Tuesday, August 23, 2022

CareVax : AEFI Healing Mission _TELEGRAM https://t.me/+lDVHY7Q4Ac05YWFl

CareVax : AEFI Healing Mission

Calling all individuals, groups, societies around the globe who are searching for a cure to the deadly adverse reactions.
This cure or treatment is distance healing through prayers and will be performed by our Honourable Sheikh. Thousands in Malaysia, Singapore and Indonesia have received treatments and some of their testimonials can be found in our Channel here. Please spread this wonderful news to every nook and cranny of the world so that all will become healthy once again and live a wonderful life in this world and hereafter.
Please reach out to any of the group’s Admins in the chat or directly contact them at the following numbers (WhatsApp Only):
+60 192401425
+60 192881425
+60 123175493
+60 108379022

Thursday, August 18, 2022

Ada berita baik dan mengembirakan untuk semua - rawatan jarak jauh sessi kedua bermula diurus Peserta sendiri.

     Ada berita baik dan mengembirakan untuk semua.

Memandangkan masih banyak pemintaan untuk mendapatkan rawatan kesan AEFI vaksin ini, YM Tuan Guru bersetuju untuk meneruskan perubatan jarak jauh secara PERCUMA. Namun kali ini, kami memberi saranan kepada peserta-peserta untuk mengaturkan program sendiri di tempat masing-masing atau dimana jua tempat yang sesuai mengikut syarat-syarat berikut:-

1. Minima 100 peserta;
2. melantik diri sendiri atau peserta lain sebagai koordinator;
3. Semua urusan pendaftaran & lokasi akan diuruskan oleh para peserta sendiri;
4. Rawatan dibuat apabila peserta sudah mencukupi 100 orang atau lebih dan terus hubungi salah seorang admin/urusetia kami untuk temujanji;
5. Sila cadangkan lokasi, tarikh & masa yang boleh diikuti oleh semua peserta;
6. Peserta-peserta boleh iklan dan war-warkan kepada orang ramai melalui saluran sosial media atau apa jua sudut masing-masing untuk menjemput orang ramai menyertai program anjuran sendiri (boleh gunakan video testimoni program yang lalu) ;
7. Peserta-peserta bolehlah berkongsi kisah rawatan samada melalui tulisan atau video dengan mereka yang memerlukan agar lebih ramai lagi yang akan kembali sihat dan tiada lagi kesengsaraan dan penderitaan kesan vaksin AEFI ini;
8. Urusetia kami sentiasa bersedia untuk membantu pihak koordinator/peserta dari belakang untuk menjadikan program ini berjalan dengan baik, teratur dan berkesan.
Ke pautan link telegram bagi peserta-peserta yang ingin sertai program anjuran koordinator dari kalangan peserta-peserta sendiri


Sunday, August 14, 2022

ERA MENGIKUT KENABIAN, ERA PERLUKAN BUKTI KEBENARAN _ Dr Hadi Hasan

Sudah berkurun lamanya Agama ALLAH tidak lagi mempelopori sebagai agama dunia. Pada zaman Nabi SAW, Baginda SAW telah menyempurnakan Agama ini, namun tetap ianya belum menjadi agama dunia. Persoalannya bilakah masa itu akan tiba? Atau adakah perkara itu mungkin tidak berlaku? Tidak, ia pasti akan berlaku kerana ini janji ALLAH TAALA di dalam AlQuran. Allah SWT menjanjikan bahawa AgamaNYA tetap DIA naikkan dan akan mengungguli agama lain iaitu menjadikannya agama dunia... ONE WORLD RELIGION. Namun adakah situasi sekarang ini kelihatan kemungkinan Islam sedang menuju era menjadi OWR itu? Seakan-akan sangat MUSTAHIL.

Samada kita sedar atau tidak, Musuh Islam terutama SATU MATA yang dipelopori oleh Zionis, nampaknya telah menggunakan senjata berteknologi tinggi untuk menyekat kenaikkan AgamaNYA. Senjata yang berselindung disebalik manfaat umum telah memasuki sel-sel tubuh manusia dan ALLAH TAALA sahaja yang tahu apa dilakukannya. Kerosakan daripadanya makin tampak kelihatan saban hari bila mana semakin ramai merasai dan menderita mudaratnya walaupun tidak kurang juga yang menafikan itu bukan daripadanya. SENJATA ini memang diperakui dan telah diberi amaran oleh ahlinya awal-awal lagi iaitu apabila ia mula berreaksi dalam sel, tiada siapa akan dapat menghentikan, mengeluarkan apatah lagi memusnahkannya. Adakah Manusia sejagat terutama umat Islam sekarang dalam tempoh menunggu kesannya? ALLAH SWT sahaja yang tahu. Namun yang pasti makin ramai yang menderit dan dikhuatiri telah ramai mati selepas ia memasuki tubuh manusia. Selain itu perkara yang paling membimbangkan ia juga seolah-olah digunakan bagi tujuan menghilangkan pengenalan dan keinginan kepada ALLAH SWT. Sebab itu sekarang ini ramai juga mengadu menghadapi masalah ingatan dan tidak kurang ada yang sudah menghina ALLAH SWT serta ada juga hingga mengaku dia Tuhan.

