Sunday, January 30, 2022

Selamat hari haul YM Tuan Guru Hj Ghulam Hassan Ali Akbar AlHaj Al-Khatamul Muhammadiyyah AlBikangi RA yang ke 31.

Selamat hari haul YM Tuan Guru Hj Ghulam Hassan Ali Akbar AlHaj Al-Khatamul Muhammadiyyah AlBikangi RA yang ke 31.

Mudah-mudahan Allah SWT merealisasikan kebenaran ajaran dan amalanya dalam masa terdekat ini.
(1 Rejab 1433)

Sempena hari Haul YMTGRA

 Sempena menjelangnya hari haul YMTG ra, maka kata2 ini memang sesuai utk kita dan menjadi renungan kita.

YMTG ra telah bertungkus lumus dan menghabiskan masa, tenaga dan umurnya mengabdikan diri kpd Allah SWT utk merintis jalannya iaitu TAREKATnya. Alhamdulillah cita2 dan usaha itu Allah Taala tidak sia2 kan sehingga YMTG ra berjaya sampai ke penghujungnya. Jalan ini telah YMTG ra tinggalkan kpd kita agar kita dpt mengikuti jejaknya dan mudah bagi kita sampai ke penghujungnya.
Selain itu tidak juga kita lupa kpd pengorbanan dan perjuangan Ymg, semoga Allah merahmatinya. Ymg telah berusaha mendekati dan menyelami rahsia YMTG ra. Alhamdulillah usaha itu Allah Taala telah permudahkan dan telah menjadikan Ymg rujukan kpd kita berkenaan jalan YMTG ra ini. Atas keyakinan dan kepercayaan kepada YMTG ra, Ymg hingga kini masih teguh berjuang utk merealisasikan hasrat dan cita2 YMTG ra.
Oleh itu sama2lah kita berazam dan bersemangat tinggi utk meneruskan jalan ini dan berusaha dibawah pimpinan Ymg utk merealisasikan hasrat dan cita2 YMTG ra. Semoga Allah Taala mengkabulkan hasrat dan cita2 ini... Amin Ya Rabbal Alamin.



Tuesday, January 25, 2022

Antara Mualim, Murabbi dan Mursyid Oleh Hj Nadir Yusoff

100 tahun dunia tanpa khalifah.

Antara Mualim, Murabbi dan Mursyid..
Mualim adalah mereka yang memberi pengajaran ilmu pd umum namun mereka tidak mendidik akhlak dan adab, ilmunya batasan syariat sahaja.
Murabbi adalah mereka yg memberi ilmu, mendidik adab dan membersihkan kejahatan nafsu, ilmunya batasan syariat dan tarekat.
Mursyid adalah mereka yg memberi ilmu, mendidik adab, membersihkan syirik khofi dan kejahatan nafsu, menghilangkan Keakuan diri dan membawa rohoni mencapai dzauk ,syuhud kpd الله serta mencapai ilmu Laduni..
Ilmunya mengabungkan syariat , tarekah, hakikat ,makrifat dan Laduni..
Seorang Mursyid yg haq adalah seorang Aulia Allah.
Misi Kebangkitan Islam Kurun ke 15.

Saturday, January 1, 2022

mulai awal tahun miladiah ini dengan ungkapan bahawa KASIH SAYANG ALLAH SWT oleh Dr Hadi Hassan

Kita mulai awal tahun miladiah ini dengan ungkapan bahawa KASIH SAYANG ALLAH SWT melebihi segalanya dan melebihi apa yang kita sangkakan. Namun apa yang menimpa kita boleh jadi kerana kederhakaan kita kepadaNya.

Walaupun begitu kita dilarang untuk berputus asa dari RAHMATNya. TAUBAT adalah jalan keampunan dan meraih kembali cinta ALLAH SWT kepada hambaNya.
Ingatlah kata-kata Nabi Yakub as kepada anak-anaknya yang Allah taala abadikan di dalam AlQuran :

يَٰبَنِيَّ ٱذۡهَبُواْ فَتَحَسَّسُواْ مِن يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَاْيۡـَٔسُواْ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ لَا يَاْيۡـَٔسُ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡكَٰفِرُونَ

"Wahai anak-anakku! Pergilah kamu, carilah (berita) tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir.”

(Surah Yusuf ayat 87)

Oleh itu terutamanya dalam menegakkan KEHENDAK ALLAH TAALA ( AGAMANYA iaitu Agama Islam) dan cita-cita YMTG ra ( Semoga manusia semuanya selamat di dunia akhirat), semoga Allah SWT tidak menjatuhkan kita ke dalam kalangan orang berputus asa dan lemah. Apa yang pasti sesuatu cita-cita dan usaha ALLAH TAALA tidak akan sia-siakan.