PENYELAMAT BAGI SELURUH DUNIA
Ketahuilah bahawa sesungguhnya dunia ini dan seisinya adalah milik Allah SWT. Allah SWT mempunyai undang-undang dan peraturan untuk mentadbir dunia ini bagi kesejahteraan dan keselamatan penduduknya di dunia dan akhirat. Namun umat manusia sejagat telah membelakangi Undang-undang dan Peraturan Allah SWT ini, malah disebaliknya mereka menggunakan undang-undang ideologi mereka sendiri seperti komunisma, sosialisma dan demokrasi untuk mentadbir dunia ini. Malangnya umat Islam juga tidak mengambil keseluruhan Undang-Undang dan Peraturan Allah SWT untuk mentadbir negara mereka masing-masing mengikut Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah bahkan ada memilih pemerintahan demokrasi.
Allah SWT telah menegaskan dalam surah Al-Maidah ayat 50:
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.
Semua hukum selain daripada hukum Allah SWT adalah dikatakan sebagai hukum jahiliyyah, hukum yang tidak berlandaskan kepercayaan kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT lagi dalam surah Al-Baqarah ayat 85:
أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ ۚ فَمَا جَزَاءُ مَن يَفْعَلُ ذَٰلِكَ مِنكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَىٰ أَشَدِّ الْعَذَابِ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
Apakah kamu beriman kepada sebagian Kitab dan ingkar kepada sebagian (yang lain)? Maka tidak ada balasan (yang pantas) bagi orang yang berbuat demikian di antara kamu selain kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari Kiamat mereka dikembalikan kepada azab yang paling berat. Dan Allah tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan.
Allah SWT memperingatkan kita umat Islam dalam surah Al-Baqarah ayat 208:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.
Bahkan Allah SWT telah memberi ancaman khususnya kepada umat Islam yang enggan menggunakan hukumNya, dalam surah Al-Maidah ayat 44:
وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ
dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah maka mereka itulah orang-orang kafir.
Apa yang kita sedang saksikan sekarang ini bahawa seluruh umat manusia menuju kehancuran terutama disebabkan pandemic Covid-19 yang mana vaksin adalah satu-satunya jalan penyelesaiannya mengikut WHO, sedangkan kita sedia maklum bahawa vaksin Covid-19 masih dalam peringkat ujikaji.
Ketahuilah segala kepakaran, teknologi dan apa jua usaha ikhtiar yang diambil umat manusia untuk menangani azab Allah SWT ini tidak akan berjaya. Selagi kita masih membelakangi Undang-Undang dan Peraturan Allah SWT iaitu tidak kembali kepada Allah SWT, selagi itu umat manusia tidak akan aman bahkan boleh sahaja Allah SWT menimpa azab yang serupa atau yang lainnya satu demi satu.
Melihat keadaan inilah Nabi SAW telah bersabda dalam hadisnya bahawa satu masa nanti dunia akan ditadbir mengikut Undang-Undang dan Peraturan Allah SWT iaitu wujudnya sebuah khilafah persis seperti Khilafah Ar-Rasyiddin iaitu Fasa Ke-5 selepas jatuhnya pemerintah diktator.
Suka tidak suka peristiwa ini pasti akan terjadi dalam masa yang terdekat ini. Marilah kita sama-sama menunggu datangnya Fasa yang Ke-5 ini dengan penuh semangat. Sama-samalah kita memperjuangkan Islam sehingga Islam menjadi agama dunia.
Inilah peringatan kami yang terakhir!
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM Bahagian Dakwah, Jakim Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) Noor Hisham Abdullah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
#KKM合格的镭射贴纸
#menteriagama
#pejuang
#MajlisKeselamatanNegara
#JAKIM
#jabatanagamaislamselangor
#PejabatPerdanaMenteri
#covid19updatemalaysia
#pejabatagama
#kkmmalaysia
#menterikesihatan
#COVID19
#COVID19Malaysia