Dari sudut lain pula, adakah kelengkapan senjata dan teknologi atau ekonomi ataupun ilmu pengetahuan yang dapat melahirkan bijak pandai Islam yang kemungkinan dapat menaikkan Agama ALLAH SWT? Ketika ini tidak kelihatan bahawa ketiga-tiga bidang ini berpotensi menjadi jambatan menaikkan AgamaNYA. MANA mungkin kita dapat mengalahkan musuh Islam sedangkan semua bidang itu kita perolehi dari mereka dan corak pemikiran kita pun hasil dari acuan mereka.
Di beberapa negara bukan Islam, sudah kelihatan berlaku sekatan, penghapus dan penyelewengan ideologi Islam. Lihatlah apa berlaku di Xinjiang, China dan di negara yang penduduknya berlidah arab terutama Arab Saudi yang menjadi khadam tanah haram.

Jadi bagaimana keadaan sebegini akan memungkinkan Agama ALLAH SWT naik mengungguli agama lain dan menjadi OWR. Paling malang apabila umat Islam sendiri leka, tiada semangat untuk menaikkan AgamaNya dan seolah-olah sudah hilang keyakinan kepada Kemampuan dan Kebijaksanaan ALLAH SWT.

MAKA apakah kaedah atau " senjata" yang boleh digunapakai untuk menaikkan AgamaNYA? ADAKAH kekuatan dan kecanggihan teknologi, kekuatan ekonomi atau pintaran orang Islam boleh menaikkan Islam?

Atau ADAKAH mana-mana alim ulama unggul, terutama yang memegang puluhan kelulusan dapat menaikkannya? Siapakah mampu mengatasi dan menyelesaikan semua masalah yang menimpa umat manusia terutama umat Islam?

Kalau kita sudah sampai di penghujung usaha ikthiar dan nampak sudah tiada jalan untuk menaikkan AgamaNYA, maka pastilah ALLAH SWT Sendiri yang akan bertindak? Namun tidaklah pula ALLAH SWT menaikkan Islam dengan SendiriNYA mestilah ALLAH TAALA akan memilih dan memunculkan seorang hambaNYA yang benar dan sungguh-sungguh ingin menaikkan Islam. Orang itu akan ALLAH TAALA bekalkan dengan keramah daripadaNYA. Sebagaimana keadaan yang berlaku kepada para Nabi dan Rasul yang membawa dan menaikkan AgamaNYA iaitu selain hujah yang bernas, mereka juga telah dibekalkan dengan MUKJIZAT.

Dahulu kala hujah sudah tidak mencukupi untuk menerima dan meyakini mana yang benar kepada umat manusia, maka ketika itulah perkara ajaib berupa MUKJIZAT, ALLAH TAALA anugerahkan kepada RasulNYA sebagai bukti kebenaran utusanNYA itu. MAKA pada kurun ini dikala pelbagai golongan dalam Islam sudah jauh berselisih pendapat ditambah lagi senjata membunuh sudah berada dalam sel-sel tubuh manusia, pastinya ALLAH TAALA akan memberikan KERAMAH kepada seorang hambaNYA agar manusia nampak ALLAH SWT melalui hambaNYA itu. Manusia pasti akan menyedari apa yang dilakukan oleh hambaNYA itu mustahil atas kemampuannya sendiri tetapi adalah tidak lain melainkan atas KEKUASAAN dan KEBIJAKSANAAN ALLAH SWT semata - mata. MAKA melalui hambaNYA itulah mereka akan kembali kepada ALLAH TAALA dan menyedari jalan yang sebenarnya adalah jalan yang disarankan oleh hambaNYA itu. Ini sebagaimana keadaannya ketika zaman para nabi dan rasul terdahulu. Mungkin inilah sebabnya Baginda SAW katakan zaman itu adalah era MINHAJIN NUBUWWAH.

Apa pun kita nantikan orang pilihan itu dan pastinya melalui dia manusia akan nampak SIAPA ALLAH TAALA dan kebenaran AgamaNYA iaitu ISLAM. Semoga bila masa itu tiba ALLAH TAALA tidak butakan HATI kita dari melihat bukti kebenaran dariNYA....

