Sunday, February 27, 2022

Keluar dari kegelapan zulumat kpd cahaya Makrifatullah melalui Guru Mursyid Oleh Hj Nadir Yusoff

100 tahun dunia tanpa khalifah.

Keluar dari kegelapan zulumat kpd cahaya Makrifatullah melalui Guru Mursyid.
Nabi SAW mengeluarkan kita dari Zulumat kepada Cahaya Tauhid/ Cahaya Makrifat/ Cahaya Pengenalan kepada Allah SWT, Cahaya kasih dan rindu kepada Allah SWT.
Nabi SAW mengeluarkan kita dari Zulumat kerana Zulumat itulah kita menjadi derita di dalam perjalanan hidup ini.
Disebabkan di dalam jiwa dan batinmu ada Tuhan-tuhan yang lain, kesyirikan kepada Allah, itulah yang menjadi penderitaan di dalam perjalanan hidupmu.
Hatta ahli ibadah sekalipun kerana di dalam batinmu, kamu menyembah dirimu, tuhan-tuhan yang lain yang ada di dalam dirimu.
Oleh yang demikian, kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pusaka peninggalan Nabi SAW ini, walaupun terpaksa berhijrah dan menghiris kehendak nafsu kita, kehendak kemewahan kita demi untuk mengecapi mutiara yang ditinggalkan oleh Nabi SAW ini.
Misi Kebangkitan Islam Kurun ke 15.



Friday, February 11, 2022

Fasa kenaikkan kegemilangan Agama ALLAH Oleh Dr Hadi Hasan

Rasanya org bukan Islam yg buat ini faham dan sedar apa sebenarannya berlaku. Hanya sahaja mereka mgkin tidak mengetahui kenapa ini mesti berlaku.?

Inilah masanya fasa kenaikkan kegemilangan Agama ALLAH, Tuhan semesta alam bakal muncul. Fasa ini dikenali sebagai era KHILAFAH MINHAJIN NUBUWAH seperti yg Nabi Muhammad SAW nyatakan. Ianya juga dikenali sebagai kemunculan THE BLUE TURBAN FROM THE EAST di kalangan pengkaji agama di barat.
Kemunculannya adalah atas ketentuan dan Kekuasaan ALLAH SWT. Tiada siapa yg pastinya dapat menghalang atau menangguhkan kemunculannya. Fasa ini akan mewujudkan apa yang dipanggil sebagai NEW WORLD ORDER. New World Order ini bukanlah seperti yg barat perkenalkan sekarang ini. Ilham, bayangan dan idea ke arah mewujudkan NWO sengaja Allah SWT berikan kpd bijak pandai dan cendikiawan bukan Islam agar bila ianya benar2 terjadi maka mereka tidak boleh menolaknya hatta kena menerimanya. Mereka pasti akan sedar kemunculannya mustahil dpt dizahirkan oleh manusia yg mempeloporinya melainkan ianya nyata hanya dgn Kekuasaan ALLAH SWT jua.
Kehadiran fasa ini akan wujud dan tersebar luaslah belas kasihan dan kasih sayang sejati yg tulus ikhlas dikalangan manusia sejagat. Disebabkan kemunculannya melahirkan belas kasihan dan kasih sayang maka pastinya ia muncul bukan melalui peperangan atau tipu helah (propaganda/fitnah) tetapi pastinya melalui fakta yg dpt diterima oleh akal iaitu logik dan bernas serta nyata ianya didasarkan atas belas kasihan dan kasih sayang.
Oleh kerana itu sepatutnya ia bukan hanya berita gembira kpd umat Islam tetapi ia juga berita gembira dan rahmat ke atas seluruh umat manusia, makhluk lain dan alam ini keseluruhannya.
Apa yg penting adalah kita perlu bersemangat, bersedia dan teruja menanti kemunculannya dan janganlah sekali-kali menjadi penentangnya. Kepada ALLAH SWT kita memanjatkan doa agar janji Nabi dan Rasul terakhir itu nyata dlm masa terdekat ini. Kemunculannya bermakna lenyap musnahlah segala yg bathil dan kepalsuan.
Ya Allah pilihlah aku, keluarga ku dan sahabat2 ku sebagai sebahagian penegak fasa KHILAFAH MINHAJIN NUBUWA ini. Amin Ya Rabbal Alamin.



Tasawwuf adalah untuk membersihkan Penyakit Batin Oleh Hj Nadir Yusoff

100 tahun dunia tanpa khalifah.

Tasawwuf adalah untuk membersihkan Penyakit Batin yang ada dalam diri manusia.
Penyakit Batin atau Penyakit Nafsu inilah yang menghijab diri dari mendapat Limpahan Cahaya Allah/ Cahaya Rasulullah di dalam hati.
Hati yang terhijab tidak dapat menzahirkan adab dan akhlak yang baik walaupun dia merasakan dirinya sudah baik kerana untuk mendapatkan Redha Allah, Limpahan BarokahNya, hendaklah tiada sebarang kesyirikan di dalam hatinya.
Hanya dengan Redha dan Limpahan BarokahNya, Rohani mencapai Rasa Ketenangan dan Kebahagiaan Hakiki hidup bertuhan.
Penyakit KEAKUAN
Penyakit Keakuan hanya dapat diatasi dengan Proses Penyucian Jiwa.
Ramai juga yang merasa Keakuan dalam melakukan kebaikan atau merasa diri lebih baik pada keturunan, kelebihan pangkat dll.
Ramai yang terhijab pada amal dan ilmunya kerana tiada sesiapa yang tahu kewujudan penyakit batin itu kecuali mereka yang bersih hatinya dengan Cahaya Allah.
Zikir JAZBAH
Zikir yang diijazahkan oleh guru yang benar secara bersanad. Kepentingan Murid untuk mengambil zikir yang ditalqinkan oleh Guru. Guru tersebut juga ada Guru yang membimbingnya sehinggalah kpd Rasulullah SAW. Zikir ini ada Limpahan Nur yang akan membuahkan perubahan dalam jiwanya, perubahan akhlak semakin baik. Zikir yang sama dengan Zikir Hasanah, namun kesannya Tidak Sama. Zikir yang diambil dari Guru ini SUKAR untuk dilaksanakan kerana adanya Limpahan Nur padanya. Zikir hendaklah diambil dari ahli Rohani.
Akan ada ujian mengantuk, letih, sakit-sakit badannya, rasa panas dan sebagainya untuk menghabiskan latihan Zikir Jazbah itu. Ini kerana adanya halangan untuk diri membersihkan hatinya.
Misi Kebangkitan Islam Kurun ke 15.



Monday, February 7, 2022

Sunday, February 6, 2022

Hari haul yang ke 31 YM Tuan Guru Hj Ghulam Hassan Ali Akbar Al Haj Al Bikangi Khatamul Muhammadiyyah di Hulu Langat Selangor

Alhamdulillah selesai dengan penuh berkat meraikan hari haul yang ke 31 YM Tuan Guru Hj Ghulam Hassan Ali Akbar Al Haj Al Bikangi Khatamul Muhammadiyyah buat julung kali di tempat ini.

Terima kasih semua ahli keluarga YM Guru yang menyambut kami dengan penuh kasih sayang. Hanya Allah SWT yang menambah kebaikan, kemuliaan dan balasan yang terbaik.

kepada Yang Mulia Guru Hj Abdul Rahim Al-Hassaniyyah sekeluarga juga jemaah yang terlibat.