Monday, December 18, 2017

PENYELESAIAN KESEKIAN KALINYA BAGI KEDUDUKAN BAITULMUQADDIS


Kita sedia maklum bahawa Baitulmuqaddis sentiasa menjadi rebutan dan silih berganti penguasaan ke atasnya di antara orang Israel, Kristian dan Islam kerana masing-masing mendakwa bahawa mereka mempunyai hak ke atas Baitulmuqaddis.

Justeru itu, isu hak ke atas Baitulmuqaddis tidak boleh diselesaikan mengikut undang-undang antarabangsa yang digubal oleh manusia kerana ia berkaitan dengan isu agama. Ia mesti diselesaikan dengan menggunakan undang-undang Allah swt. 

Apa yang sepatutnya dilakukan oleh para pemimpin dan ulama islam ialah mereka hendaklah mengajak Rabbi Israel, Pope Kristian duduk bersama semeja dengan dihadiri oleh pemimpin dari Israel, Amerika dan OIC untuk menentukan bagi sekiankalinya pemilik hak mutlak Baitulmuqaddis supaya tidak menjadi rebutan lagi sehingga hari kiamat.

Hendaklah Rabbi Israel membawa Taurat, Pope Kristian membawa Injil dan Ulama Islam membawa Al-Quran bagi menyelesaikan pertelingkahan ini menggunakan undang-undang yang terkandung didalam Taurat, Injil dan Al-Quran.

Sekiranya rundingan itu tidak mencapai sebarang kata sepakat untuk menentukan siapa yang sebenarnya berhak keatas Baitulmuqqadis, maka jalan terakhir bagi kita umat Islam hendaklah ditentukan melalui jihad bukan melalui jalan-jalan lain seperti tunjuk perasaan atau memboikot barang-barang Israel dan Amerika.

Agama Islam itu sendiri adalah agama yang damai dan mencintai kedamaian. Peperangan adalah pengecualian sebab itu langkah pertama penyelesaian masalah itu adalah melalui perundingan damai.  Sekiranya tidak ada jalan barulah menggunakan jalan pengecualian iaitu berperang dijalan Allah swt.

Dalam surah Al-Baqarah, Ayat 193:-

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّىٰ لاَ تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّهِ ۖ فَإِنِ انتَهَوْا فَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِينَ

"Dan perangilah mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi dan sehingga ketaatan itu hanyalah semata-mata untuk Allah.  Jika mereka berhenti dari memusuhi kamu maka tidak ada permusuhan lagi kecuali terhadap orang-orang yang zalim.”

Pengertian fitnah dalam ayat di atas termasuk juga penindasan, ketidak adilan dan penyeksaan keatas negara dan umat Islam.

Kalau kita ingin pertolongan Allah swt dalam menyelesaikan sebarang masalah terutama masalah kedudukan Baitulmuqaddis ini, hendaklah kita selesaikan  melalui jalan yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dan para sahabat RA.