Saturday, November 19, 2022

ππ„πŒπ„π‘πˆππ“π€π‡π€π 𝐀𝐑-π‘π€π‡πŒπ€π 𝐀𝐑-π‘π€π‡πˆπŒ πƒπˆ ππ”πŒπˆ 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐇 𝐈𝐍𝐈

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI PENYAYANG, SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR  BAGINDA SAW SERTA AHLUL BAIT DAN PARA SAHABAT RA

ππ„πŒπ„π‘πˆππ“π€π‡π€π 𝐀𝐑-π‘π€π‡πŒπ€π 𝐀𝐑-π‘π€π‡πˆπŒ πƒπˆ ππ”πŒπˆ 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐇 𝐈𝐍𝐈

Tiada satu negara di seluruh dunia yang bertuah selain daripada negara yang tercinta ini. Kita telah menyaksikan pemerintahan 𝐀𝐑-π‘π€π‡πŒπ€π  yang dimulai oleh :

1. Tunku Abdul Rahman.            𝐀𝐑, 
2. Tun Abdul Razak.                    𝐑𝐀, 
3. Tun Hussein Onn.                    𝐇 , 
4. Tun Mahathir.                           πŒ, 
5. Tun Abdullah Badawi              𝐀,
6. Dato Seri Najib Abd Razak.    𝐍

Nyata daripada gabungan huruf-huruf nama di atas membentuk perkataan 𝐀𝐑-π‘π€π‡πŒπ€π iaitu Nama serta Sifat Allah Taala. Wazan 𝐀𝐑-π‘π€π‡πŒπ€π mengikut tata bahasa arab mempunyai pengertian sifat sementara.

Sifat 𝐀𝐑-π‘π€π‡πŒπ€π meliputi semua manusia samada orang Islam atau bukan orang Islam serta makhluk lain yang hanya berlaku di dunia sahaja iaitu hanya sementara sahaja sebab itulah pemerintahan 𝐀𝐑-π‘π€π‡πŒπ€π tidak berterusan tetapi berakhir dengan berakhirnya pemerintahan Dato’ Seri Najib Abd Razak.

Selepas jatuhnya pemerintahan Dato Seri Najib Abd Razak pada PRU ke 14, tidak ada satu parti yang memperolehi majoriti 2/3 melainkan terpaksa bergabung beberapa parti untuk layak memerintah. Akhirnya gabungan parti ini juga tidak memerintah setelah satu komponen parti menarik diri seperti parti bersatu menarik diri dari pakatan harapan dahulu. Akhirnya berlakulah rampasan kuasa dengan tidak mengikut aturan demokrasi. Ini kerana yang memerintah bukanlah yang dipilih oleh rakyat. Dan begitu juga pada PRU 15, tiada satu parti yang memperolehi 2/3 majoriti sehingga perlu bergabungan dengan parti lain. Gabungan parti ini juga tidak terjamin pemerintahannya selama 5 tahun. Ini kerana ada kemungkinan akan berlaku peristiwa seperti yang berlaku pada PRU ke 14 dahulu. 

Kenapa ini berlaku? 

Seperti dinyatakan di atas, pemerintahan 𝐀𝐑-π‘π€π‡πŒπ€π telah berakhir pada pemerintahan Dato Seri Najib Abd Razak. Manakala pemerintahan pada PRU ke 14 dan 15 ini adalah merupakan pemerintahan peralihan untuk fasa pemerintahan 𝐀𝐑-π‘π€π‡πˆπŒ.

Dalam tata bahasa ARAB, wazan 𝐀𝐑-π‘π€π‡πˆπŒ adalah sifat berpanjangan yang meliputi hanya orang Islam yang beriman di dunia dan akhirat. Maka pemerintahan 𝐀𝐑-π‘π€π‡πˆπŒ adalah pemerintahan berterusan hinggalah pemerintahan Imam Al Mahdi RA. Pemerintahan 𝐀𝐑-π‘π€π‡πˆπŒ ini hanya terdiri daripada orang-orang Islam yang beriman sahaja. Yang merupakan PARTI ALLAH. 

Firman Allah SWT dalam surah Al Maidah ayat  56: 

وَΩ…َΩ† يَΨͺَوَΩ„َّ Ω±Ω„Ω„َّΩ‡َ وَΨ±َΨ³ُΩˆΩ„َΩ‡ُΫ₯ وَΩ±Ω„َّΨ°ِΩŠΩ†َ Ψ‘َΨ§Ω…َΩ†ُواْ فَΨ₯ِΩ†َّ Ψ­ِΨ²ۡΨ¨َ Ω±Ω„Ω„َّΩ‡ِ Ω‡ُΩ…ُ Ω±Ω„ۡΨΊَٰΩ„ِΨ¨ُΩˆΩ†َ

"Dan barangsiapa menjadikan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sungguh, pengikut (agama) Allah itulah yang menang".

Bilakah pemerintahan 𝐀𝐑-π‘π€π‡πˆπŒ ini akan bermula? 

Keadaan agama Islam serta umat manusia terutama umat Islam di Malaysia ini hanya boleh diselamatkan dengan melaksanakan undang-undang dan peraturan Allah SWT yang berlandaskan fahaman Ahlul Sunnah Wal-Jamaah bukan undang-undang ciptaan manusia seperti demokrasi. Ini kerana demokrasi telah terbukti membawa kehancuran di merata dunia terutama dari segi moral. Ini petanda bahawa tidak lama lagi akan  bermulanya kerajaan pemerintahan 𝐀𝐑-π‘π€π‡πˆπŒ.

Adakah pemerintahan 𝐀𝐑-π‘π€π‡πˆπŒ ini sebagai andaian atau ianya pasti akan terjadi? 

Kita lihat urutan dari nama Tunku Abd Rahman hinggalah  Dato Seri Najib Abd Razak  ianya telah membentuk perkataan 𝐀𝐑-π‘π€π‡πŒπ€π. Ini bukan kebetulan tetapi ini merupakan urutan yang sengaja diatur oleh Allah SWT sedemikian rupa. Daripada ini kita faham dan yakin  bahawa pemerintahan 𝐀𝐑-π‘π€π‡πŒπ€π akan ALLAH teruskan dengan pemerintahan 𝐀𝐑-π‘π€π‡πˆπŒ. Ini adalah rancangan Allah SWT bagi bumi bertuah ini. Seharusnya kita umat Islam mengharapkan dengan penuh keyakinan agar rancangan ALLAH TAALA ini menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini.

Ini adalah merupakan anugerah teristimewa yang tidak diberikan kepada umat-umat Islam yang lain, hanya untuk kita terutama umat Islam di Malaysia ini. Kita umat Islam seharusnya amat bergembira dan bersyukur kepada ALLAH SWT kerana DIA telah memilih Negara kita yang tercinta ini menerima anugerah yang teristimewa ini daripadaNya. Sesiapa yang tidak senang hati atau menolak kemungkinan ini atau tidak ingin melihatnya terjadi, maka sesungguhnya dia akan terlepas dari Rahmat ALLAH TAALA. 


Mari kita berdoa agar pemerintahan 𝐀𝐑-π‘π€π‡πˆπŒ ini akan ALLAH TAALA wujudkan dalam masa terdekat agar kita selamat dunia akhirat.