THOIFATUL HASSANIYYAH
- Home
- AlQuran & AsSunnah
- Allah's Religion
- Agama Allah
- Ajaran & Amalan
- Riwayat YMTGRA
- Keramat YMTG RA
- Tasawwuf
- Program
- kebenaran abad ke 15
- Zikir dan Doa
- YM Tuan Guru's Crystal Quotes
- Books Published
- Talks & DVDs
- FB Members' Postings
- good quotes
- memories captured
- flyers
- Sufi Talks
- Kisah Wali
- Hobby-Plant
- Recipe-food for faith
- Isu Semasa
- Others
Thursday, May 27, 2021
JALAN KEMBALI KEPADA ALLAH SWT, JALAN KESELAMATAN ...
JALAN KEMBALI KEPADA ALLAH SWT, JALAN KESELAMATAN.....
ALLAH SWT benar-benar telah menjanjikan bahawa setiap masalah, kesulitan ataupun bala bencana seperti PENYAKIT, akan disediakan jalan keluar bagi hamba-hambaNya yang bertaqwa. Para alim ulama sedia maklum dan mengetahuinya. JALAN itu pastinya ada di dalam ALQURAN dan ASSUNNAH. NAMUN apa yang terjadi sekarang samada kita perasaan, sedar atau tidak, kita telah MENINGGALKAN apa yang ALLAH SWT dan RASULNYA SAW tunjukkan. Paling malang lagi kita telah beralih kepada MENGGUNAPAKAI apa yang disarankan oleh WHO.
Kita maklum bahawa saranan WHO itu adalah berpandukan teori dan anggapan seterusnya dikonklusikan berpandukan pemerhatian mata kasar (mengamatan zahir) semata-mata. Sedangkan apa yang dari ALLAH SWT dan RASULNYA SAW itu BUKANNYA andaian atau teori TETAPI adalah yang HAK (HAKIKI), yang sebenar-benarnya. ALLAH SWT lah yang telah mencipta, mengatur dan mentadbir seluruh kejadian (makhlukNYA) menurut ILMU, KEADILAN DAN RAHMATNYA.
KITA tahu bahawa segala ilmu, idea, kebolehan fizikal, kemampuan pancaindera dan semua apa yang ada disekeliling kita adalah kurnia dariNYA. TIADA satu pun dari manusia atau dari makhluk. Semua di muka bumi ini telah ditetapkanNYA dan meletakkannya dalam SUNNATULLAHNYA. Sunnatullah itu DIA tetapkan agar wujud ilmu dan ketenangan kepada manusia. Walaupun demikian DIA tidak tertakluk kepada sunnatullahNYA kerana ALLAH SWT bebas atas apa yang dikehendakiNYA. Maka mana mungkin manusia boleh melepaskan diri dari kebergantungan kepada ALLAH SWT sehingga dia boleh menafikan apa dari ALLAH SWT. Justeru merasa sombong dan angkuh dengan pemberian ALLAH SWT yang sangat sedikit kepadanya. OLEH kerana itu sangat menghairankan apabila umat Islam terutamanya para alim ulama memilih jalan penyelesaian makhluk terutama dikalangan orang-orang tidak beriman berbanding penyelesaian dari ALLAH SWT dan RASULNYA SAW.
KETAHUILAH sedari awal penyakit COVID19 melanda dunia terutama ketika negara kita terlibat sama, kami telah memberi penyataan, mengiklankan, video dan sebagainya di media-media sosial seperti FACEBOOK akan apakah sebenarnya PANDEMIK ini dan cara menanganinya dari apa yang ditunjukkan oleh ALLAH SWT. Namun sambutan sangat dingin termasuklah dari kalangan orang agama sendiri. Tidak seorang pun ingin bertanya untuk mengetahui apakah yang ALLAH SWT tunjukkan itu. Bagaimanapun perkara ini tidak mengejutkan kami dan tidak mendukacitakan kami kerana perkara yang sama telah berlaku ketika kami menawarkan bantuan MERAWAT HIV/AIDS sekitar awal tahun 2000. Sebenarnya kami rasa kesian kerana umat Islam tidak menyedari hikmah berlaku semua ini.
