Sunday, May 28, 2023

AEFi : mudharat kesan-kesan V C19 2020-2023

Jika tuan2 dan puan2 telah mengalami AEFI jgn tunggu lama sertailah rawatan ini. Walaupun ramai pakar mengatakan ianya baik dan selamat, namun sebagai seorang Islam kita juga kena ambil kira amaran oleh pakar2 lain yg menentangnya kerana mereka juga ahlinya. Mereka menjangkakan mudarat akan benar2 berlaku setelah 3-5 tahun dan kini seolah2 saban hari makin ketara. 

Mungkin anda rasakan diri anda sihat tidak bermasalah tetapi INGAT apa yang ada dalam diri org2 yg bermasalah ketika ini, ianya juga ada dlm diri anda.. Maknanya  sekarang anda BERISIKO. kalau anda sihat sampai bila2 kena bersyukur banyak2 kpdNya tetapi baik jgn ambil risiko kerana adakah anda benar2 pasti tidak ditimpa mudarat seperti mereka? Selagi Allah buka kurniaanNya, AMBILLAH dan REBUTLAH sbb esok lusa mungkin sahaja Allah Taala tutup rapat peluang itu. Ketika itu siapa salah klu bukan diri sendiri dan di akhirat kelak pastinya akan ditanya.  

Satu perkara kena ingat, pakar2 yg menentangnya pernah juga memberi amaran bahawa tiada siapa atau satu kaedah  yg boleh menghentikan, memusnahkan atau mengeluarkannya. Ini mengambarkan seolah2 kalau sudah memasuki badan seseorang maka ianya menemui jalan mati dan seumpama time bom dlm tubuh kita. 

Tetapi sebagai org beriman jgn berputus asa, kita ada Tuhan iaitu Allah SWT. Kalau sudah tiada berkemampuan menangani mudaratannya maka siapakah yg dapat selain ALLAH SWT? Utamakanlah kesihatan sendiri kerana ia tidak boleh dibeli walaupun dgn jutaan ringgit banyaknya.

Apa yg hampir pasti KOBID dan BAKSINnya bukan sahaja cara Allah SWT membawa manusia kembali dan berserah diri kpdNya malah membuktikan kebenaran dan menaikkan AgamaNya iaitu Islam.

PERCAYA ATAU TIDAK PERCAYA ... nantikan PerancanganNYA



SEJAUH MANA KEBERKESANAN B@KSIN KEPADA KESIHATAN MANUSIA

SEJAUH MANA KEBERKESANAN B@KSIN KEPADA KESIHATAN MANUSIA

Satu mata melalui W#O telah menetapkan b@ksin adalah cara yang cepat dan berkesan menangani wabak C0r0n@. Melalui kebenaran penggunaan b@ksin secara darurat (EUA), mereka terus mengadakan percubaan klinikal ke atas manusia bukan kepada haiwan seperti mana lazimnya. Mereka hanya menguji tanpa mengkaji keberkesanan b@ksin menangani wabak C0r0n@. Setakat ini lebih separuh penduduk dunia telah mengambil b@ksin yang telah dicadangkan W#O.

Oleh kerana tidak ada kajian dibuat oleh W#O dan juga tiap-tiap negara untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan b@ksin menangani wabak C0r0n@, maka tidak ada satu kenyataan secara rasmi daripada W#O atau mana-mana negara  bahawa b@ksin telah berjaya atau gagal menangani wabak C0r0n@ atau pengakuan bahawa b@ksin boleh mengakibatkan kesan sampingan atau kematian walaupun ramai pakar b@ksin dunia memberi amaran bahawa b@ksin ini bukan b@ksin biasa kerana ia ada kesan sampingan dan boleh membawa maut.

Mereka juga memberi amaran bahawa apabila sudah disuntik ke tubuh badan seseorang ianya berganda, tanpa henti,  hidup dan tidak boleh dimusnahkan serta mereka membuat jangkaan 3 hingga 5 tahun orang yang mengambil b@ksin itu akan mati. Yang anehnya tiap-tiap negara tetap percaya kepada kenyataan W#O akan keberkesanan b@ksin tanpa menghiraukan amaran yang telah dibuat oleh pakar-pakar b@ksin ini.

