Terbukti dalam sejarah dan Allah SWT telah abadikan di dalam AlQuran, Nabi Musa as telah mengalahkan Firaun, raja agung kerajaan purba mesir bersama bala tenteranya di laut merah. Nabi Musa as yang hanya "bersenjatakan" tongkat telah menumpaskan Firaun dan bala tenteranya dengan izin ALLAH SWT. Zahirnya manusia saksikan Nabi Musa as mengalahkan Firaun namun hakikatnya ALLAH TAALA yang telah menyelamatkan Nabi Musa as bersama kaumnya dan menenggelamkan Firaun dengan bala tenteranya ke dalam laut merah. Kemudian ALLAH SWT "selamatkan" mayat Firaun agar menjadi tatapan dan pengajaran bagi manusia sepanjang zaman.
Salah satu pengajaran yang umat manusia hari ini kena ingat dan yakini bahawa KEBENARAN akan tetap menewaskan KEBATILAN/KEZALIMAN walaupun kebenaran hanya diterajuai oleh seorang sahaja penegaknya. Dia tetap akan menang menghadapi kebatilan/kezaliman yang beratus atau beribu kali ganda bilangan, kehebatan serta keagungannya. Ini kerana KEBENARAN ADALAH DARI ALLAH SWT. TIDAK PERNAH DALAM SEJARAH ALLAH TAALA DIKALAHKAN OLEH SESIAPA PUN DARI MAKHLUKNYA, sebab itu para penegak kebenaran tidak pernah gentar dan tidak patut gentar dengan apa bentuk kebatilan/ kezaliman dihadapinya kerana ALLAH TAALA ada di hadapannya.
Mungkinkah peristiwa golongan sedikit yang membawa kebenaran akan mengalahkan golongan banyak berulang sekali lagi? Ini kami sangat pasti dan yakin kerana YMTG ra telah memaklumkan bahawa ini zaman Nabi Musa as. Maka walaupun seluruh dunia bergabung dengan berbagai agenda mematikan atau memadamkan KEBENARAN, namun pastinya ALLAH TAALA tidak akan membiarkannya dan PASTI akan memunculkan seorang yang menerajui golongan kecil, golongan yang dikira lemah mengalahkan golongan kebatilan/kezaliman dengan PERTOLONGAN dan IZIN ALLAH TAALA. Kita tunggu dan saksikan kebenaran kata-kata YMTG ra.
Sengaja ALLAH SWT pilih golongan sedikit yang lemah agar manusia sedar bahawa kejayaan itu bukan sebab manusia tetapi kerana KEKUASAAN dan KEHEBATAN ALLAH SWT serta KASIH SAYANGNYA.