Wednesday, May 11, 2022

Tewasnya Umat Islam Kerana Dikhianati Saudara Sendiri Oleh Dr Hadi Hasan

Semenjak dari awal hingga ke hari ini tetap wujud barua-barua yang membelot dan mengkhianati Islam, Melayu dan tanah airnya sendiri. Mereka sebenarnya bukan kawan atau saudara malah musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan. Bukannya kita tidak sedar akan hal ini tetapi seakan sudah menjadi sumpahan tetap wujud dalam masyarakat. Di mana silapnya? Adakah ianya memang sudah menjadi darah daging dan sebati dengan jiwa naluri kita? Mungkin sebab itulah ALLAH TAALA menghantar kepada kita pengubah DNA dan ditakdirkan kita mengambilnya agar demikian gen pembelot dan pengkhianat dalam genetik kita dapat ditukar.

Selain isu si pembelot ini, seperkara lagi yang paling menyedihkan lagi menghairankan ialah walaupun kita tahu kita pernah dijajah, dikuasai, dizalimi, dibolot harta kekayaan dan hasil bumi kita serta dipadam dan dipalsukan sejarah kita, NAMUN seolah-olah kita bangga dan megah dengan penjajah dan peninggalannya.
ADAKAH perlu kita bangga dan megah mengiktiraf bahawa kita pernah menjadi sebahagian tanah jajahan mereka seperti bangga dan megah menjadi anggota negara KOMANWEL?
ADAKAH perlu kita bangga dan megah mempertahankan simbol penjajah seperti bangunan peninggalan mereka sedangkan tamaddun kita pernah berdiri di atasnya?
ADAKAH perlu kita bangga dan megah menggunapakai dan menerapkan cara hidup mereka sedangkan kita sendiri ada identiti dan budaya sendiri yang lebih unggul dan jauh lebih ketimuran?
DAN ADAKAH perlu kita bangga dan megah mendokong dan mendaulatkan ideologi mereka sedangkan kita ada ideologi sendiri yg terbukti pernah menjadi kuasa besar yang berjaya dan kebanggaan suatu masa dahulu?
ATAU..... ADAKAH kita sendiri sebenarnya ingin meninggalkan, melupakan atau ingin membuang identiti kita, sejarah kita sendiri walaupun kita sememangnya mempunyai kedaulatan, harga diri dan jati diri sendiri?
ATAU.....ADAKAH kita rasa kita golongan yang lemah, tidak berdaya dan tidak cukup terkenal sehingga kita perlu bergantung kepada mereka serta peninggalan mereka ?
ALLAH SWT berfirman dalam surah Al Imran ayat 139 :
{ وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ }
"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang beriman".
HAKIKATNYA kita kena sedar bahawa kitalah yang sebenarnya lebih mulia dan lebih bertamaddun serta lebih selamat keadaannya di dunia dan akhirat berbanding mereka yang zalim lagi kafir. Ini kerana kita beragama ISLAM dan beriman kepada ALLAH SWT dan RASULNYA yang pastinya dijanjikan Syurga berbanding mereka yang zalim lagi kafir kerana tempat kembalinya ke dalam neraka.
Saidina Umar ra pernah berkata : "Kita ini adalah orang-orang yang paling hina lalu Allah memuliakan kita dengan ISLAM. Kalau saja kita mencari kemuliaan pada selain ISLAM maka Allah akan menghinakan kita lagi…”
OLEH ITU Kita kena sedar bahawa kita akan menjadi hina, teraniaya, tertindas, dizalimi dan seribu macam kehinaan menimpa serta Allah Taala biarkan kita menjadi alat musuh ISLAM sekirannya kita menjauhkan diri dari ISLAM sebenar. ISLAM kita kenalah ISLAM yang sebenarnya untuk menjadikan kita benar-benar mulia. Kemuliaan hakiki dicapai apabila kita benar-benar beriman kepada ALLAH SWT iaitu kita MENGENAL ALLAH SWT bukan setakat mengetahuiNYA.
Kehinaan yang masih menimpa kita adalah kerana kita hanya TAHU ALLAH SWT tetapi masih tidak MENGENALINYA. TIDAKLAH sama orang yang kenal harimau dengan orang yang hanya tahu harimau. Ini disebabkan yang kenal itu pernah bersua dengan harimau sedangkan yang tahu itu hanya mengetahui harimau melalui cerita atau bacaan bukan bersua dengannya. Maka ketakutan kepada harimau adalah berbeza.
Begitu jugalah kepada ALLAH SWT. Kita tidak akan benar-benar CINTA, TAKUT dan HARAP kepadaNYA kalau sekadar tahu tapi tidak Kenal. BAGI memperolehi dan mencapai makam kenal TIDAK BOLEH TIDAK kenalah bertasawwuf dan bertarekat serta berada dalam asuhan guru mursyid. Ini kerana tiada ilmu atau amalan yang boleh membawa kepada pengenalan melainkan dengan jalan WASILAH iaitu melalui orang yang telah kenal ALLAH Taala. Kalau tidak sampai mati pun kita akan hanya tahu tetapi tidak kenal akan DIA. Maka kesimpulannya untuk mengembalikan dan mengekalkan kemuliaan kita TIDAK BOLEH TIDAK kita kena mengembalikan cabang terpenting dalam ISLAM iaitu ilmu tasawwuf dan bertarekat dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim.
Semoga ALLAH SWT memberi kita peluang dan jalan untuk MENGENALINYA agar IMAN dan KEYAKINAN kita benar-benar jitu. Dengan demikian akan terhindarlah kita dari segala bentuk tipu muslihat musuh-musuh ALLAH dan dari kehinaan di dunia dan akhirat..... Amin Ya Rabbal Alamin.

https://youtu.be/X2Ffk68X3Jc