Oleh sebab itulah walaupun ramai penerima b@ksin mengalami kesan sampingan bahkan mati tidak ada pengesahan dibuat oleh kementerian kesihatan tiap-tiap negara bahawa itu adalah akibat mengambil b@ksin. 

Yang jelas kita tahu W#O tidak bertanggungjawap atas keberkesanan b@ksin untuk menangani wabak C0r0n@. Sebaliknya setiap negara adalah bertanggungjawap atas risiko b@ksin. Dan tiap-tiap negara juga tidak mengambil risiko tetapi menjadikan rakyat mereka sendiri menanggung risiko akibat pengambilan b@ksin.

Kenapa ini semua berlaku? Mungkin ada agenda lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Tun Mahathir pada tahun 2015 bahawa adanya agenda satu mata mengurangkan lebih separuh penduduk dunia. Kenapa tiap-tiap negara tidak bertanggungjawap atas risiko akibat pengambilan b@ksin dan sebaliknya menjadikan rakyat mereka menanggung risiko sendiri?

Apakah menghalang mereka membuat kajian keatas keberkesanan b@ksin. Kenapa rakyat dipertanggungjawapkan sedangkan rakyat bukan semua rela hati mengambilnya, malah terpaksa? 

Ramai umat manusia terutama umat Islam yang telah mengambil b@ksin merasa penurunan kesihatan akibat kesan sampingan bahkan ada yang telah mati. Namun ramai yang belum sedar bahawa itu adalah akibat b@ksin. Ini kerana belum ada kenyataan rasmi dari pihak kesihatan bahawa b@ksin boleh mengakibatkan kesan sampingan bahkan mengakibatkan kematian. Namun yang jelas orang yang tidak mengambil b@ksin tidak mengalami seperti apa yang dialami oleh penerima b@ksin.

Kalau kenyataan ramai pakar b@ksin bahawa jangkaan 3 - 5 tahun itu benar dan pengakuan mereka bahawa tiada seorang pun atau satu pun kepakaran dapat menyelamatkan mangsa b@ksin ini,  maka siapakah yang dapat menyelamatkan umat manusia terutama umat Islam dari bahaya ini.

Kerana C0r0n@ itu merupakan azab, maka ia tidak menimpa umat Islam buktinya umat Islam di negara China selamat dari wabak C0r0n@, 

Kalau kita umat Islam mengakui bahawa C0r0n@ juga menimpa kepada kita tentu sekali  kita telah melanggar dan melakukan dosa-dosa yang besar.  Kerana sesungguhnya Allah SWT tidak sekali-kali menzalimi kita tetapi kitalah yang telah menzalimi diri kita sendiri. Sepatutnya dalam menangani C0r0n@ ini para pemimpin dan ulama Islam seluruh dunia duduk bersama untuk memastikan kenapa Allah SWT menimpakan wabak C0r0n@ ke atas kita umat Islam. Mungkin kerana kita tidak melaksanakan undang-undang  Allah SWT dengan sepenuhnya atau mungkin kita membiarkan murtad berleluasa atau mungkin kita membiarkan kaum Lut bermahajaralela atau mungkin kita telah meninggalkan dakwah untuk mengajak umat manusia kembali kepada Allah Taala dengan cara memeluk agama Islam sehingga majoriti penduduk dunia ini kekal tidak beragama Islam. 

Dengan menyedari kesalahan kita, maka kita haruslah bertaubat kepada Allah Taala dan berazam melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Kerana itulah tujuan Allah Taala menimpakan bala ke atas kita umat Islam agar kita menyedari kesalahan kita dan kembali kepadaNya dengan bertaubat  dan berserah diri kepadaNya. Tetapi dalam wabak C0r0n@ ini, kita tidak lakukan demikian tetapi kita terus meminta bantuan dari W#O untuk menangani wabak C0r0n@ dengan membelakangi cara yang ditunjukkan oleh Allah Taala dalam Al-Quran bagaimana menangani bala. 

Sepatutnya kita kembali kepada Allah Taala bukan berpaling daripadaNya dan meminta bantuan dari makhluk Allah SWT iaitu W#O untuk menangani bala dari Allah Taala ini.  

