Kami mulai risalah ini dengan NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG, SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUJUNGAN NABI SAW YANG DIUTUS SEBAGAI RAHMAT BAGI SEKALIAN ALAM DAN BEGITU JUGA KE ATAS AHLUL BAIT DAN PARA SAHABAT BAGINDA RA.
Demi keselamatan umat manusia dunia akhirat kami telah mengutus risalah yang bertarikh 13 Mac 2017 bertajuk :
PENYERAHAN TAMPUK PEMERINTAHAN NEGARA MALAYSIA SERTA PEMBENTUKAN NEGARA "BALDATUN TOYYIBATUN" dimana isi kandungannya adalah seperti berikut :
1. Undang-undang dan peraturan Islam berdasakan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) hendaklah menjadi perlembagaan semua negara Islam dimulai dari negara yang tercinta ini.
2. Ancaman ALLAH SWT kepada orang-orang yang berpaling dari undang-undang dan peraturanNya yang tersebut dalam surah Al Nisa ayat 105, surah Al Baqarah ayat 85 dan surah Al Maidah ayat 50 dan ayat 44.
3. Sistem demokrasi membawa kehancuran.
4. NABI SAW telah melantik Yang Mulia Tuan Guru (YMTG) RA pada tahun 1950 ketika musim haji di Madinatul Munawwarah untuk membawa seluruh umat manusia kembali kepada ALLAH SWT dengan berpandukan AlQuran dan juga As-sunnah.
5. Untuk menjayakan misi ini ALLAH SWT telah mewariskan negara tercinta ini kepada YMTG RA sebagai tapak permulaan dakwah ke seluruh dunia.
6. Menyerahkan negara tercinta ini serta tampuk pemerintahannya kepada kami sebagai pewaris misi YMTG RA.
7. Meminta agar Perdana Menteri ketika itu untuk menyerahkan negara tercinta ini serta tampuk pemerintaannya kepada kami dengan aman tanpa kekerasan atau ALLAH SWT memasukkan kami ke Putrajaya dimana ketika itu tidak ada seorang pun yang dapat menghalang kami kerana mereka berdepan dengan ALLAH SWT bukan dengan kami.
6. Kami mengajak umat Islam untuk bersama- sama dengan kami berganding bahu bagi menjayakan misi ini.
Risalah ini telah pun diberi salinan kepada :
1. YDPA serta para raja-raja tanah melayu.
2. Barisan kepimpinan negara.
3. Para mufti dan para alim ulama terutama guru-guru pondok dan syeikhul-syeikhul tarekat.
4. Ketua pihak keselamatan.
5. Para pemimpin parti politik samada pihak pemerintah maupun pembangkang.
6. NGO-ngo Islam.
Malang sekali risalah kami tidak diindahkan dan tidak mendapat sambutan terutama daripada kalangan ulama. Kami beranggapan mungkin sahaja risalah ini tidak mereka terima maka kami susuli dengan surat pengesahan samada risalah ini telah mereka terima atau belum. Namun sekali lagi mereka langsung tidak memberi maklum balas.
Allah SWT telah memberi ancaman dalam surah As Sajadah ayat 22 :
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian dia berpaling darinya? Sungguh, Kami akan memberikan balasan kepada orang-orang yang buat kesalahan".
Maka lihatlah apa yang telah terjadi kepada para pemimpin serta ulama selepas PRU ke 14 hingga ke hari ini. Telah nyata selepas PRU ke 14, sistem demokrasi terbukti membawa kehancuran sebagaimana kami nyatakan dalam risalah kami itu.
Bagi keselamatan umat manusia di dunia dan akhirat, kini tiba masanya kami mengajak para pemimpin, para ulama dan semua barisan hadapan negara serta seluruh lapisan masyarakat untuk berkerjasama dan berganding bahu bagi menjayakan pembentukkan negara "BALDATUN TOYYIBATUN" berlandaskan perlembagaan AlQuran dan As-Sunnah mengikut kefahaman ASWJ.
Mudah-mudahan kita dapat menjayakannya bersama dan mudah-mudahan semua umat manusia selamat di dunia dan akhirat.
Firman ALLAH SWT :
وَأَنِيبُوٓاْ إِلَىٰ رَبِّكُمۡ وَأَسۡلِمُواْ لَهُۥ مِن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَكُمُ ٱلۡعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ
Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong.
(Surah Az-Zumar ayat 54)
WASSALAM