100 tahun dunia tanpa khalifah.
Keluar dari kegelapan zulumat kpd cahaya Makrifatullah melalui Guru Mursyid.
Nabi SAW mengeluarkan kita dari Zulumat kepada Cahaya Tauhid/ Cahaya Makrifat/ Cahaya Pengenalan kepada Allah SWT, Cahaya kasih dan rindu kepada Allah SWT.
Nabi SAW mengeluarkan kita dari Zulumat kerana Zulumat itulah kita menjadi derita di dalam perjalanan hidup ini.
Disebabkan di dalam jiwa dan batinmu ada Tuhan-tuhan yang lain, kesyirikan kepada Allah, itulah yang menjadi penderitaan di dalam perjalanan hidupmu.
Hatta ahli ibadah sekalipun kerana di dalam batinmu, kamu menyembah dirimu, tuhan-tuhan yang lain yang ada di dalam dirimu.
Oleh yang demikian, kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pusaka peninggalan Nabi SAW ini, walaupun terpaksa berhijrah dan menghiris kehendak nafsu kita, kehendak kemewahan kita demi untuk mengecapi mutiara yang ditinggalkan oleh Nabi SAW ini.