Mari kita semua umat Islam menyedari atas kesalahan kita menangani wabak C0r0n@:-

1. Kita tidak menangani wabak C0r0n@ sebagai bala dari Allah Taala mengikut cara yang Allah SWT tunjukkan dalam Al-Quran;

Sebagaimana firman ALLAH Taala dalam surah Azzumar ayat 54:

‎وَاَنِيْبُوْٓا اِلٰى رَبِّكُمْ وَاَسْلِمُوْا لَهٗ مِنْ قَبْلِ اَنْ يَّأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُوْنَ

Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong.

2. Allah SWT telah memberi jaminan bahawa sesiapa yang masuk rumah-rumah Tuhan atau masjid akan aman dan selamat tetapi dalam menangani wabak C0r0n@ ini kita telah mematuhi S0P bahawa sesiapa sahaja memasuki masjid kena ada b@ksin, hendaklah memakai pelitup muka (m@sk) dan saf lurus tetapi berjarak untuk mencegah penularan wabak C0r0n@ namun di tempat-tempat lain seperti kompleks membeli belah, tempat sukan tidak pula dikenakan S0P seketat itu;

3. Nabi SAW telah bersabda bahawa penyakit tidak berjangkit. Kita telah mempercayai pendapat orang-orang bukan Islam bahawa penyakit berjangkit sehingga kita umat Islam sangat mematuhi S0P daripada W#O menangani penularan wabak C0r0n@. Hatta, di dalam masjid dan menziarahi perkuburan sekali;

4. Sebahagian Ulama menggangap bahawa pengambilan b@ksin adalah sebagai usaha ikhtiar untuk menangani wabak C0r0n@. Bahkan majlis fatwa Malaysia membenarkan umat Islam mengambil b@ksin. Ulama serta majlis fatwa bukan ahli atau pakar dalam bidang b@ksin. Bagaimana Ulama boleh membuat pendapat dan fatwa sedemikian? Ada Ulama menggunakan kaedah fekah apabila bertembungnya dua mafsadah (bahaya) maka dipelihara (ditolak) mudharat yang paling besar dengan melakukan mudharat yang lebih ringan. Mereka menganggap bahawa mudharat b@ksin mudharat kecil berbanding dengan wabak C0r0n@ mudharat besar. Adakah ini benar? Bagaimana Ulama tahu bahawa mudharat b@ksin lebih kecil dari mudharat wabak C0r0n@ sedangkan mereka bukanlah pakar didalam bidang b@ksin? Yang jelas bukan semua rakyat ditimpa wabak C0r0n@, hanya sebahagian sahaja. Disebaliknya hampir semua penduduk mendapat suntikan b@ksin. Bagaimana kalau jangkaan pakar b@ksin dunia benar bahawa 3 - 5 tahun orang yang mengambil b@ksin akan mati? Ini bererti ramai yang akan menjadi korban b@ksin dari wabak C0r0n@. Kalaulah demikian b@ksin lebih bahaya dari wabak C0r0n@.

Kesimpulannya 

Kita telah membelakangi Allah SWT dan RasulNya dalam menangani wabak C0r0n@. ini sangat berbahaya kepada kita umat Islam samada kita sedar atau tidak sedar. 

Walaupun kita umat Islam telah membelakangi Allah SWT dan RasulNya, Allah  SWT tidak akan membiarkan satu mata berjaya dalam rancangan mereka. Allah SWT pasti menggagalkan rancangan mereka. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al Imran ayat 54 :

‎وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ ٱللَّهُۖ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلۡمَٰكِرِينَ

Yang bermaksud :
"Dan mereka (orang-orang kafir) membuat tipu daya, maka Allah SWT pun membalas tipu daya. Dan Allah SWT sebaik-sebaik pembalas tipu daya."

Satu mata menggunakan b@ksin untuk mengurangkan separuh penduduk dunia untuk mewujudkan pemerintahan mereka iaitu NEW WO. Allah SWT menggunakan b@ksin mereka untuk menjadikan umat Islam kembali ke jalan yang benar  dan orang-orang bukan Islam mempercayai adanya Tuhan iaitu ALLAH SWT Yang Maha Berkuasa dan sekaligus menjadikan agama Islam sebagai agama dunia dengan menyelamatkan umat manusia dari bahaya vaksin. Maka kita tunggulah bagaimana ALLAH SWT melaksanakan rancanganNya.

