Sunday, May 29, 2022

Nabi Musa as telah mengalahkan Firaun Oleh Dr Hadi Hasan

Terbukti dalam sejarah dan Allah SWT telah abadikan di dalam AlQuran, Nabi Musa as telah mengalahkan Firaun, raja agung kerajaan purba mesir bersama bala tenteranya di laut merah. Nabi Musa as yang hanya "bersenjatakan" tongkat telah menumpaskan Firaun dan bala tenteranya dengan izin ALLAH SWT. Zahirnya manusia saksikan Nabi Musa as mengalahkan Firaun namun hakikatnya ALLAH TAALA yang telah menyelamatkan Nabi Musa as bersama kaumnya dan menenggelamkan Firaun dengan bala tenteranya ke dalam laut merah. Kemudian ALLAH SWT "selamatkan" mayat Firaun agar menjadi tatapan dan pengajaran bagi manusia sepanjang zaman.

Salah satu pengajaran yang umat manusia hari ini kena ingat dan yakini bahawa KEBENARAN akan tetap menewaskan KEBATILAN/KEZALIMAN walaupun kebenaran hanya diterajuai oleh seorang sahaja penegaknya. Dia tetap akan menang menghadapi kebatilan/kezaliman yang beratus atau beribu kali ganda bilangan, kehebatan serta keagungannya. Ini kerana KEBENARAN ADALAH DARI ALLAH SWT. TIDAK PERNAH DALAM SEJARAH ALLAH TAALA DIKALAHKAN OLEH SESIAPA PUN DARI MAKHLUKNYA, sebab itu para penegak kebenaran tidak pernah gentar dan tidak patut gentar dengan apa bentuk kebatilan/ kezaliman dihadapinya kerana ALLAH TAALA ada di hadapannya.
Mungkinkah peristiwa golongan sedikit yang membawa kebenaran akan mengalahkan golongan banyak berulang sekali lagi? Ini kami sangat pasti dan yakin kerana YMTG ra telah memaklumkan bahawa ini zaman Nabi Musa as. Maka walaupun seluruh dunia bergabung dengan berbagai agenda mematikan atau memadamkan KEBENARAN, namun pastinya ALLAH TAALA tidak akan membiarkannya dan PASTI akan memunculkan seorang yang menerajui golongan kecil, golongan yang dikira lemah mengalahkan golongan kebatilan/kezaliman dengan PERTOLONGAN dan IZIN ALLAH TAALA. Kita tunggu dan saksikan kebenaran kata-kata YMTG ra.
Sengaja ALLAH SWT pilih golongan sedikit yang lemah agar manusia sedar bahawa kejayaan itu bukan sebab manusia tetapi kerana KEKUASAAN dan KEHEBATAN ALLAH SWT serta KASIH SAYANGNYA.
ALANGKAH baiknya terpilih sebagai golongan kecil itu ( thoifah yang berdiri atas kebenaranNYA ).



Monday, May 23, 2022

Diperkenalkan inilah Yang Mulia Tuan Guru Haji Ghulam Hassan Ali Akbar Al-Haj Al-Khatamul Muhammadiyyah AlBikangi RA (YMTGRA)

Diperkenalkan inilah Yang Mulia Tuan Guru Haji Ghulam Hassan Ali Akbar Al-Haj Al-Khatamul Muhammadiyyah AlBikangi RA (YMTGRA), pembawa kebenaran abad ke 15, yang membawa manusia mengenal Allah SWT, Tuhan Yang Maha Belas Kasih SayangNya, Yang Maha Agung, Maha Perkasa yang mentadbir alam ini.
Juga diperkenalkan Yang Mulia Tuan Guru Hj Abdul Rahim Al-Hassaniyyah pewaris kpd YMTGRA yang merupakan pengerak kepada ajaran-ajaran dan amalan-amalan YMTGRA.
Perdengarkanlah wahai semua umat Muhammad SAW mudah-mudahan kalian mendapat rahmat, keberkatan dan keampunan Allah SWT. AMINN






Sunday, May 22, 2022

22 Mei 2022 ; Majlis hari raya puasa 6

22 Mei 2022 ; Majlis hari raya puasa 6 bagi YMG dan sebahagian jemaah. Kami dihidangkan makanan Sabah Putu, sagul, hurisan asam.
Hari ini bbrp pesakit meminta dirawati krn kesan² vaksin. YMG menasihati agar bertaubat krn sudah terlanjur mengambilnya.



Indahnya ISLAM pada hati oleh Hajjah Noor Sham Abdullah

Indahnya ISLAM pada hati kerana melalui hati kita mengenal Tuhan iaitu dgn 3 sendi agama Al-Islam (fekah), Al-Iman (Tauhid) dan Al-ihsan (Tasauf). Lain dari cara ini maka sia-sia belaka.




