Thursday, January 4, 2018

Syarat-syarat Kemenangan Jihad

PENGAJIAN ALQURAN BERSAMA YMTGURU HAJI ABDUL RAHIM ALHASSANIYYAH  31 DISEMBER 2017

Syarat kemenangan!!!

Ayat AlQuran dibawah ini adalah intisari keseluruhan AlQuran bagaimana orang-orang beriman boleh mencapai kemenangan dengan sebenar-benarnya.

Allah SWT berfirman:

يٰۤاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اتَّقُوا اللّٰهَ وَابْتَغُوْۤا اِلَيْهِ الْوَسِيْلَةَ وَجَاهِدُوْا فِيْ سَبِيْلِهٖ لَعَلَّـكُمْ تُفْلِحُوْنَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) pasti kamu beroleh kejayaan."
(QS. Al-Ma'idah 5: Ayat 35)

1. Melalui Al-IMAN~Rukun Iman  يٰۤاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا
- iaitu melalui proses ilmu tauhid/usuluddin (6 rukun iman)

2. Melalui Al-ISLAM    تَّقُوا اللّٰهَ
- mematuhi apa yg disuruh dan dilarang oleh ALLAH SWT iaitu melalui proses ilmu fekah (5 rukun Islam)

3. Melalui AL-IHSAN   وَابْتَغُوْۤا اِلَيْهِ الْوَسِيْلَةَ
- iaitu ilmu tasauf & tarikat yang memerlukan wasilah (guru mursyid) untuk sampai kepada Tuhan.

4. Al-Jihad   وَجَاهِدُوْا فِيْ سَبِيْلِهٖ لَعَلَّـكُمْ تُفْلِحُوْنَ
-iaitu berjuang di jalan ALLAH menegakkan  Agama Islam.

Semua amalan-amalan diatas  ini adalah mengikut fahaman Ahlul Sunnah Waljamaah  أهل السنة والجماعة‎.

Sayugia diingatkan bahawa berperang dijalan Allah ialah jihad kecil dan berperang dengan nafsu sendiri itu ialah jihad besar. Oleh itu ilmu tasauf & tarikat disertai dengan bimbingan seorang guru mursyid sangat penting dan diutamakan dahulu kerana ianya jihad besar (AlJihad Akbar) sebelum melangkah kepada jihad kecil (Aljihad Asghar). Jika terus melangkau ke jihad kecil tanpa melalui proses jihad besar maka kita tidak akan menang kerana tuhan tidak akan tolong!

Dalam riwayat yang lain disebutkan bahwa Jabir telah datang kepada Rasulullah SAW. Ia berkata,
رجعنا من الجهاد الأصغر إلى الجهاد الأكبرقالوا: وما الجهاد الأكبر؟ قال: جهاد القلب

“Kita kembali dari Jihad kecil menuju jihad besar.” Mereka bertanya: “Apakah jihad paling besar itu?” Beliau bersabda: “Jihad hati.”

Kita disuruh mencari Guru Mursyid...

Allah SWT berfirman:

وَاِنْ جَاهَدٰكَ عَلٰٓى اَنْ تُشْرِكَ بِيْ مَا لَيْسَ لَكَ بِهٖ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِى الدُّنْيَا مَعْرُوْفًا ۖ وَّاتَّبِعْ سَبِيْلَ مَنْ اَنَابَ اِلَيَّ ۚ ثُمَّ اِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَاُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُوْنَ

"Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan."
(QS. Luqman 31: Ayat 15)

Inilah ayat yang disuruh tuhan untuk mencari guru mursyid.sebagai pembimbing kita " Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu " maksud tuhan carilah guru mursyid iaitu orang yang telah sampai kepada tuhan.

Bagaimana kita untuk sampai kepada tuhan jika guru itu belum mengenal tuhan atau belum sampai kepada tuhan? Umpama kita hendak kesatu tempat bagaimana hendak ke sana tanpa ada panduan/penunjuk arah? Atau bagaimana hendak kita ke destinasi yang sulit dan payah untuk dilalui jika tanpa orang yang berpengalaman pernah melalui perjalanan itu?

Sekian untuk pengkongsian kali ini.

catatan Cahaya Sham