Friday, June 4, 2021

PENYELAMAT BAGI COVID19

 

PENYELAMAT BAGI COVID19 

Kita telah ditinggalkan oleh Nabi SAW 1400 tahun lamanya. Namun Agama Islam belum lagi menjadi agama dunia yakni mengatasi semua agama. Sebagaimana Allah janjikan di dalam Al Quran dalam surah At Taubah ayat 33:

 هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ 

“Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya dengan petunjuk (Al-Qur'an) dan agama yang benar (Agama Islam) untuk diunggulkan dan dimenangkan atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai”. 

Sebagai buktinya majoriti penduduk dunia tidak bertuhankan Allah SWT kerana tidak tahu dan tidak mengenaliNya. 

Tugas membawa manusia kembali kepada ALLAH SWT adalah tugas para pewaris nabi iaitu tugas para alim ulama. Ini bererti ulama sebagai pewaris telah gagal menjalankan tugas mereka sebagai pewaris nabi untuk membawa semua manusia kembali kepada Allah SWT. Bahkan ramai juga umat Islam murtad dengan memilih agama lain.

 Justeru itu sebelum tibanya hari kiamat, Allah SWT sendiri telah memberi peluang kepada seluruh penduduk bumi ini yang tidak bertuhankan Dia, dengan mengutus tenteraNya berupa COVID19. Maka negara pertama yang Allah utuskan tenteranya ialah negara komunis iaitu negara China. Negara yang tidak percaya langsung kepada Allah SWT dan mempunyai penduduk paling ramai di dunia. Bukan itu sahaja negara ini juga membunuh orang-orang Islam yang tidak berdosa. Maka Allah taala mengirim tentera COVID19 agar mereka sedar bahawa Tuhan (Allah SWT) itu wujud yang berkuasa atas segala sesuatu yang tidak dapat ditandingi akan Kuasa, Kebesaran dan KeAgunganNya oleh sesiapa walau bagaimanapun kuasa, ilmu dan kepintaran mereka agar mereka kembali kepada Allah taala dengan kembali kepada agama Islam. Inilah tujuan yang sebenarnya. Sebagaimana firman ALLAH SWT dalam Surah Al-Ahqaf ayat 27:

 وَلَقَدْ اَهْلَكْنَا مَا حَوْلَكُمْ مِّنَ الْقُرٰى وَصَرَّفْنَا الْاٰيٰتِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُوْنَ 

“Dan sungguh, telah Kami binasakan negeri-negeri di sekitarmu dan juga telah Kami menjelaskan berulang-ulang tanda-tanda (kebesaran Kami), agar mereka kembali (kembali kepada Allah)”

Surah Al-An’am ayat 42:

 وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا إِلَىٰ أُمَمٍ مِّن قَبْلِكَ فَأَخَذْنَاهُم بِالْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ لَعَلَّهُمْ يَتَضَرَّعُونَ 

“Dan demi sesungguhnya Kami telah utuskan Rasul-rasul kepada umat-umat yang dahulu daripadamu (lalu mereka mendustakannya), maka Kami seksakan mereka dengan kebuluran dan penyakit, supaya mereka berdoa (kepada Kami) dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat)”. 

Surah As-Sajadah ayat 21:

 وَلَنُذِيقَنَّهُم مِّنَ الْعَذَابِ الْأَدْنَىٰ دُونَ الْعَذَابِ الْأَكْبَرِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ 

“Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali ( kembali kepada Allah)”. 

Oleh kerana COVID19 adalah diutus semata-mata untuk orang-orang kafir yang tidak bertuhankan Allah SWT, maka kita umat islam tidak akan Allah utuskan COVID19 ini kepada kita kecuali kita menentang Allah dan RasulNya SAW. 

Bermula dari negara China COVID19 itu menimpa negara-negara kafir terutama musuh-musuh Islam yang pernah menjajah negara islam seperti Britian, Itali, Francis, Spanyol, Belanda, Amerika Syarikat serta Amerika Latin dan yang terakhir negara India yang juga turut membunuh umat Islam tidak berdosa secara beramai-ramai. 