Wednesday, May 11, 2022

Tewasnya Umat Islam Kerana Dikhianati Saudara Sendiri Oleh Dr Hadi Hasan

Semenjak dari awal hingga ke hari ini tetap wujud barua-barua yang membelot dan mengkhianati Islam, Melayu dan tanah airnya sendiri. Mereka sebenarnya bukan kawan atau saudara malah musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan. Bukannya kita tidak sedar akan hal ini tetapi seakan sudah menjadi sumpahan tetap wujud dalam masyarakat. Di mana silapnya? Adakah ianya memang sudah menjadi darah daging dan sebati dengan jiwa naluri kita? Mungkin sebab itulah ALLAH TAALA menghantar kepada kita pengubah DNA dan ditakdirkan kita mengambilnya agar demikian gen pembelot dan pengkhianat dalam genetik kita dapat ditukar.

Selain isu si pembelot ini, seperkara lagi yang paling menyedihkan lagi menghairankan ialah walaupun kita tahu kita pernah dijajah, dikuasai, dizalimi, dibolot harta kekayaan dan hasil bumi kita serta dipadam dan dipalsukan sejarah kita, NAMUN seolah-olah kita bangga dan megah dengan penjajah dan peninggalannya.
ADAKAH perlu kita bangga dan megah mengiktiraf bahawa kita pernah menjadi sebahagian tanah jajahan mereka seperti bangga dan megah menjadi anggota negara KOMANWEL?
ADAKAH perlu kita bangga dan megah mempertahankan simbol penjajah seperti bangunan peninggalan mereka sedangkan tamaddun kita pernah berdiri di atasnya?
ADAKAH perlu kita bangga dan megah menggunapakai dan menerapkan cara hidup mereka sedangkan kita sendiri ada identiti dan budaya sendiri yang lebih unggul dan jauh lebih ketimuran?
DAN ADAKAH perlu kita bangga dan megah mendokong dan mendaulatkan ideologi mereka sedangkan kita ada ideologi sendiri yg terbukti pernah menjadi kuasa besar yang berjaya dan kebanggaan suatu masa dahulu?
ATAU..... ADAKAH kita sendiri sebenarnya ingin meninggalkan, melupakan atau ingin membuang identiti kita, sejarah kita sendiri walaupun kita sememangnya mempunyai kedaulatan, harga diri dan jati diri sendiri?
ATAU.....ADAKAH kita rasa kita golongan yang lemah, tidak berdaya dan tidak cukup terkenal sehingga kita perlu bergantung kepada mereka serta peninggalan mereka ?
ALLAH SWT berfirman dalam surah Al Imran ayat 139 :
{ وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ }
"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang beriman".
HAKIKATNYA kita kena sedar bahawa kitalah yang sebenarnya lebih mulia dan lebih bertamaddun serta lebih selamat keadaannya di dunia dan akhirat berbanding mereka yang zalim lagi kafir. Ini kerana kita beragama ISLAM dan beriman kepada ALLAH SWT dan RASULNYA yang pastinya dijanjikan Syurga berbanding mereka yang zalim lagi kafir kerana tempat kembalinya ke dalam neraka.
Saidina Umar ra pernah berkata : "Kita ini adalah orang-orang yang paling hina lalu Allah memuliakan kita dengan ISLAM. Kalau saja kita mencari kemuliaan pada selain ISLAM maka Allah akan menghinakan kita lagi…”
OLEH ITU Kita kena sedar bahawa kita akan menjadi hina, teraniaya, tertindas, dizalimi dan seribu macam kehinaan menimpa serta Allah Taala biarkan kita menjadi alat musuh ISLAM sekirannya kita menjauhkan diri dari ISLAM sebenar. ISLAM kita kenalah ISLAM yang sebenarnya untuk menjadikan kita benar-benar mulia. Kemuliaan hakiki dicapai apabila kita benar-benar beriman kepada ALLAH SWT iaitu kita MENGENAL ALLAH SWT bukan setakat mengetahuiNYA.
Kehinaan yang masih menimpa kita adalah kerana kita hanya TAHU ALLAH SWT tetapi masih tidak MENGENALINYA. TIDAKLAH sama orang yang kenal harimau dengan orang yang hanya tahu harimau. Ini disebabkan yang kenal itu pernah bersua dengan harimau sedangkan yang tahu itu hanya mengetahui harimau melalui cerita atau bacaan bukan bersua dengannya. Maka ketakutan kepada harimau adalah berbeza.
Begitu jugalah kepada ALLAH SWT. Kita tidak akan benar-benar CINTA, TAKUT dan HARAP kepadaNYA kalau sekadar tahu tapi tidak Kenal. BAGI memperolehi dan mencapai makam kenal TIDAK BOLEH TIDAK kenalah bertasawwuf dan bertarekat serta berada dalam asuhan guru mursyid. Ini kerana tiada ilmu atau amalan yang boleh membawa kepada pengenalan melainkan dengan jalan WASILAH iaitu melalui orang yang telah kenal ALLAH Taala. Kalau tidak sampai mati pun kita akan hanya tahu tetapi tidak kenal akan DIA. Maka kesimpulannya untuk mengembalikan dan mengekalkan kemuliaan kita TIDAK BOLEH TIDAK kita kena mengembalikan cabang terpenting dalam ISLAM iaitu ilmu tasawwuf dan bertarekat dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim.
Semoga ALLAH SWT memberi kita peluang dan jalan untuk MENGENALINYA agar IMAN dan KEYAKINAN kita benar-benar jitu. Dengan demikian akan terhindarlah kita dari segala bentuk tipu muslihat musuh-musuh ALLAH dan dari kehinaan di dunia dan akhirat..... Amin Ya Rabbal Alamin.