Sama-sama kita nantikan.

Thoifatul Hasaniyyah Thoifah AlHassaniyyah 
25 Mei 2023

Tuesday, May 16, 2023

Tempoh yang dijangka 3-5 tahun (2020-2023) dan seterusnya.............

Sekali lagi sejarah akan berulang, manusia akan berbondong2 memasuki Agama ALLAH. Percaya, yakin dan kembali beriman kpd ALLAH SWT.

BAKSIN C19 akan menjadikan semua manusia kembali beriman kpdNya dan masuk Agama yg diredhai dan diterima di sisiNya.
Tidak lama lgi masanya akan tiba.... " Sesungguhnya subuh makin dekat".
Tempoh yg dijangka 3-5 Tahun makin dekat. Tentu Allah Taala tidak biarkan hamba2Nya ditimpa kemudaratan.




Monday, November 21, 2022

𝐓𝐇𝐄 𝐑𝐄𝐈𝐆𝐍 𝐎𝐅 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐎𝐍 𝐓𝐇𝐈𝐒 𝐄𝐀𝐑𝐓𝐇

 IN THE NAME OF ALLAH SWT THE MOST MERCIFUL AND THE MOST COMPASSIONATE, PEACE AND BLESSINGS UPON THE HOLY PROPHET MUHAMMAD SAW, TO HIS AHLUL BAYT AND HIS COMPANIONS RA

 

𝐓𝐇𝐄 𝐑𝐄𝐈𝐆𝐍 𝐎𝐅 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐎𝐍 𝐓𝐇𝐈𝐒 𝐄𝐀𝐑𝐓𝐇

 

No country in the whole world is more fortunate than this beloved country. We have witnessed the reign of 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 beginning with:

 

1.

Tunku Abdul Rahman

AR

2.

Tun Abdul Razak

RA

3.

Tun Hussein Onn

H

4.

Tun Mahathir

M

5.

Tun Abdullah Badawi

A

6.

Dato’ Sri Najib Abd Razak

N

 

Clearly the combination of the above letters forms the word 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 which is the Name and Attributes of Allah The Almighty. ‘Wazan’ 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 according to Arabic grammar has the meaning of temporary nature.

 

𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 is an attribute of general application covering all human beings, be them Muslims or non-Muslims and other Allah’s creatures and happens only in this World.  Hence the reign of 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 would not continue and ended with the era of Dato' Sri Najib Abd Razak.

 

After the fall of Dato’ Sri Najib Abd Razak's government in the 14th General Election, not a single political party obtained the required 2/3 majority unless  they form a coalition with other parties to be eligible to govern. In the end, this coalition party also could not rule after one of its components withdrew i.e Parti Bersatu withdrew from Pakatan Harapan.  Then there was a coup, going against the rules of democracy simply because those who governed were not elected by the people. Likewise in 15th General Election, not a single political party obtained the required 2/3 majority so it is necessary to form a coalition with other political parties. There is no guarantee the coalition party can rule for 5 years for it is possible the 14th General Election incident will repeat.

 

Why is this happening?

 

As mentioned, the reign of 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 has ended after the government of Dato’ Sri Najib Abd Razak. Each government resulted from the 14th and 15th General Election is actually a transitional government for the reign of 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌.

 

In Arabic grammar, ‘wazan’ 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 is a long-lasting attribute that covers the faithful Muslims in this world and the hereafter. So the reign of 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 shall   continue until the reign of Imam Al Mahdi RA. The reign of 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 only consists of faithful Muslims, that is PARTY of Allah SWT.

 

Allah SWT Said in the Holy Quran, Chapter Al Maidah, verse 56:

 

وَمَن يَتَوَلَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ فَإِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡغَٰلِبُونَ

 

 

“And whoever is an ally of Allah and His Messenger and those who have believed - indeed, the party of Allah - they will be the predominant”.

 

When will this reign of 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 begin?

