Tuesday, September 7, 2021

KHALIFAH ALA MINHAJIN NUBUWA, PENYELAMAT YANG DINANTIKAN

 Mengikut hadith Nabi SAW ada 5 fasa (zaman pemerintahan) yang akan berlaku pada umat nabi Muhammad SAW hingga akhir zaman.

Nabi SAW bersabda :
تكون النبوة فيكم ما شاء الله أن تكون ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها ثم تكون خلافة على منهاج النبوة فتكون ما شاء الله أن تكون ثم يرفعها إذا شاء الله أن يرفعها ثم تكون ملكا عاضا فيكون ما شاء الله أن يكون ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها ثم تكون ملكا جبرية فتكون ما شاء الله أن تكون ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها ثم تكون خلافة على منهاج النبوة ثم سكت (رواه احمد )“
Adalah masa Kenabian itu ada di tengah-tengah kamu sekalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Ia menghendaki untuk mengangkatnya. Kemudian adalah masa Khilafah ‘ala minhajin Nubuwwah (Khilafah yang menempuh jejak kenabian) adanya atas kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya (menghentikannya) apabila Ia menghendaki untuk mengangkatnya. Kemudian adalah masa Mulkan ‘Adh-dhon (Kerajaan yang menggigit), adanya atas kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya apabila Ia menghendaki untuk mengangkatnya. Kemudian adalah masa Mulkan Jabbariyah (Kerajaan yang sombong), adanya atas kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya, apabila Ia menghendaki untuk mengangkatnya. Kemudian adalah masa Khilafah ‘ala minhajin nubuwwah (Khilafah yang menempuh jejak kenabian).” Kemudian beliau (Nabi) diam.”
(HR. Ahmad dari Nu’man bin Basyir, Musnad Ahmad : IV/273, Al-Baihaqi, Misykatul Mashobih Hal 461. Lafadz Ahmad)
Penjelasan:
KHALIFAH ALA MINHAJIN NUBUWA, PENYELAMAT YANG DINANTIKAN
Inilah hadis yang mengatakan wujudnya pemerintahan fasa ke 4 iaitu fasa MULKAN JABBARIYYAN. Pemerintahan yang penuh dengan kesombongan, kezaliman, diktaktor dan kuku besi. Rakyat hidup sangat terseksa, tertindas, terdesak dan dizalimi terutama mereka yang tidak sehaluan atau yang menentang mereka. Kalau inginkan kurang masalah, rakyat kena menyokong dan mengiyakan semua polisi pemerintahan mereka walaupun hakikatnya polisi itu semata-mata menjaga kepentingan dan kuasa mereka. Maka rakyat terutama yang ingin menjaga periuk nasinya terpaksa menjadi agen atau pendokong kezaliman pemerintah. Ketika itu keadaan rakyat ibarat biri-biri hidup dalam kawanan singa, serigala dan anjing.
Walaupun pemerintahan ini bersifat demikian namun tiada sesiapa atau mana-mana gerakan dapat menjatuhkannya kerana ALLAH SWT SENDIRI yang akan menjatuhkannya. Keberadaannya kekal sebagai pemerintah adalah agar jelas kebatilan, kezaliman, kerosakkan dan penyelewengan mereka sebelum munculnya fasa ke 5.
Kejatuhan pemerintahan MULKAN JABBARIYYAN akan digantikan dengan pemerintahan fasa ke 5 iaitu fasa KHALIFAH ALA MINHAJIN NUBUWA. Fasa ini adalah fasa kebangkitan ISLAM yang gilang gemilang sebagai PERINTIS KERAJAAN IMAM AL MAHDI RA, di mana dalam fasa ini ISLAM akan sampai dan berkembang ke seluruh pelusuk dunia samada di kampung maupun di bandar. Majoriti manusia akan berduyun-duyun KEMBALI KEPADA AGAMA FITRAH MEREKA iaitu ISLAM dan mereka mula merasai keindahan, kenikmatan dan keberuntungan berada di bawah naungan undang-undang dan peraturan dari ALLAH SWT iaitu ISLAM. Ketika itu barulah manusia benar-benar sedar dan rasa apa yang dimaksudkan firman ALLAH SWT iaitu NAB SAW itu sebagai rahmat bagi sekalian alam.
Adakah ini akan terjadi dan bagaimana ianya terjadi? Penting nya ianya pasti berlaku.