Saturday, August 28, 2021

KHALIFAH ALA MINHAJIN NUBUWA, PENYELAMAT YANG DINANTIKAN

Inilah hadis yang mengatakan wujudnya pemerintahan fasa ke 4 iaitu fasa MULKAN JABBARIYYAN. Pemerintahan yang penuh dengan kesombongan, kezaliman, diktaktor dan kuku besi. Rakyat hidup sangat terseksa, tertindas, terdesak dan dizalimi terutama mereka yang tidak sehaluan atau yang menentang mereka. Kalau inginkan kurang masalah, rakyat kena menyokong dan mengiyakan semua polisi pemerintahan mereka walaupun hakikatnya polisi itu semata-mata untuk menjaga kepentingan dan kuasa mereka. Maka rakyat terutama yang ingin menjaga periuk nasinya terpaksa menjadi agen atau pendokong kezaliman pemerintah. Ketika itu keadaan rakyat ibarat biri-biri hidup dalam kawanan singa, serigala dan anjing.

Walaupun pemerintahan ini bersifat demikian namun tiada sesiapa atau mana-mana gerakan dapat menjatuhkannya kerana ALLAH SWT SENDIRI yang akan menjatuhkannya. Keberadaannya kekal sebagai pemerintah adalah agar jelas kebatilan, kezaliman, kerosakkan dan penyelewengan mereka sebelum munculnya fasa ke 5. 

Kejatuhan pemerintahan MULKAN JABBARIYYAN akan digantikan dengan pemerintahan fasa ke 5 iaitu fasa KHALIFAH ALA MINHAJIN NUBUWA. Fasa ini adalah fasa kebangkitan ISLAM yang gilang gemilang sebagai PERINTIS KERAJAAN IMAM AL MAHDI RA, di mana dalam fasa ini ISLAM akan sampai dan berkembang ke seluruh pelusuk dunia samada di kampung maupun di bandar. Majoriti manusia akan berduyun-duyun KEMBALI KEPADA AGAMA FITRAH MEREKA iaitu ISLAM dan mereka mula merasai keindahan, kenikmatan dan keberuntungan berada dibawah  naungan undang-undang dan peraturan dari ALLAH SWT iaitu ISLAM. Ketika itu barulah manusia benar-benar sedar dan rasa apa yang dimaksudkan firman ALLAH SWT iaitu NABI MUHAMMAD SAW itu sebagai rahmat bagi sekalian alam. 

Adakah ini akan terjadi dan bagaimana ianya terjadi?

Selain hadis ini, NABI SAW juga telah mengkabarkan akan muncul pembaharu (khalifah) ISLAM setiap 100 tahun dan sekarang adalah masanya 100 kejatuhan khalifah ISLAM terakhir iaitu Khalifah Uthmaniyyah. Dalam sejarah setiap kali naiknya pemerintahan baru ianya terhasil dari kemenangan peperangan. Namun bagi kurun ke 15 hijrah ini ianya tidak naik dengan cara sedemikian tetapi ISLAM akan ALLAH SWT naikkan melalui hujah yang bernas dan bukti yang nyata

Disebabkan kebangkitan ISLAM kurun ini bukan melalui mata pedang maka KHALIFAH yang muncul itu tidak membawa senjata zahir atau tentera dari kalangan manusia. Mereka akan mengutarakan hujah-hujah yang bernas  dari AlQuran dan As Sunnah dengan sudut pandang dan kefahaman yang berbeza serta mrnzahirkan bukti-bukti nyata yang merupakan keramah-keramah dari ALLAH SWT sebagai bukti dia dipilih sebagai khalifah atas  KEKUASAAN dan KEAGUNGAN ALLAH SWT

Disamping itu ALLAH SWT telah menyediakan bala tentera kebenaran bukan dari kalangan manusia tetapi COVID19. Ini bertujuan bagi menaikkan dan menyempurnakan CahayaNya iaitu AgamaNya walaupun musuh-musuh ISLAM berusaha sedaya upaya untuk menghalang atau memadamkannya. Sehingga kini terlalu ramai orang hatta dikalangan ulama sendiri tidak menyedari hakikat COVID19 dan tugasnya. Bagi kami COVID19 adalah tentera kebenaran dari ALLAH SWT yang ditugaskan untuk membantu memudahkan dan mempercepatkan naik dan berkembangnya Agama ISLAM di serata pelusuk dunia. Kita sedia maklum, setakat ini COVID19 telah menawan seluruh pelusuk dunia dan masih tiada jalan penyelesaian yang muktamad untuk menamatkannya. 

Pengambilan vaksin dan penerapan SOP yang rata-rata meyakini akan dapat menyelesaikan pandemik ketika ini, telah memperlihatkan  seolah-olah manusia tidak lagi bergantung kepada ALLAH SWT. ADAKAH ALLAH SWT telah tidak mampu menyelesaikan pandemik ini sehingga manusia beralih kepada selain daripadaNya? MAHA SUCI ALLAH dari sebarang kekurangan. Keadaan ini menandakah bahawa manusia kini telah jauh dan tidak lagi mengenali ALLAH SWT. Bila tidak lagi mengenaliNya maka  pastilah gagal mengenali COVID19. 

Disamping itu juga bila tidak kenal ALLAH SWT, maka hilanglah rasa TAKUT kepadaNya. Hilang rasa takut ini akan mengakibatkan manusia bertindak mengikut hawa nafsunya. Oleh itu jika dia seorang pemimpin pasti  dia akan menjadi pemimpin yang sombong, kejam, zalim dan kuku besi. Maka melalui pandemik COVID19 ini jelas kelihatan intipati fasa MULKAN JABBARIYYAN adalah kerana tidak lagi MENGENAL ALLAH SWT. 