 

The conditions of Islam and all mankind especially the Muslims in Malaysia can only be saved by implementing the laws and regulations of Allah SWT based on the way of Ahlul Sunnah Wal-Jamaah, not by man-made laws such as democracy.  This is because it is proven democracy causes destruction all over the world, especially in morality. This is a sign that the reign of 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 will soon begin.

 

Is the reign of 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 just an assumption or will it definitely happen?

 

We can observe the sequence from Tunku Abd Rahman's name to Dato’ Sri Najib Abd Razak’s has formed the word 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍. It is not a coincidence but a sequence deliberately arranged in such a way by Allah SWT.  We understand now and believe that Allah SWT will continue the reign of 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 with the reign of 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌. This is His plan for this blessed country. Rightfully we Muslims should be hopeful with full confidence that His plan will soon be realized.

 

This is a Divine special gift for us all especially the Muslims here in Malaysia, not to any other Muslims elsewhere.  We Muslims should be delighted and grateful to ALLAH SWT for HE has chosen our beloved country to receive such a special gift from Him. Anyone who feels unhappy or rejects this possibility or refuse to see it happens, then indeed he will be missing out on Allah SWT’s blessing.

 

So let us pray the reign of 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 will be established by ALLAH SWT in the near future so that we will be safe in this world and the hereafter.


آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

 









 

Saturday, November 19, 2022

𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐃𝐈 𝐁𝐔𝐌𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐇 𝐈𝐍𝐈

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI PENYAYANG, SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR  BAGINDA SAW SERTA AHLUL BAIT DAN PARA SAHABAT RA

𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐃𝐈 𝐁𝐔𝐌𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐇 𝐈𝐍𝐈

Tiada satu negara di seluruh dunia yang bertuah selain daripada negara yang tercinta ini. Kita telah menyaksikan pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍  yang dimulai oleh :

1. Tunku Abdul Rahman.            𝐀𝐑, 
2. Tun Abdul Razak.                    𝐑𝐀, 
3. Tun Hussein Onn.                    𝐇 , 
4. Tun Mahathir.                           𝐌, 
5. Tun Abdullah Badawi              𝐀,
6. Dato Seri Najib Abd Razak.    𝐍

Nyata daripada gabungan huruf-huruf nama di atas membentuk perkataan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 iaitu Nama serta Sifat Allah Taala. Wazan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 mengikut tata bahasa arab mempunyai pengertian sifat sementara.

Sifat 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 meliputi semua manusia samada orang Islam atau bukan orang Islam serta makhluk lain yang hanya berlaku di dunia sahaja iaitu hanya sementara sahaja sebab itulah pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 tidak berterusan tetapi berakhir dengan berakhirnya pemerintahan Dato’ Seri Najib Abd Razak.

Selepas jatuhnya pemerintahan Dato Seri Najib Abd Razak pada PRU ke 14, tidak ada satu parti yang memperolehi majoriti 2/3 melainkan terpaksa bergabung beberapa parti untuk layak memerintah. Akhirnya gabungan parti ini juga tidak memerintah setelah satu komponen parti menarik diri seperti parti bersatu menarik diri dari pakatan harapan dahulu. Akhirnya berlakulah rampasan kuasa dengan tidak mengikut aturan demokrasi. Ini kerana yang memerintah bukanlah yang dipilih oleh rakyat. Dan begitu juga pada PRU 15, tiada satu parti yang memperolehi 2/3 majoriti sehingga perlu bergabungan dengan parti lain. Gabungan parti ini juga tidak terjamin pemerintahannya selama 5 tahun. Ini kerana ada kemungkinan akan berlaku peristiwa seperti yang berlaku pada PRU ke 14 dahulu. 

Kenapa ini berlaku? 

Seperti dinyatakan di atas, pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 telah berakhir pada pemerintahan Dato Seri Najib Abd Razak. Manakala pemerintahan pada PRU ke 14 dan 15 ini adalah merupakan pemerintahan peralihan untuk fasa pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌.

Dalam tata bahasa ARAB, wazan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 adalah sifat berpanjangan yang meliputi hanya orang Islam yang beriman di dunia dan akhirat. Maka pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 adalah pemerintahan berterusan hinggalah pemerintahan Imam Al Mahdi RA. Pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 ini hanya terdiri daripada orang-orang Islam yang beriman sahaja. Yang merupakan PARTI ALLAH. 

