Penyelamat Dunia di Kurun ke15 Hijrah ini munculnya dari Timur yang bertanggungjawab untuk mengasaskan pemerintahan Imam Al Mahdi sebagaimana sabda Nabi SAW dari Abdullah bin Al Haris bin Jaz-Uz Zabidi RA katanya, sabda Nabi SAW
“Akan keluar orang-orang dari Timur, lalu mereka mempersiapkan untuk Imam Al Mahdi, yakni tapak pemerintahannya”. (Ibnu Majah).
Beliau dibantu oleh tentera Allah terutama daripada langit berupa malaikat sepertimana yang telah berlaku terhadap umat islam dizaman Nabi SAW dalam peperangan Badar, Khandak dan Hunaian. Firman Allah dalam surah Al-Anfal Ayat 9
“(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut”.
Surah Al-Ahzab ayat 9, “Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari Malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan”.
Selain daripada itu beliau juga mendapat sokongan dari 4 golongan yang paling dekat dengan Allah SWT terdiri daripada:
1) Para Nabi-Nabi AS
2) Golongan orang-orang yang Benar RA
3) Para Syuhadah RA
4) Orang-orang yang Soleh RA
Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam surah An-Nisa ayat 69: “Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan RasulNya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-Nabi, para Siddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.
Dengan bantuan dan sokongan sebagaimana disebutkan di atas, maka beliau akan berjaya untuk mengasaskan tapak pemerintahan Imam Al Mahdi yakni Kerajaan Langit. Natijahnya, pemerintahan umat islam itu akan meliputi dari Timur ke Barat sebagaimana sabda Nabi SAW. Daripada Tsauban RA, Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya Allah telah melipatkan bumi bagiku (menghimpunkan dan mengumpukannya) lalu akan dapat melihat timur dan baratnya.
Sesungguhnya kekuasaan umatku akan sampai ke semua tempat bumi yang dilipatkan bagiku”. (Riwayat Muslim).
Dengan tertegaknya kerajaan umat islam daripada timur ke barat maka ini bermakna agama islam akan mengatasi semua agama dan akan menjadi agama dunia sebagaimana firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 33:
“Dialah yang telah mengutus RasulNya Muhammad dengan membawa petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”.
Dengan ini berlakulah pemerintahan Khilafah yang berjalan atas manhaj Nubuwwah buat kali kedua sepertimana yang telah disebut dalam hadis Rasulullah SAW.
Penyelamat Dunia ini pasti akan muncul dalam masa yang terdekat samada orang mempercayainya atau tidak.
#thoifahalhassaniyyah #alhassaniyyah #thetruth #kebenaranabad15 #themanfromtheeast #thetruthshallprevail15thHijra #pemudadaritimur