Friday, April 8, 2022

Semoga berkat bulan mulia ini di kala syaitan2 dibelenggu Oleh Dr Hadi Hasan

Semoga berkat bulan mulia ini di kala syaitan2 dibelenggu... Terbukalah hati dan fikiran mencari kebenaran sebelum maut datang bertandang menjemput kita pergi dr dunia ini selama2nya.

Tidak jumpa jalan benar pasti sangat menyesal bermula dicabut nyawa sehinggalah ketika berdiri di hadapan Allah Taala kelak di akhirat.
Tidak kasihan kah, disebbkan pengakuan yg menyatakan Nabi Isa as (Jesus son of Mary) sbg tuhan telah menyebabkan Nabi Isa as dipanggil dan disoal siasiat oleh ALLAH TAALA di akhirat kelak kalau memang benar dia mengaku sebagai tuhan atau anak tuhan.
Itukah tanda cinta dan sayang kpd Nabi Isa as?
Ketahuilah pengakuan itu telah menjadi masalah kpdnya di hadapan ALLAH SWT. Tidak ada Rasul Allah yg mendapat pertuduhan berat iaitu mengaku sbg tuhan kecuali Nabi Isa as. Kalau Nabi Isa as dikatakan layak dianggap tuhan sbb hanya mempunyai ibu dan tidak berbapa, kenapa Nabi Adam as yg tidak beribu dan berbapa tidak dianggap sbg tuhan?. Kejadiannya kalau dikira lagi ganjil sbb xda asal usul dr manusia.
"Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman, “Wahai Isa putra Maryam! Engkaukah yang mengatakan kepada orang-orang, jadikanlah aku dan ibuku sebagai dua tuhan selain Allah?” (Isa) menjawab, “Mahasuci Engkau, tidak patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku. Jika aku pernah mengatakannya tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada-Mu. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala yang gaib.”
(Surah Al-Mâ'idah: 116)

Ikhlas & Siddiq membunuh penyakit Ujub, Riya' dan Takabbur Oleh Nadir Yusoff

100 tahun dunia tanpa Khalifah...
Ikhlas & Siddiq membunuh penyakit Ujub, Riya' dan Takabbur...
Sifat ikhlas hanya terbit apabila dirinya mencapai makrifat kepada Allah SWT. Apabila ada sifat ikhlas, dia akan menjadi manusia yang sentiasa bersyukur kepada Allah. Mesti ada sifat siddiq, jujur dalam melakukan amal ibadah dengan Allah. Beramal semata-mata kerana Allah.
Apabila ikhlas dalam amalnya, maka akan dianugerahkan sifat siddiq oleh Allah. Siddiq itu apabila melakukan amal dengan tidak melihat kekuatan diri, semata-mata melihat anugerah Allah padanya.
Ikhlas dan Siddiq adalah ubat kepada 3 penyakit hati iaitu Ujub, Riya' dan Takabbur.
Tiga penyakit ini adalah ibu kepada penyakit-penyakit hati yang lain yang mampu mematikan hati sekiranya tidak dirawat.
Hanya dengan mencapai Tauhid Makrifat baharulah jiwanya dapat mencapai keikhlasan dalam dirinya. Dengan Tauhid Af'al, dia memandang semuanya adalah perbuatan Nya. Dia melihat pada diri dan alam adalah perbuatan Allah SWT.
Misi Kebangkitan Islam kurun ke 15.



Thursday, April 7, 2022

Kemenangan hanya dijalan Makrifat Oleh Hj Nadir Yusoff

100 tahun dunia tanpa Khalifah..
Kemenangan hanya dijalan Makrifat..
PENAWARNYA adalah apabila hati kita berpaut dengan Kekasih Nya, baginda Nabi SAW. Kejayaan yang sebenar apabila hati dan jiwa kita dengan Allah. Ketenangan yang sebenar apabila hati kita dengan Allah.
Allah SWT berfirman:
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."
(QS. Al-'Ankabut 29: Ayat 69)
*dan orang-orang yang berusaha bersungguh-sungguh bermujahadah (Jalan untuk Makrifat) kepada Kami, nescaya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang makrifat itu).
Apabila kita benar bersungguh-sungguh di atas jalan untuk mencari Allah, berkehendak kepada Allah, Allah akan memimpin jiwa kita, istiqamah di jalan ini dan mencapai apa yang kita inginkan. Syaratnya kejujuran hati kita, kebenaran hati kita, kesungguhan hati kita untuk mencari dan berkehendak kepada Allah SWT.
Misi Kebangkitan Islam kurun ke 15.



Monday, April 4, 2022

Taqdir adalah cabang Ilmu Tauhid Oleh Hj Nadir Yusoff

100 tahun dunia tanpa Khalifah...
Taqdir adalah cabang Ilmu Tauhid...
Begitu juga takdir Allah ke atas manusia. Ia berjalan di atas paksinya. Adakalanya disayangi dan dibenci, dipuji dan dihina, bahagia dan derita, hidup dan mati."
Perjalanan kehidupan kita ini di atas paksinya mengikut takdirNya Allah SWT. Maka, berbahagialah dengan takdir Allah, bersahabatlah dengan Takdir Allah. Sesungguhnya di sebalik takdir itu adalah penawar bagi hati, sebagaimana siang dan malam adalah penawar bagi bumi.
"Jangan memusuhi Takdir kerana ia datang dari Ar Rahman, Allah tidak akan mendatangkan sesuatu yang menzalimi hambaNya."
Allah SWT tidak menzalimi hambaNya dan tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia ke atas kita. Semuanya adalah dari Sifat Ar RahmanNya, Kasih SayangNya dan tidak akan sesekali ianya sia-sia dan menzalimi hambaNya.
Inilah Tauhid. Allah mengikut sangkaan hambaNya. Allah SWT tidak akan mendatangi sesuatu yang menzalimi hambaNya.
Misi Kebangkitan Islam kurun ke 15.