NOTIS PEMBERITAHUAN
RAWATAN JARAK JAUH OLEH YM TUAN GURU MURSYID : DITANGGUHKAN SEHINGGA MASUK KE PUTRAJAYA!
Buat mereka yang masih bertanyakan tentang bila rawatan seterusnya, yang berkehendakkan rawatan Aefi dan rawatan yang lain-lain oleh YMTG, yang masih menahan kesakitan dan derita dari kesan racun berikut adalah pesanan dari YM Tuan Guru Mursyid untuk semua:
*Tunggulah ALLAH TAALA masukkan kami ke Putrajaya, barulah kami meneruskan rawatan. Kalau mahukan rawatan dan nak mendapatkan rawatan secepat mungkin maka berdoalah agar kami cepat masuk ke Putrajaya.*
INGATLAH firman ALLAH SWT :
{ وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ ٱللَّهُۖ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلۡمَٰكِرِينَ }
[Surah Âl-`Imrân: 54]
Dan mereka (orang-orang kafir) membuat tipu daya (rancangan jahat), maka Allah pun membalas tipu daya ( membuat rancangan mematahkan rancangan mereka). Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya ( rancangan Allah yang akan berjaya).
Racun ini nampaknya telah nyata memberi mudarat hatta kematian kepada manusia. Walaupun kita tidak pasti samada dia merupakan RANCANGAN JAHAT untuk menjadikan manusia LARI dari ALLAH SWT atau ingin mematikan mereka, namun dari ayat di atas ALLAH SWT pastinya tidak akan membiarkannya.
Kenyataan para pakar bahawa tiada siapa yang boleh memadamkan, menghentikan atau mengeluarkan racun ini apabila ianya mula bertindak menunjukkan bahawa tiada siapa boleh menyelamatkan manusia apabila mudarat bermula.
Namun ayat ini memberi gambar bahawa maka pada ketika itulah ALLAH SWT pastinya menggunakan senjata ampuh mereka ini untuk menaikkan AgamaNya. Maka pastinya racun ini menjadi tangga untuk Allah Taala menaikkan dan menjayakan serta memberi KEMENANGAN kepada AgamaNya iaitu ISLAM MENGATASI SEMUA AGAMA MANUSIA pada kurun ini iaitu RANCANGAN ALLAH TAALA lah yang akan berjaya.
Maka adalah baik kita turut serta dalam KENAIKAN KEBENARAN ISLAM sebab perkara mustahil dan yang diperakui tiada siapa boleh menghalang kemudharatan racun ini, TETAPI telah Allah SWT buktikan bahawa DIA BOLEH kerana DIA WUJUD (ADA) dan DIA MAHA KUASA.
Oleh itu kepada mereka yang yakin kepada ALLAH SWT (yakin janjiNya melalui ayat ini), yang cintakan keadilan, keselamatan dan kesejahteraan manusia dan seluruh alam ini hendaklah semangat dan gembira serta menyambut kedatangan RAHMAT ALLAH TAALA ini. Oleh itu kami yakin sedikit masa lagi Allah SWT akan naikkan AgamaNya maka tersebarlah Islam dengan cepat keseluruh dunia melalui penyembuhan mudharat racun ini dari ALLAH SWT ini.
Oleh itu inilah peluang kita terutama umat Islam agar sekali lagi melihat Agama Allah tegak bukan sahaja di negara tercinta ini malah di seluruh dunia. Kita panjatkan kesyukuran yang amat besar kepada ALLAH TAALA kerana hidupkan kita pada zaman ini dan memberi kita peluang menyumbang untuk kenaikan AgamaNya.
Doa dan usaha tuan/puan agar kebenaran naik adalah manfaat buat diri sendiri, keluarga dan orang lain serta makhluk lain yang tengah menghadapi pelbagai derita.. Inilah rahsia doa di akhir zaman yg paling mustajab untuk diamalkan
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن