan dengan jayanya. Sekalung penghargaan kepada pihak PDRM, JHEANS dan Majlis Pembandaran Sandakan
kerana telah membuka ruang kepada orang ramai hadir dan mendapatkan rawatan.
Kejayaan hari ini dapat dilihat dengan kesan sembuh serta merta yang dialami oleh para peserta. Ditambah lagi dengan pemintaan mereka agar rawatan seumpama ini diadakan lagi di Sandakan dalam masa terdekat. Permintaan yang sama juga datang dari bandar-bandar lain di negari Sabah iaitu dari Tawau, Lahad Datu, Kudat dan kota Kinabalu.
Walau bagaimanapun untuk pengetahuan semua, terutama yang ingin mendapatkan rawatan kami, kami amat memohon maaf. Ini kerana rawatan jarak jauh ini terpaksa kami hentikan sehinggalah Allah SWT mengizinkan kami meneruskan. Ini bukan kerana kami takut atas kencaman atau penghinaan manusia tetapi untuk mengelakkan fitnah yang dilontarkan kepada kami. Fitnah yang mengatakan kami menunggang agama untuk kepentingan kami.

Hendaklah diketahui dan difahami bahawa rawatan jarak jauh ini bukanlah kami yang menghilangkan dan menyembuhkan mereka yang tampil bermasalah selepas vaksin. Namun ianya adalah dengan Kuasa dan Keperkasaan ALLAH SWT. Ini kami selalu tekankan dalam setiap sesi rawatan jarak jauh kami. Apakah kepentingan yang agaknya kami inginkan dari manusia sedangkan yang menghilangkan dan menyembuhkan mereka adalah Allah SWT. Adakah kami layak campur tangan dalam urusan Allah menghilangkan dan menyembuhkan hamba-hambaNya.

Kami turut rasa terkilan apabila kurnia ALLAH TAALA ini tidak disambut baik oleh para agamawan di negara tercinta ini. Malah ada yang menyeru agar kami menghentikannya kerana ia perkara syirik dan ada pula menyeru agar kami kembali ke pangkal jalan kebenaran. Apa yang salah dengan rawatan jarak jauh kalau yang menghilangkan dan menyembuhkan itu adalah Allah Taala? Adakah ada kebenaran atau yang hak selain Allah Taala? Apakah mustahil Allah SWT melakukan sedemikian melalui hambaNya? Lagi pun Mufti Negeri Sembilan telah memperjelaskan bahawa rawatan jarak jauh ini dibenarkan dalam Islam.

Kepada Allah SWT jua kita memohon petunjuk dan keampunan.

Friday, July 22, 2022

Rawatan AEFI oleh YMTG Haji Abdul Rahim Al Hassaniyyah di JB 23 Julai 2022 di rumah peserta sesi 2

Satu lagi bukti kebenaran didalam video testimoni mereka yang sudah kembali sihat. Anjuran peserta Johor Bahru sebagai semangat mereka diluar sana untuk kembali kepada Allah dan berserah diri kita kepadaNya serentak mendapatkan rawatan dan doa dari YM Tuan Guru Mursyid.


Berikut adalah video program ke dua di Johor bahru pada 23 Julai 2022.









Saturday, July 16, 2022

Program Rawatan Jarak Jauh di Ampang pada 17 Julai 2022 - lebih kurang 65 peserta-peserta hadir - FB JAmaliah Abidin

Program rawatan jarak jauh dirumah Puan Jamaliah Abidin pada 17hb Julai 2022 telahpun berlangsung dengan baik dan diberkati Allah. SYUKUR KEHADRAT ALLAH SWT.

