APA YANG DIKATAKAN MAKANAN IMAM dari sudut pandangan kami untuk dikongsi bersama...
Makanan iman dari segi bahasa ialah sumber makanan yg suci (bersih dari sumber rezeki yg halal dan dari sumber bahan yang suci). Dari sudut istilah ialah makanan yang memberi kita kekuatan dari segi fizikal dan rohani semata-mata untuk beribadat kepada ALLAH SWT.
Bagi pendapat kami, bukanlah makanan itu yang mengenyangkan dan bukanlah makanan itu yang membawa penyakit zahir. Namun yang mengenyangkan dan menyihatkan atau sebaliknya adalah dari ALLAH SWT semata-mata.
Walau bagaimanapun makanan itu merupakan sunatullah (proses kehidupan) untuk kita hidup dimuka bumi ini bagi mengimarakkan bumi yang kita huni ini. Oleh itu makanan yang suci itu adalah sebenar2nya makanan yg melazatkan kerana membawa keberkatan dan kekuatan kepada rohani dan jasmani justeru itu melahirkan iman - memberi kesedapan dan keenakan zahir dan batin untuk beribadat serta sujud kepada tuhan yang esa dalam erti kata dapat melahirkan hati yang lembut dan tenang sehingga ianya berasa syukur di atas nikmat dan hikmah yang diberi oleh ALLAH WT yang maha Agung. Insya ALLAH.
Bahkan makanan yang dimasak/dihidang/dihadiri oleh orang soleh atau pembantu2 orang2 soleh atau wang/sumber rezeki dari orang soleh merupakan makanan yang paling berzat dan yang paling efektif untuk rohani dan jasmani membina kekuatan hati/iman, juga memberi kesan yang baik sebagai satu antibodi penghalang segala penyakit. Juga sebagai satu medium mengubati penyakit rohani seperti penyakit rindu, penyakit jiwa dan hati yang kronik - seterusnya mengubati segala penyakit fizikal atau penyakit badan sepert demam, selsema, pening dan lain2.
Justeru itu, menghadirkan diri di majlis2 dan kenduri2 yang dianjurkan oleh orang soleh atau yang dihadiri oleh orang soleh sangat2lah digalakkan bukan sahaja makanan yang dihidangkan itu bagus untuk badan ianya bagus juga untuk hati yang lara.
Pendek kata, makanan yang dimasak dengan dimulai dengan bismillah dan selawat - dilahirkan pula keikhlasan untuk memberi orang makan, bahkan berkongsi pula resipi masakan itulah definasi makanan iman untuk santanpan kerohanian bukan sahaja melahirkan kemanisan iman diri sendiri ianya juga menambahkan kasih sayang dan mengeratkan perhubungan sesama keluarga ataupun tetamu yang dihidangkan. Juga, mudah2an yang kita harapkan sangat ialah hubungan kita dengan Pencipta kita- ALLAH SWT semakin baik dan mendapat keredhoaaNya.

An Nisa team
5/8/2010