Pastinya kita pernah terdengar atau terbaca peristiwa bani Israil yang Allah SWT tukar kepada kera dan babi.
Peristiwa bani Israil menjadi kera adalah akibat daripada mereka memanipulasikan larangan Allah SWT menangkap ikan pada hari Sabbat (sabtu). Oleh kerana menangkap ikan pada hari sabtu dilarang, maka mereka memasang penghadang-penghadang kepada ikan-ikan yang datang ke pantai agar ianya tidak akan terlepas ke laut. Satu ujian yang besar bila mana ikan-ikan ini datang dengan banyaknya khususnya pada hari Sabbat. Ikan-ikan yang terperangkap itu akan hanya ditangkap dan dipunggah pada esok harinya. Bagi bani Israil, mereka tetap taat dan patuh atas larangan itu kerana tidak menangkap ikan pada hari sabtu. Bagi mereka, mereka hanya memasang penghadang tersebut tetapi tidak mengambilnya. Akibat manipulasi ini maka Allah SWT telah menukar mereka semua serta merta menjadi kera yang dilaknat dan dimurkaiNya.
Pada peristiwa yang lain pula iaitu pada zaman Nabi Musa as ada seorang lelaki yang menjadi pembantu dan menimbah banyak ilmu daripadanya. Hasil dari ilmunya, lelaki itu menjadi kaya dan banyak hartanya. Kemudian si Fulan itu menghilangkan diri agak lama. Suatu hari datang seorang lelaki dengan seekor babi. Lelaki itu menyatakan bahawa babi itu adalah si fulan tadi. Nabi Musa as pun berdoa agar Allah mengembalikan si fulan kepada keadaan asalnya agar dia boleh bertanyakan akan halnya.
Lantas Allah SWT menurunkan wahyu-Nya kepada Nabi Musa as, “Ya, Musa, walaupun kau berdoa kepada-Ku sebagaimana Adam berdoa, apalagi doa orang yang lebih rendah dari padanya, Aku tidak akan mengabulkan doamu. Namun Aku tetap memberitahukanmu mengapa Aku mengutuknya menjadi babi. Hal itu kerana ia mencari dunia dengan (menjual) agama!”
Kita kena ingat bahawa bani Israil ketika itu berTuhankan Allah SWT dan nabi-nabi dan rasul-rasul adalah dari bangsa mereka sendiri. Namun begitu mereka adalah satu bangsa yang mudah melakukan kerosakan, pelanggaran dan memandai-mandai memanipulasi serta memandang remeh kepada hukum Allah SWT. Di dalam AlQuran dapat diketahui dalam era keNabian dan keRasulan nabi-nabi bani Israil mereka telah banyak melakukan perkara sedemikian hatta sanggup membunuh nabi-nabi mereka seperti Nabi Yahya as dan Nabi Zakaria as akibat tidak sependapat dengan kehendak dan nafsu mereka.
Dalam dunia moden ini juga, bani Israil lah yang telah banyak memulakan dan mengadakan perkara yang membawa kepada kerosakkan. Sebagai contoh di negara Amerika kajian mendapati bahawa golongan inilah yang memulakan dan memonopoli kegiatan rasuah, riba, ceti haram, pusat perjudian, pelacuran dan segala macam kemungkaran yang melanggar Larangan dan Kehendak Allah SWT.
MAKA Kesimpulan dari KISAH BANI ISRAIL terutama yang Allah SWT nyatakan di dalam AlQuran sepatutnya menjadi pengajaran, peringatan dan amarah agar kita JANGAN MEMANIPULASI atau "MEMPOLITIKAN" HUKUM TUHAN, ALLAH SWT. Ini kerana boleh sahaja peristiwa ditukar menjadi KERA dan BABI berulang kalau ALLAH SWT telah murka kepada kita...... NAUZUBILLAHI MIN ZALIK