Ketika itu En SHAHRUDDIN, seorang pesakit HIV/AIDS dari Pandamaran, Klang telah menjadi bukti pesakit yang pulih. Beliau telah dimasukkan ke wad P2,, HKL dalam keadaan nazak setelah terlantar 8 bulan hanya terbaring di rumahnya. Alhamdulillah dengan KUASA ALLAH SWT setelah mendoakannya, keesokan hari beliau telah boleh berjalan sendiri ke tandas, makan, minum dan mula rasa sihat. Segala tanda-tanda AIDS yang ada padanya sebelum itu beransur pulih. Bengkak hati dan limpah kembali kepada saiz normal setelah 3 hari. Perkara ini sangat mengejutkan ketua pakar bahagian penyakit berjangkit serta para doktor dan staf nurse dalam wad itu. En Shahruddin memaklumkan kepada saya bahawa para doctor dan staf nurse cuba mengintai kalau-kalau saya ada membawa ubat kepada beliau. Mereka tidak percaya hanya dengan doa beliau makin pulih dan benar-benar berubah dari sebelumnya.
Disebabkan sambutan sangat hambar terutama daripada para doktor ISLAM dan ahli agama maka kami telah ke AFRIKA SELATAN dengan pembiayaan sendiri meneruskan misi mengubati HIV/AIDS dengan doa. Dengan KUASA ALLAH SWT untuk menampakkan KEHEBATAN dan KEAGUNGANNYA serta kebenaran AGAMA ISLAM, banyak keajiban berlaku selama kami di sana. Ramai orang sihat dan pulih serta merta. Sebagai contoh apa yang berlaku di hospital daerah MALAKAZI, DURBAN. Ketua jururawat di wad ICU sangat takjub sehingga menyatakan bahawa kami bukan manusia tetapi malaikat yang diturunkan TUHAN. Disamping itu juga seorang ahli sihir afrika bergelar SANGOMA telah mempelawa dan membawa kami mendoakan para pengikut termasuk anaknya sendiri yang menghidap HIV/AIDS. Di kawasan lain iaitu di lawasan Kwa Ximba, seorang keluarga Kristian yang mahu didoakan telah mengistharkan bahawa mereka lebih yakin kepada doa berbanding ubat-ubatan. BAGAIMANA orang-orang bukan ISLAM boleh lebih yakin pertolongan TUHAN dari usaha ikhtiar manusia berbanding kita?
Kali ini perkara yang sama berlaku. Walaupun berulangkali kami menyatakan bahawa COVID19 ini adalah utusan ALLAH SWT untuk menaikkan agamaNYA dan kami ada cara dari ALLAH SWT untuk menguruskannya, namun tiada siapa yang ingin ambil tahu apa lagi bertanya. Kami telah menghubungi hospital Sungai Buluh untuk membantu terutama kepada pesakit-pesakit kritikal namun jawapan hampir sama dengan jawapan PENGASIH pada awal tahun 2000 dahulu.
Persoalan sekarang adakah manusia telah hilang keyakinan kepada KEKUASAAN ALLAH SWT? ADAKAH Tuhan Pemilik, Pencipta dan Pengurus sekalian alam ini telah tidak mampu menyelesaikan apa yang melanda? ATAU memang umat Islam terutamanya para alim ulama benar-benar telah jauh dari ALLAH SWT? SEBENARNYA ini tidak menghairankan kami malah sedia maklum bahawa suatu masa terbukti umat Islam terutama dikalangan ulama benar-benar telah Jauh dari ALLAH SWT. Ini kerana ketika RASULULLAH SAW bertemu secara yaqazah dengan YMTG kami pada tahun 1950 ketika musim haji di MADINATUL MUNAWWARA, BAGINDA telah memberi tugas kepada YMTG RA agar membawa manusia kepada ALLAH SWT berpandukan ALQURAN. Maka maklumlah kita bahawa telah tiba masanya umat Islam terutama ulama dibawa kembali kepada ALLAH SWT kerana masalah dewasa ini mereka hanya tahu ALLAH SWT tetapi sudah tidak MENGENALNYA.
HENDAKLAH kita ingat bahawa dengan meninggalkan jalan penyelesaian yang ALLAH SWT dan RASULNYA SAW tunjukkan maka boleh jadi ALLAH SWT akan membiarkan kita sendiri menangani setiap masalah yang kita hadapi seperti masalah PANDEMIK COVID19 ketika ini, TANPA PERTOLONGAN dariNYA sudah PASTI bukan sahaja keadaan akan bertambah buruk malah masalah lain/ bala lain, akan datang bertimpa-timpa. KETAHUILAH kalau ALLAH SWT tidak menolong kita maka TIADA siapa yang akan dapat menolong kita?
Hendak diingat bahawa setiap orang yang tahu samada secara langsung atau melalui media sosial akan apa yang kami nyatakan, anda pasti disoal di akhirat kelak. Bagi kami, kami sentiasa berdoa, mengharap dan yakin kepada ALLAH SWT akan munculnya kebangkitan Islam kali ke 2 untuk fasa ke 5 setelah cukup 100 tahun kejatuhan khalifah Islam iaitu empayar Othmaniyyah walaupun orang lain meragui atau menafikannya.