https://youtu.be/X2Ffk68X3Jc

Sunday, May 8, 2022

Peristiwa bani Israil yang Allah SWT tukar kepada kera dan babi Oleh Dr Hadi Hasan

Pastinya kita pernah terdengar atau terbaca peristiwa bani Israil yang Allah SWT tukar kepada kera dan babi.
Peristiwa bani Israil menjadi kera adalah akibat daripada mereka memanipulasikan larangan Allah SWT menangkap ikan pada hari Sabbat (sabtu). Oleh kerana menangkap ikan pada hari sabtu dilarang, maka mereka memasang penghadang-penghadang kepada ikan-ikan yang datang ke pantai agar ianya tidak akan terlepas ke laut. Satu ujian yang besar bila mana ikan-ikan ini datang dengan banyaknya khususnya pada hari Sabbat. Ikan-ikan yang terperangkap itu akan hanya ditangkap dan dipunggah pada esok harinya. Bagi bani Israil, mereka tetap taat dan patuh atas larangan itu kerana tidak menangkap ikan pada hari sabtu. Bagi mereka, mereka hanya memasang penghadang tersebut tetapi tidak mengambilnya. Akibat manipulasi ini maka Allah SWT telah menukar mereka semua serta merta menjadi kera yang dilaknat dan dimurkaiNya.
Pada peristiwa yang lain pula iaitu pada zaman Nabi Musa as ada seorang lelaki yang menjadi pembantu dan menimbah banyak ilmu daripadanya. Hasil dari ilmunya, lelaki itu menjadi kaya dan banyak hartanya. Kemudian si Fulan itu menghilangkan diri agak lama. Suatu hari datang seorang lelaki dengan seekor babi. Lelaki itu menyatakan bahawa babi itu adalah si fulan tadi. Nabi Musa as pun berdoa agar Allah mengembalikan si fulan kepada keadaan asalnya agar dia boleh bertanyakan akan halnya.
Lantas Allah SWT menurunkan wahyu-Nya kepada Nabi Musa as, “Ya, Musa, walaupun kau berdoa kepada-Ku sebagaimana Adam berdoa, apalagi doa orang yang lebih rendah dari padanya, Aku tidak akan mengabulkan doamu. Namun Aku tetap memberitahukanmu mengapa Aku mengutuknya menjadi babi. Hal itu kerana ia mencari dunia dengan (menjual) agama!”
Kita kena ingat bahawa bani Israil ketika itu berTuhankan Allah SWT dan nabi-nabi dan rasul-rasul adalah dari bangsa mereka sendiri. Namun begitu mereka adalah satu bangsa yang mudah melakukan kerosakan, pelanggaran dan memandai-mandai memanipulasi serta memandang remeh kepada hukum Allah SWT. Di dalam AlQuran dapat diketahui dalam era keNabian dan keRasulan nabi-nabi bani Israil mereka telah banyak melakukan perkara sedemikian hatta sanggup membunuh nabi-nabi mereka seperti Nabi Yahya as dan Nabi Zakaria as akibat tidak sependapat dengan kehendak dan nafsu mereka.
Dalam dunia moden ini juga, bani Israil lah yang telah banyak memulakan dan mengadakan perkara yang membawa kepada kerosakkan. Sebagai contoh di negara Amerika kajian mendapati bahawa golongan inilah yang memulakan dan memonopoli kegiatan rasuah, riba, ceti haram, pusat perjudian, pelacuran dan segala macam kemungkaran yang melanggar Larangan dan Kehendak Allah SWT.
MAKA Kesimpulan dari KISAH BANI ISRAIL terutama yang Allah SWT nyatakan di dalam AlQuran sepatutnya menjadi pengajaran, peringatan dan amarah agar kita JANGAN MEMANIPULASI atau "MEMPOLITIKAN" HUKUM TUHAN, ALLAH SWT. Ini kerana boleh sahaja peristiwa ditukar menjadi KERA dan BABI berulang kalau ALLAH SWT telah murka kepada kita...... NAUZUBILLAHI MIN ZALIK
SEMOGA ALLAH SWT sentiasa memandu kita dan menjadikan kita umat Islam yang benar-benar ikhlas dan amanah dalam AgamaNYA..... AMIN YA RABBAL ALAMIN.