Friday, December 2, 2016

Pembawa kebenaran dari ufuk timur

PEMBAWA KEBENARAN DARI UFUK TIMUR

Jelaslah dari hadis Nabi SAW bahawa Kebenaran itu pada suatu masa nanti akan muncul dari Timur.  Persoalannya siapakah pembawa kebenaran itu? Dari mana datangnya? Dan bila ianya terjadi?

Maka berdasarkan hadis Nabi SAW ini juga para ulama keturunan Nabi SAW dan para ahli sufi telah datang ke timur khususnya kepulauan  Nusantara.

Diantara para ulama tersebut adalah:-

1.  Shariff Tujuh RA kepulauan selatan Filipina
2.  Sheikh Abdullah Al Arif RA ke Aceh pulau Sumatera, Indonesia
3.  Wali Songo RA kepulau Jawa, Indonesia
4.  Sheikh Ismail bin Sheikh Abdul Qadir RA kepulau Besar, Melaka Malaysia
5.  Habib Nuh RA kepulau Singapura
6.  Yang Mulia Tuan Guru Tuan Haji Ghulam Hassan Ali Akbar Al Haj Al Ghaus Al Bikangi RA kepulau Borneo Utara (Sabah) Malaysia.


Tujuan kedatangan mereka adalah untuk mengasaskan kebenaran iaitu membawa umat manusia kembali kepada Tuhan dengan berpaksikan ilmu tasawwuf kerana diakhir zaman ini majoriti umat islam tidak lagi mengenal ALLAH SWT.

Para ulama dan ahli sufi ini juga telah mengahwini wanita-wanita tempatan dengan harapan keturunan mereka atau keturunan anak murid mereka akan terpilih sebagai pembawa kebenaran itu nanti.

Jika melihat kepada potensi dan reputasi ulama maka pembawa kebenaran itu datangnya daripada kepulauan Indonesia.  Namun apa yang terjadi kepada aksi 212 baru-baru ini jelaslah menunjukkan bahawa pembawa kebenaran itu bukanlah daripada Indonesia.  Jika yang demikian apakah pembawa kebenaran itu datangnya daripada kepulauan selatan Filipina, Pulau Besar, Singapura atau Borneo Utara (Sabah)?

Dengan apa yang berlaku di Malaysia telah menjadikan ia terkenal diseluruh dunia. Ini menunjukkan pembawa kebenaran itu datang dari Malaysia.
  
Persoalannya siapakah pembawa kebenaran itu?

Apa yang terjadi di Lahad Datu dan Semporna Sabah, telah menjadikan kedua tempat ini terkenal diseluruh Malaysia. Ini menunjukkan bahawa Pembawa Kebenaran itu datangnya dari Pulau Borneo (Sabah) iaitu dari kedua tempat ini.  Oleh yang demikian jelaslah Pembawa Kebenaran itu adalah Yang Mulia Tuan Guru Tuan Haji Ghulam Hassan Ali Akbar Al Haj Al Ghaus Al Bikangi RA.

Pada musim haji tahun 1950, ketika beliau menziarahi Nabi SAW di Madinah Al Munawwarah secara jaga Baginda SAW telah melantik beliau sebagai Pembawa Kebenaran diakhir zaman dengan menyerahkan senaskah Al Quran seraya berkata "bawalah umat manusia kembali kepada Tuhan dengan berpandukan Al Quran!"

Tidak syak lagi bahawa Yang Mulia Tuan Guru RA adalah Pembawa Kebenaran di kurun ini.  Tetapi berdasarkan hadis Nabi SAW Pembawa Kebenaran itu mesti datangnya dari Timur sedangkan  beliau berasal dari Pakistan. Lalu apakah peranan dan tanggungjawab beliau sebagai Pembawa Kebenaran? Tanggungjawab dan peranan beliau adalah untuk mengasas dan membina suatu sistem atau manhaj yang akan membawa umat manusia kembali kepada Tuhan agar anak murid serta anak-anaknya di Lahad Datu dapat meneruskan tugas beliau itu di Kurun ini dan seterusnya.

Oleh yang demikian tidak lama lagi kita akan menyaksikan pelawanan terakhir untuk menentukan kebenaran diantara Ahli Kitab dan Pemuda dari Timur sebagaimana yang telah dijadualkan.