TERIMA KASIH kpd YM Tuan Guru Mursyid kami, Yang Mulia Tuan Guru Hj Abdul Rahim Al-Hassaniyyah yang banyak mendoakan dan merawat tetamu² beliau yang hadir. Semuanya sangat gembira dan bersyukur kerana kembali sembuh berkat doa YMG kita.
Terima kasih Dr Hadi Hasan, Saudara Nadir Yusoff serta semua jemaah Thoifah Al Hassaniyyah Thoifah AlHassaniyyah Nusantara yang datang sungguh2 membantu menjayakan dan memudahkan segala urusan sepanjang program ini.
Buat anak2 kak jam serta keluarga serta jiran2 yang terdekat mudah2an kita sama2 dlm keberkatan Allah SWT









Thursday, July 14, 2022

Program Rawatan Jarak Jauh di Sikuati, Kudat, Sabah yang dipengerusikan oleh Tun Haji Napson Hj Tahir

Syukur Alhamdulillah...satu lagi catatan sejarah terukir kegemilangan kebenaran abad ke 15 apabila beramai-ramai penduduk Kudat, Sabah hadir ke Babulfatah di Kg Sikuati pada utk mendapatkan rawatan yang terkesan dengan pelbagai penyakit dari baksin kobid-19. Program ini dilaksanakan jarak jauh secara maya antara peserta/pesakit dengan Yang Mulia Guru Mursyid kami YMTG Hj Abdul Rahim Al-Hassaniyyah. Program diketuai oleh Tuan Haji Napson Haji Tahir dan jemaah BabulFatah dan dari pihak YM Tuan Guru ialah Tuan Doktor Hadi Hasan.

Peserta/pesakit yang hadir lebih kurang 300 orang hanya disuruh menutup mata beberapa ketika dan menarik nafas sebanyak 7 kali. Lebih kurang 10-15 minit maka selesai proses perubatan ini. Kebanyakan peserta/pesakit akan merasai perbezaan dari sakit kepada keringanan badan.
Diatas Kehendak Allah SWT jua ianya berlaku dengan berkatnya doa YM Tuan Guru kami.
Marilah kita semua memperbanyakkan taubat dan kembali semula kepada Allah swt, Maha Penyembuh, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sebagaimana Allah swt berfirman dalam Surah Az Zumar ayat 54 :

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong."

Tarikh : 9 Julai 2022 Masa : 12pm - 3.30pm Tempat : Bubu Fattah @ Sikuati Kudat
Jumlah penyertaan +-300 org

https://www.facebook.com/100001737706927/videos/697610134613282/



Saturday, July 9, 2022

program Korban di Kg Babusalam raya haji 2022

Alhamdulillah syukur ke hadarat Allah dapat kami melaksanakan korban di Kg Babusalam, Semporna. Sebanyak 8 ekor dikorbankan pada tahun ini 2022. Walaupun kepayahan dengan harga yang sudah tinggi, syukur dapat dilaksanakan pengorbanan indah ini.

Inilah amalan yang tidak ditinggalkan setiap tahun Yang Mulia Kakak Hajjah Asnah Alhassaniyyah yg tidak jemu menasihati dan mengajak kami berkorban apa jua di Jalan Allah terutama hari raya korban buat hijab kita api neraka.

Terima kasih tidak terhingga kepada anakanda YM Tuan GURU, Puan Sitti Kalshum dan suami Saudara ijan, saudara Ghulam Rasul, Imam Nordin serta AJK & penduduk Babusalam sekalian yang dirahmati Allah SWT yang tidak mengenal erti penat mengurus pelbagai acara demi memuliakan hari-hari besar dalam Islam.

Suka admin mengingatkan kita tentang hadis larangan memotong kuku/rambut mulai awal Zulhijah sehingga hari lembu dikorbankan pada hari raya aidil adha. YM Tuan Guru kita berkata bahawa  saranan Nabi SAW sebagaimana hadis itu adalah untuk mereka yang sedang berihram mengerjakan haji di tanah haram, Mekah, bukanlah di kampung peserta korban masing-masing. Harap ini dpt memberi penjelasan huraian kata2 Nabi SAW itu.