Memandangkan COVID19 adalah tentera bagi kebenaran kurun ke 15 ini, insyaAllah dengan izin ALLAH SWT, ia akan menurut arahan dan perintah KHALIFAH yang akan muncul nanti. Semua ini berlaku kerana keistimewaan yang ALLAH SWT berikan kepada NABI MUHAMMAD SAW dan umatnya di akhir zaman yang BAGINDA simpan dan anugerahkan untuk mereka yang terpilih. Dengan keistimewaan sebegini, manusia benar-benar akan nampak keistimewaan umat BAGINDA SAW iaitu orang-orang yang benar-benar beriman, yakin dan istiqamah dalam petunjuk yang ditinggalkan oleh BAGINDA SAW. PERCAYA ATAU TIDAK TUNGGULAH, NAMUN RUGI SIAPA YANG TIDAK MEMPERCAYAINYA.

Kemunculan KHALIFAH mengikut jalan kenabian ini pastilah bukan dari kalangan pemimpin, bijak pandai yang berpengalaman mentadbir atau agamawan yang mempunyai puluhan gulungan sijil tetapi dia adalah orang yang KENAL dan DEKAT kepada ALLAH SWT. Justeru itu mudahlah baginya membawa manusia kembali mengenal ALLAH SWT dan lahirkan semula rasa TAKUT dan HARAP kepada ALLAH SWT. 

KHALIFAH ini tidak perlu pengalaman mentadbir dalam sistem demokrasi, sosialis, kapitalis atau apa sahaja sistem ideologi manusia kerana ideologi yang akan dia terapkan adalah ideologi dari ALLAH SWT iaitu undang-undang dan peraturan ISLAM sebenar. Sebagaimana BAGINDA SAW , khalifah ini juga akan diajar dan diilhamkan oleh ALLAH SWT menjadi pemimpin dan pentadbir yang berjaya berpandukan AlQuran dan As Sunnah. Ini tidak mustahil, malah pasti kerana BAGINDA SAW telah pun membuktikan kejayaannya hasil tunjuk ajar dan wahyu dari ALLAH SWT. BAGINDA SAW telah berjaya berfungsi sebagai pemerintah, panglima perang, suami, ayah , sahabat dan ahli masyarakat yang diiktiraf sehingga kini dan sebagai insan yang paling unggul sepanjang zaman tiada taranya. Ingatlah kata Saidina Umar ra : “Kita dahulunya adalah kaum yang hina, ALLAH SWT memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain daripada apa yang  ALLAH muliakan kita dengannya maka kita akan dihina ALLAH.”.......Maka pastilah kerana apa yang terkandung di dalam ISLAM itu  semuanya adalah dari ALLAH SWT, DIA lah yang MAHA MENGETAHUI apa yang baik, selamat dan diberkati serta diredhaiNya untuk manusia sehingga hasilnya lahir manusia mulia dan dimuliakan.

Orang mungkin akan tertanya-tanya bagaimana KHALIFAH yang akan muncul ini berjaya sedangkan implikasi dari PANDEMIK ini hampir-hampir melumpuhkan terutama ekonomi semua negara di dunia ketika ini. PERCAYALAH ……. Oleh kerana ALLAH SWT SENDIRI yang menaikkan KHALIFAH ini, maka ALLAH SWT lah yang bertanggung jawab menyediakan baginya semua keperluannya sebagai KHALIFAH MENGIKUT JALAN KENABIAN. Ini termasuklah dana dan sumber kewangannya. Tidaklah ALLAH TAALA naikkan kalau akhirnya ada kekurangan sehingga terencat, tergendala atau gagal di tengah jalan, TIDAK SAMA SEKALI. ALLAH MAHA KUASA dan MAHA KAYA akan melimpah ruahkan rezeki dan membuka semua pintu rezeki seperti yang digambarkan dalam hadis ini. MAHA SUCI, MAHA KUASA dan MAHA AGUNG ALLAH SWT atas setiap PERANCANGANNYA.

Maka sukalah saya mengajak kepada saudara sekalian baik Islam maupun bukan Islam, MARILAH sama-sama menuju kepada kebenaran dari ALLAH TAALA, TUHAN YANG ESA dengan mengikuti KHALIFAH fasa ke 5 ini iaitu sebagai PENYELAMAT dan PEMBAWA KEBENARAN  di kurun ke 15 hijrah ini. Inilah zaman gemilang yang nabi terakhir, NABI MUHAMMAD SAW JANJIKAN.  InsyaAllah pada zaman ini ALLAH SWT akan tunjukkan banyak bukti KEKUASAAN dan KEBESARANNYA terutama dalam menyelesaikan masalah PANDEMIK COVID19 dan natijah darinya serta natijah dari perbuatan jahat manusia di dalamnya. Dengan bukti-bukti itu beruntunglah kepada mereka yang membuka fikiran dan pintu hatinya lalu benar-benar percaya, yakin dan beriman kepada ALLAH TAALA dan RASULNYA, NABI MUHAMMAD SAW. Manakala rugi dan malanglah mereka yang menutup pintu hatinya atas kebenaran yang datang dan yang tidak memohon ampun atas kesalahannya kepada manusia dan ALLAH TAALA terutama ketika fasa MULKAN JABBARIYYAN.

FASA ke 5 ini adalah peluang untuk manusia kembali kepada Agama fitrah mereka iaitu Agama atasnya kita dilahirkan. MAKA SEKALI LAGI Marilah.…marilah... marilah kita kembali dan berserah diri sepenuhnya kepadaNya kerana TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH SWT DAN NABI MUHAMMAD ITU NABI DAN RASULNYA