Amin Ya Rabbal Alamin.







Thursday, August 11, 2022

Video Peserta kembali pulih dari terkesan AEFI Vaksin C19

 Alhamdulillah.

Video ini adalah hasil kerja & buah fikiran salah seorang daripada peserta rawatan jarak jauh oleh YM Guru kami iaitu YM Tuan Guru Hj Abdul Rahim Al-Hassaniyyah. Peserta ini sangat sangat gembira dan tidak putus-putus memanjatkan syukur kepada Allah Taala kerana beliau telah pulih dengan Qudrat dan Iradat Allah Taala.

Kami kongsikan video oleh beliau untuk semua agar anda sendiri dapat menyaksikan kekuasaan & keperkasaan Allah Taala, yang Maha Berkuasa, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Maha Menerima Taubat dan Maha Penyembuh.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Youtube video credit to : Keiyz Grandewa

Peserta rawatan jarak jauh Pulih kembali

"DIHARUSKAN Kaedah Rawatan Jarak Jauh” - JabatanMufti Negeri Sembilan

https://muftins.gov.my/2019/06/24/rawatan-jarak-jauh/?fbclid=IwAR0gnmjPfT7EDzunp6MXdz5PAQBVFYcuNS0xFE4LYmlHeZU4q3DCH-nJhxU.

Kaedah rawatan jarak jauh adalah antara kepelbagaian kaedah rawatan yang dipraktikkan di pusat-pusat rawatan Islam di Malaysia.

Hal ini berdasarkan hadith Nabi SAW yang menyarankan agar seseorang itu mendoakan sahabatnya tanpa diketahui oleh sahabatnya itu.

Ia juga termasuk dalam konteks doa yang mendapat perkenan Allah SWT kemakbulannya.

وعن أبي الدرداء رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أنه سمع رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم يقول:
ما من عبد مسلم يدعو لأخيه بظهر الغيب إلا قال الملَك: ولك بمثل

Maksudnya: “Tidak ada seorang hamba Muslim yang mendoakan kebaikan untuk saudaranya di belakangnya (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan terdapatnya Malaikat yang akan berkata: Bagi engkau segala kebaikan yang engkau doakan untuknya.”
عن عبد الله بن عمرو عن النبي صلى الله عليه وسلم قال ما دعوة أسرع إجابة من دعوة غائب لغائب
Maksudnya:
“Tiadalah doa yang segera dimakbulkan (oleh Allah) daripada doa seorang Muslim kepada seorang Muslim yang lain yang tidak bersama dirinya.”

Berkaitan dengan penggunaan kaedah rawatan jarak jauh dalam rawatan penyakit, dapat dibahagikan kepada dua pandangan yang utama dari sudut keharusan dan pengharaman penggunaan kaedah ini.

Pertama: DIHARUSKAN untuk menggunakan kaedah jarak jauh jika terdapat keuzuran dan kepayahan dari sudut keengganan pesakit untuk datang mendapatkan rawatan akibat daripada masalah dan penyakit yang dihadapi seperti masalah gangguan, terkena sihir sehingga menyukarkan pergerakan atau boleh mendatangkan kecederaan jika bersama dengan orang ramai dan lain-lain lagi.

Selain itu, DIHARUSKAN juga menggunakan kaedah ini dalam situasi ia dilakukan dalam keadaan langsung di mana perawat dan pesakit saling berhubung dan saling mendengar antara satu sama lain melalui penggunaan alat telekomunikasi seperti telefon.

Ini bermakna semasa rawatan sedang dilakukan wujud perhubungan langsung antara pesakit dan perawat serta ia dilakukan dalam keadaan kedua-dua pihak sedar.

Dalam situasi yang lain pula, juga termasuk dalam rawatan jarak jauh adalah melalui amalan solat hajat dan mendoakan kesembuhan bagi pesakit.

Melalui amalan ini, ia adalah DIHARUSKAN, bahkan Nabi SAW sangat menggalakkan seseorang Muslim itu mendoakan kesejahteraan bagi Muslim yang lain dan adalah lebih berkesan jika doa yang dipanjatkan tersebut tidak diketahui oleh sahabat yang didoakan tersebut melainkan Allah SWT sahaja.

Istimewanya bagi kami adalah doa dari Wali Allah dari kalangan Guru Mursyid lebih-lebih lagi diharapkan makbulnya disisi Allah SWT.

