100 tahun dunia tanpa Khalifah...
Taqdir adalah cabang Ilmu Tauhid...
Begitu juga takdir Allah ke atas manusia. Ia berjalan di atas paksinya. Adakalanya disayangi dan dibenci, dipuji dan dihina, bahagia dan derita, hidup dan mati."
Perjalanan kehidupan kita ini di atas paksinya mengikut takdirNya Allah SWT. Maka, berbahagialah dengan takdir Allah, bersahabatlah dengan Takdir Allah. Sesungguhnya di sebalik takdir itu adalah penawar bagi hati, sebagaimana siang dan malam adalah penawar bagi bumi.
"Jangan memusuhi Takdir kerana ia datang dari Ar Rahman, Allah tidak akan mendatangkan sesuatu yang menzalimi hambaNya."
Allah SWT tidak menzalimi hambaNya dan tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia ke atas kita. Semuanya adalah dari Sifat Ar RahmanNya, Kasih SayangNya dan tidak akan sesekali ianya sia-sia dan menzalimi hambaNya.
Inilah Tauhid. Allah mengikut sangkaan hambaNya. Allah SWT tidak akan mendatangi sesuatu yang menzalimi hambaNya.
Misi Kebangkitan Islam kurun ke 15.