Firman Allah SWT dalam surah Al Maidah ayat  56: 

وَمَن يَتَوَلَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ فَإِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡغَٰلِبُونَ

"Dan barangsiapa menjadikan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sungguh, pengikut (agama) Allah itulah yang menang".

Bilakah pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 ini akan bermula? 

Keadaan agama Islam serta umat manusia terutama umat Islam di Malaysia ini hanya boleh diselamatkan dengan melaksanakan undang-undang dan peraturan Allah SWT yang berlandaskan fahaman Ahlul Sunnah Wal-Jamaah bukan undang-undang ciptaan manusia seperti demokrasi. Ini kerana demokrasi telah terbukti membawa kehancuran di merata dunia terutama dari segi moral. Ini petanda bahawa tidak lama lagi akan  bermulanya kerajaan pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌.

Adakah pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 ini sebagai andaian atau ianya pasti akan terjadi? 

Kita lihat urutan dari nama Tunku Abd Rahman hinggalah  Dato Seri Najib Abd Razak  ianya telah membentuk perkataan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍. Ini bukan kebetulan tetapi ini merupakan urutan yang sengaja diatur oleh Allah SWT sedemikian rupa. Daripada ini kita faham dan yakin  bahawa pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 akan ALLAH teruskan dengan pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌. Ini adalah rancangan Allah SWT bagi bumi bertuah ini. Seharusnya kita umat Islam mengharapkan dengan penuh keyakinan agar rancangan ALLAH TAALA ini menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini.

Ini adalah merupakan anugerah teristimewa yang tidak diberikan kepada umat-umat Islam yang lain, hanya untuk kita terutama umat Islam di Malaysia ini. Kita umat Islam seharusnya amat bergembira dan bersyukur kepada ALLAH SWT kerana DIA telah memilih Negara kita yang tercinta ini menerima anugerah yang teristimewa ini daripadaNya. Sesiapa yang tidak senang hati atau menolak kemungkinan ini atau tidak ingin melihatnya terjadi, maka sesungguhnya dia akan terlepas dari Rahmat ALLAH TAALA. 


Mari kita berdoa agar pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 ini akan ALLAH TAALA wujudkan dalam masa terdekat agar kita selamat dunia akhirat.





Friday, November 18, 2022

BALDATUN TOIYYBAH KERAJAAN SAMAWI

BALDATUN TOIYYBAH KERAJAAN SAMAWI

Telah tiba masanya kerajaan samawi akan tertegak di permukaan bumi  ini bermula dari negara tercinta ini hinggalah ke seluruh dunia. Dari timur ke barat sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud :

 "Sesungguhnya Allah telah melipatkan bumi bagi ku (menghimpunkan dan mengumpulkannya) lalu aku dapat melihat timur dan baratnya. Sesungguhnya kekuasaan umatku akan sampai iaitu semua tempat bumi yang dilipatkan bagi ku". 

Thoifah alhassaniyyah sebagai perintis bagi kerajaan samawiya iaitu kerajaan Imam al Mahdi ra bertanggung jawab menjayakan misi ini hingga menjadikan apa yang disabdakan oleh Baginda SAW itu menjadi kenyataan di kurun ini.












Monday, November 14, 2022

Menjelang PRU15 _ Budaya & Tabiat BERPOLITIK oleh Yg Bhg Dr Hadi Hasan

Inilah realiti yang diakui oleh semua orang di serata dunia. Semua orang maklum ianya sudah semacam menjadi budaya dan tabiat bagi mereka yang bergelar ahli politik. Dan bagi rakyat pula ianya sudah menjadi semacam kebiasaan dan bukan perkara pelik atau nista kalau ada ahli politik berkelakuan dan melakukan demikian. Buktinya rakyat masih menyokong, mengempen hatta mengundi untuk menaikkan pemimpin sedemikian. Kenapa ini terjadi? Adakah budaya ini sudah boleh diterima pakai sebagai sebahagian dari budaya bangsa dan agama ?