Firman ALLAH SWT dalam surah Al An’am ayat 115 – 117 :
وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ صِدْقًا وَّعَدْلًاۗ لَا مُبَدِّلَ لِكَلِمٰتِهٖ ۚوَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ (115) وَاِنْ تُطِعْ اَكْثَرَ مَنْ فِى الْاَرْضِ يُضِلُّوْكَ عَنْ سَبِيْلِ اللّٰهِ ۗاِنْ يَّتَّبِعُوْنَ اِلَّا الظَّنَّ وَاِنْ هُمْ اِلَّا يَخْرُصُوْنَ (116) اِنَّ رَبَّكَ هُوَ اَعْلَمُ مَنْ يَّضِلُّ عَنْ سَبِيْلِهٖۚ وَهُوَ اَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِيْنَ
Dan telah sempurna firman Tuhanmu (Al-Qur'an) dengan benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah firman-Nya. Dan Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui. (115) . jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan.(116). Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.(117).
Firman ALLAH SWT dalam surah AL An’am ayat 81 – 82 :
وَكَيْفَ اَخَافُ مَآ اَشْرَكْتُمْ وَلَا تَخَافُوْنَ اَنَّكُمْ اَشْرَكْتُمْ بِاللّٰهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهٖ عَلَيْكُمْ سُلْطٰنًا ۗفَاَيُّ الْفَرِيْقَيْنِ اَحَقُّ بِالْاَمْنِۚ اِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُوْنَۘ (81) اَلَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَلَمْ يَلْبِسُوْٓا اِيْمَانَهُمْ بِظُلْمٍ اُولٰۤىِٕكَ لَهُمُ الْاَمْنُ وَهُمْ مُّهْتَدُوْنَ ࣖ
Bagaimana aku takut kepada apa yang kamu persekutukan (dengan Allah), padahal kamu tidak takut dengan apa yang Allah sendiri tidak menurunkan keterangan kepadamu untuk mempersekutukan-Nya. Manakah dari kedua golongan itu yang lebih berhak mendapat keamanan (dari malapetaka), jika kamu mengetahui?” (81).
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan syirik, mereka itulah orang-orang yang mendapat rasa aman dan mereka mendapat petunjuk. (82)
Firman ALLAH SWT dalam surah An Nur ayat 54 – 55 :
قُلْ اَطِيْعُوا اللّٰهَ وَاَطِيْعُوا الرَّسُوْلَۚ فَاِنْ تَوَلَّوْا فَاِنَّمَا عَلَيْهِ مَا حُمِّلَ وَعَلَيْكُمْ مَّا حُمِّلْتُمْۗ وَاِنْ تُطِيْعُوْهُ تَهْتَدُوْاۗ وَمَا عَلَى الرَّسُوْلِ اِلَّا الْبَلٰغُ الْمُبِيْنُ (54) وَعَدَ اللّٰهُ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِى الْاَرْضِ كَمَا
اسْتَخْلَفَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِهِمْۖ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِيْنَهُمُ الَّذِى ارْتَضٰى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِّنْۢ بَعْدِ خَوْفِهِمْ اَمْنًاۗ يَعْبُدُوْنَنِيْ لَا يُشْرِكُوْنَ بِيْ شَيْـًٔاۗ وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذٰلِكَ فَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْفٰسِقُوْنَ
Katakanlah, “Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya kewajiban Rasul (Muhammad) itu hanyalah apa yang dibebankan kepadanya, dan kewajiban kamu hanyalah apa yang dibebankan kepadamu. Jika kamu taat kepadanya, niscaya kamu mendapat petunjuk. Kewajiban Rasul hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan jelas.”(54).
Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan, bahwa Dia sungguh, akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh, Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang telah Dia ridai. Dan Dia benar-benar mengubah (keadaan) mereka, setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka (tetap) menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu apa pun. Tetapi barangsiapa (tetap) kafir setelah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (55)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1100983820282920&id=316009728780337
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3974094345955637&id=100000653333532
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4162442647120805&id=100000653333532
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4180488268649576&id=100000653333532
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4228517103846692&id=100000653333532
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4269101829788219&id=100000653333532
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4271196292912106&id=100000653333532
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4540667689298297&id=100000653333532
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4533069283391471&id=100000653333532
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4557959104235822&id=100000653333532
http://theoriginalpath.com/malay/testihiv.html
#KebangkitanKhilafahKe2FasaKe5
#KemunculanIslamDariTimur
#PalestineAKANbebas
#MASJIDULAQSAmasjidSUCIke3
#KeamananSeluruhDunia
#NegaraYgAmanDamaiTuhanYgMahaPengampun.