Thursday, January 4, 2018

Tasauf itu penghayatan

PENGAJIAN AL-QURAN OLEH YMTGURU HAJI ABDUL RAHIM ALHASSANIYYAH  30 DISEMBER 2017
بسم الله الرحمن الر حيم

شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ ۚ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ﴿18﴾

Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. ﴾18﴿Ali Imran

Bukan senang nak tafsir ayat Quran..kata YMG. Tafsiran di atas kurang tepat.

Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia. Demikian juga Malaikat dan juga orang-orang yang berilmu yang menegakkan keadilan.

Yang kenal Tuhan, Dia sendiri, kemudian para Malaikat dan orang-orang yang berilmu yang menegakkan keadilan.

Tiada siapa pun yang sampai maqam mengenal Tuhan seperti Dia mengenal diriNya sendiri. Tahap para Malaikat boleh dicapai. Manusia yang paling kenal Tuhan ialah Nabi SAW.

Inilah perlu ilmu Tasawwuf untuk faham ayat ini.

Perbahasan untuk ayat ini terlampau dalam walaupun ayat pendek sahaja. Tahap ilmu mengenal Tuhan ada 2 Jan'im - Tuhan, Tafriqa - Malaikat dan makhluk. Tang kenal Tuhan hanya Dia sendiri, makhluk ada batasnya.

Yang mengajar makam 7 pun ajak berjuang diam sahaja.

Tasawwuf ini bukan ilmu tapi penghayatan. Kalau mahu kenal Tuhan mahu tahu dalil. Kalau benar-benar mahu kenal Tuhan, Dia akan tunjukkan jalan (dalil). Kalau tidak ditunjukkan dalil maka akan terus dalam kejahilan.

Tafsir Al-Quran ini ada peringkat demi peringkat berdasarkan berapa kenalnya ulama pada Tuhan.

Ustaz2 sekarang tidak tepat ajaran mereka. Ajaran yang nampak jelas betul hanya ada pada ajaran YMTG RA.