Budaya ini nampaknya sudah susah dipisahkan dari politik. Ianya sudah semacam budaya dan tabiat bagi setiap ahli politik dan kuncu-kuncu hatta menjangkiti kepada orang bawahan, rakyat biasa. Apa tidaknya kalau menang habuan pasti ada. Paling tidak pun akan dapat projek yang boleh membawa keuntungan. Kepentingan rakyat hanya bermain di mulut sahaja namun hakikatnya dikemudiankan. Kepentingan diri sendiri , keluarga dan kroni-kroni didahulukan. Ada orang sanggup mengadai bangsa dan agama serta maruah diri sendiri demi mengejar habuan duniawi yang sementara. Rata-rata ahli politik seperti sudah lupa akan tanggung jawab yang akan ditanyakan oleh ALLAH Taala kepadanya di akhirat kelak.
Selagi tiada pengenalan sebenar kepada ALLAH TAALA dalam diri maka perkara sebegini akan boleh terjadi. Hakikatnya Ilmu dan amal belum cukup menjadi perisai kepada godaan dunia apatah lagi kalau sudah termasuk di dalamnya. Baginda SAW sudah bagi perumpamaan orang yang masuk ke dalam dapur yang menggunakan unggun api. Bagaimanapun cermatnya pasti akan tercalit dengan hitamnya arang. Ini kerana takut sebenar itu bukan terhasil dari ilmu atau amalan tetapi takut itu berkait rapat dengan YAKIN sebenar dalam hati.
Pernah tak kita dengar para sahabat ra menggunakan kuasa dan pangkat untuk mengejar dan mengaut keuntungan dunia. Saidina Umar ra ketika beliau dicari oleh orang luar madinah yang datang untuk menemui, Saidina Umar ra ditemui sedang duduk dibawah naungan sepohon pokok. Itulah tempat rakyatnya menemui beliau untuk membuat aduan dan mengadu masalah mereka selain di masjid. Berapa banyak pula tampalan pada jubah beliau ra? Tapi adakah Saidina Umar ra tidak berjaya memimpin umat Islam ketika itu? TIDAK , sememangnya Saidina Umar ra berjaya. Ini kerana kejayaan pemimpin Islam bukan diukur dalam kejayaan duniawi tetapi diukur dari kejayaan ukhrawi iaitu akhiratnya. Bukti kejayaan Saidina Umar ra masih kita dapat kecapi sehingga hari ini. Buktinya kita dan keturunan kita telah berada dalam ISLAM. Inilah hasil usaha kepimpinan mereka iaitu kepimpinan Baginda SAW dan para Khulafaur Rasyidin.
Jadi sebagai Islam, keinginan kita untuk memikul tanggung jawab sebagai pemimpin adalah untuk menyambung tugas dan pernan mereka iaitu menyelamatkan seramai mungkin manusia dari kesesatan dan bahaya dunia dan akhirnya selamat di akhirat kelak iaitu membawa manusia kepada ISLAM, iaitu menjadi pengamal dan pengikut setia AGAMA ALLAH SWT. Kalau tiada cita-cita dan kesungguhan ke arah ini, pastinya kita akan hanyut dalam gelombang dunia. Apatah lagi cabaran hebat hari ini ditambah lagi dengan sangat-sangat kurangnya guru-guru mursyid sebagai pembimbing terutama kepada para pemimpin.
Kita ingatlah kata-kata Saidina Umar ra :
” Kita adalah satu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, Sekiranya kita mencari kemuliaan selainnya maka Allah menghinakan kita.”
Saya berdoa semoga ALLAH SWT menaikkan seorang pemimpin yang benar-benar menjaga, membimbing dan memakmurkan negara tercinta ini dan rakyatnya agar semua rakyat selamat di dunia dan akhirat. Semoga inilah masanya era FASA KHILAFAH ALA MINHAJIN NUBUWWA yang dijanjikan Nabi SAW.
Dr Hadi Hasan

Friday, November 11, 2022

gambar-gambar program Rawatan Jarak Jauh 3 lokasi (Pulau Penang, Rawang dan Kuala Nerus, Terengganu)

 Rawatan di Pulau Pinang pada 22hb Oktober 2022










Rawatan di BAitul Al Quran, Country Homes, Rawang pada 24hb Oktober 2022










Rawatan di Kuala Nerus, Terengganu pada 29hb Oktoebr 2022