Saturday, November 5, 2022

Sempena PRU15_ tulisan Dr Hadi (PENYELAMAT NEGARA TERCINTA)

 

Apakah sebenarnya yang cuba ditegakkan dan ingin dicapai kalau kita masih mengharapkan sokongan dan dokongan individu dan puak yang zalim lagi sesat jalannya ?
Adakah oleh kerana kita sangat inginkan kuasa maka kita tidak mengambil kira atau peduli puak mana atau pengemudi bagaimana sehingga tetap juga kita ikuti?
Berapa ramai mereka yang telah tidak berjaya hatta lemas dalam lautan arena kebatilan dan kezaliman ini sebelumnya? Mana orang-orang gagal terdahulu yang mempunyai cita-cita tinggi mengubah puak atau senario penguasaan?
Memang semua takdir Allah Taala tapi amaran Allah Taala ada... Kalau tahu kemungkinan disambar api neraka maka baik jangan sesekali terjun ke dalamnya.
Apa pun kami tetap yakin Allah Taala lah yang menaikkan dan menurunkan seseorang dan mudah2an tidak lama lagi DIA mengangkat seseorang jadi PEMIMPIN, PENYELAMAT dan PENJAGA bagi rakyat dan negara tercinta.