Kita mulai awal tahun miladiah ini dengan ungkapan bahawa KASIH SAYANG ALLAH SWT melebihi segalanya dan melebihi apa yang kita sangkakan. Namun apa yang menimpa kita boleh jadi kerana kederhakaan kita kepadaNya.
Walaupun begitu kita dilarang untuk berputus asa dari RAHMATNya. TAUBAT adalah jalan keampunan dan meraih kembali cinta ALLAH SWT kepada hambaNya.
Ingatlah kata-kata Nabi Yakub as kepada anak-anaknya yang Allah taala abadikan di dalam AlQuran :
يَٰبَنِيَّ ٱذۡهَبُواْ فَتَحَسَّسُواْ مِن يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَاْيۡـَٔسُواْ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ لَا يَاْيۡـَٔسُ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡكَٰفِرُونَ
"Wahai anak-anakku! Pergilah kamu, carilah (berita) tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir.”
(Surah Yusuf ayat 87)
Oleh itu terutamanya dalam menegakkan KEHENDAK ALLAH TAALA ( AGAMANYA iaitu Agama Islam) dan cita-cita YMTG ra ( Semoga manusia semuanya selamat di dunia akhirat), semoga Allah SWT tidak menjatuhkan kita ke dalam kalangan orang berputus asa dan lemah. Apa yang pasti sesuatu cita-cita dan usaha ALLAH TAALA tidak akan sia-siakan.