Sumber pendapat Mufti berkaitan Rawatan Jarak Jauh disini :
MUFTINS.GOV.MY
Rawatan jarak jauh - Jabatan Mufti Negeri Sembilan

0 comments

Sunday, August 7, 2022

sempena sambutan Asyura 10 Maharam 1444

Kita akan raikan hari Asyura iaitu hari kemenangan Islam bersama-sama bagi tahun ini 10 Muharam1444 bersamaan hari isnin, 8.8.2022.

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Asyura berasal dari perkataan Arab “asyara” iaitu sepuluh yang merujuk kepada hari ke sepuluh dalam bulan Muharam.

Di dalam catatan sejarah Islam, hari Asyura menyaksikan banyak peristiwa-peristiwa besar lagi luar biasa yang tidak boleh tercapai di fikiran otak manusia kepada para Nabi antaranya:
■Pensyariatan puasa kepada umat Islam selama sebulan di bulan Ramadan adalah rentetan dari puasa orang Yahudi pada 10 Muharam.
■ Allah SWT mengampuni dosa-dosa bapa kita Nabi Adam AS
■Allah S.W.T. telah menyelamatkan Nabi Musa AS dan kaumnya dari dihambat Firaun bersama bala tenteranya, serta melemaskan mereka di Laut Merah
■Allah menurunkan kitab Taurat kepada nabi Musa AS.
■Bahtera nabi Nuh AS telah selamat mendarat di atas Bukit Judi selepas mengharungi badai gelombang selama 6 bulan
■ Allah SWT memberi kesembuhan kepada Nabi Ayub AS dari penyakit yang dideritainya, kulit Nabi dipenuhi ulat sehingga semua ahli keluarganya meninggalkan Nabi sendirian.
■ Nabi Sulaiman AS mendapat semula kerajaan pemerintahannya bagi semua manusia, jin, binatang dan segala makhluk Allah.
■Pertemuan dua beranak Nabi Yusuf AS dan Nabi Yaakub AS yang saling mencintai setelah berpisah selama 40 tahun. Nabi Yusuf AS keluar dari penjara juga pada hari Asyura.
■Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari dibakar oleh Raja Namrud
■Hari pertama Allah menciptakan alam, Arasy, Loh Mahfuz, malaikat Jibril, menurunkan hujan dan rahmatNya.
■ Nabi Idris AS diangkat ke langit oleh Malaikat Israfil AS.
■Nabi Isa AS diangkat ke langit pada hari Asyura dan akan turun dan dibangkitkan semula.
■Nabi Yunus AS selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

~Umat Islam juga disunatkan puasa pada 10 Muharam.
●Berpuasa pada 9 dan 10 muharram atau 10 dan 11 muharram.
Daripada Abu Qatadah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya.
[ HR Ibn Majah (1738)]

●Melebihkan Infaq untuk keluarga pada 10 muharram.
Rasulullah bersabda:
مَنْ وَسَّعَ عَلى عِيَالِهِ وَ أَهْلِهِ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ وَسَّعَ اللهُ عَلَيْهِ سَائِرَ سَنَتِهِ
“Barangsiapa yang meluaskan pemberian untuk keluarganya (tidak berkira-kira) pada Hari Asyura' (10 Muharram), Allah SWT akan meluaskan rezeki bagi orang itu dalam seluruh Tahunnya."
(HR Baihaqi No: 3795)

● Berbuat baik kepada anak yatim.

Sabda Nabi SAW
وَمَنْ مَسَحَ يَدَهُ عَلَى رَأْسِ يَتِيمٍ يَوْمَ عَاشُورَاءَ رَفَعَ اللَّهُ تَعَالَى لَهُ بِكُلِّ شَعْرَةٍ دَرَجَةً
Dan barang siapa mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, niscaya Allah mengangkat darjatnya pada setiap rambut yang diusapnya“.
( Tanbihul Ghafilin)

❤️Pada hari mulia Asyura juga menjadi amalan jemaah kami dengan memberi orang ramai makan dengan berkenduri kerana meraikan dan membesarkan peristiwa luar biasa para Nabi-nabi terdahulu.

❤️❤️Mudah-mudahan pada hari Asyura esok ini, diampuni dosa dan kesalahan serta kesilapan umat manusia dan dijauhkan segala bala dan azab dan tercapai kelak akhirnya kita menjadi umat yang satu serta tercatat satu sejarah baru Kebenaran Islam Naik ke kemuncak tinggi apabila terbukti kini Allah SWT menunjukkan Qudrat dan IradatNya apabila manusia yang sakit telah pulih kembali dengan serta merta dengan keberkatan dan kemuliaan doa dari seorang Wali Allah.



Meraikan hari Asyura pada 8.8.2022 bersama YM Tuan GURU