Kami letakkan gambar YMTG RA kami adalah kerana ingin memaklumkan bahawa YMTG RA telah diwakilkan oleh Baginda SAW membawa semua manusia tidak kira Islam atau bukan, kembali kpd ALLAH TAALA.
Pelantikan ini telah berlaku pada musim haji tahun 1950 dimana RASULULLAH SAW telah berjumpa YMTG RA secara yaqazah di madinah munawwarah. BAGINDA SAW telah mengamanahkan YMTG RA agar membawa manusia seluruhnya kembali kpd ALLAH TAALA dengan menggunakan ALQURAN dan BAGINDA SAW telah mendoakan permintaan YMTG RA agar semua manusia selamat dunia akhirat. Maka kami sangat yakin pada kurun ini YMTG RA telah dipilih dan diwakilkan oleh BAGINDA SAW utk tugas ini.
Oleh kerana itu pastinya masalah yang akan menimpa umat manusia terutama umat Islam selepas itu ialah jauh dan dijauhkan dari ALLAH TAALA, jauh dari jalan yg benar sebagaimana yang menimpa umat Islam sekarang. Dan sangat pasti masalah ini hanya dapat diselesaikan dengan kaedah yang telah dikemukakan oleh YMTG RA kerana itulah cara penyelesaian dari yang diperkenankan oleh BAGINDA SAW.
Ini bermaksud AHLAL ZIKRI zaman ini ialah YMTG RA. Samada org percaya atau tidak, mereka kena percaya terutama umat Islam. Ini kerana tidak mungkin sia-sia pelantikan BAGINDA SAW dan takkan doa BAGINDA SAW tidak dimakbulkan oleh ALLAH TAALA. Kalaulah hadirnya BAGINDA SAW ke dunia ini secara yaqazah ALLAH TAALA izinkan maka pastilah apa yang BAGINDA SAW lakukan ketika itu semuanya ALLAH TAALA izinkan dan perkenankan. Hanya persoalannya KITA PERCAYA ATAU TIDAK.