Seperti mana diketahui COVID-19 ini sangat ganjil kerana ianya boleh menyebabkan jangkitan dan gejala di seluruh dunia tanpa mengira keadaan cuaca sesebuah negara itu, atau ketahanan populasinya. Ini diperakui oleh seorang saintis Jepun. 

Sebenarnya penyakit itu tidak berjangkit kerana apa pun penyakit yang berupa azab atau bala Tuhan terutama COVID19 ini, Allah Taala yang menimpakan ke atas sesiapa yang dikehendakiNya, terutama ke atas mereka yang tidak percaya dan menentangNya. Sebab itulah Nabi SAW pernah bersabda penyakit tidak berjangkit. 

Sepatutnya para alim ulama sebagai pewaris Nabi berfikir ketika Allah menurunkan azab ke atas negara China yang mana penduduk sekitar itu mati secara tiba-tiba dan bergelimpang di mana-mana. Namun penduduk yang beragama Islam di sekitar itu terselamat . Seharusnya para alim ulama berfikir kenapa kejadian aneh ini berlaku? 

Selepas itu kita ketahui COVID19 menimpa ke atas negara-negara lain seperti Asia, Eropah, Amerika Syarikat dan Amerika Latin. Sepatutnya sekali lagi para alim ulama berfikir lebih mendalam mengapa COVID19 berupa azab Allah SWT ini tidak berhenti malah beralih ke negara-negara lain terutama negara-negara kafir yang menjajah dan menentang agama Islam, dengan lebih dahsyat lagi seperti apa yang berlaku di Sepanyol, Itali dan India. Apakah hikmah di sebalik ini serta apakah peranan umat Islam terutama para alim ulama dan pemimpin Islam dalam menangani azab Allah yang sedang menimpa ini?

Sepatutnya para alim ulama kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah untuk mendapatkan jawapan dari semua permasalahan ini. Bukankah Al-Quran dan As-Sunnah adalah sebagai petunjuk, pedoman dan jalan bagi mengetahui mengapakah azab ini menimpa ke atas orang-orang bukan Islam dan apakah hikmah disebaliknya? Selain itu juga apakah jalan yang Tuhan tunjukkan kepada kita umat Islam bagaimana mengatasi dan menyelesaikan azab yang sedang menimpa ini. Bukankah Allah Taala telah berfirman dalam surah Al Isra 82:

 وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْاٰنِ مَا هُوَ شِفَاۤءٌ وَّرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِيْنَۙ وَلَا يَزِيْدُ الظّٰلِمِيْنَ اِلَّا خَسَارًا 

“Dan Kami turunkan dari Al-Qur'an (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Qur'an itu) hanya akan menambah kerugian”.

Jelaslah Al-Quran itu adalah pengubat dan juga ia adalah rahmat bagi orang- orang yang beriman. Bukankah Nabi SAW telah diutus sebagai rahmat bagi sekalian alam. Firman Allah SWT dalam surah Al-Anbiya ayat 107:

 وَمَآ اَرْسَلْنٰكَ اِلَّا رَحْمَةً لِّلْعٰلَمِيْنَ “Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam”. 

Ini bererti agama Islam adalah rahmat dan penyelamat bagi sekalian umat manusia. Kalau para alim ulama benar-benar kembali kepada Al Quran dan AsSunnah tentu mereka telah menemui jawapan kenapa azab ini menimpa orang-orang kafir dan menemui penawarnya. Ini kerana Allah telah menunjukkan jalanNya dalam Al Quran dan bagitu juga Rasullah SAW dalam sunnahnya. Bukankah Allah Taala telah menunjukkan jalan keluar dari permasalahan ini melalui firmanNya dalam surah Az Zumar ayat 54:

 وَأَنِيبُوٓاْ إِلَىٰ رَبِّكُمۡ وَأَسۡلِمُواْ لَهُۥ مِن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَكُمُ ٱلۡعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ 

“Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong lagi”.

Jadi bagi orang-orang kafir jalan keluar hendaklah mereka kembali kepada Allah SWT dengan kembali kepada agama Islam yang mereka dilahirkan padanya. Manakala bagi orang-orang Islam hendaklah mereka kembali kepada Allah SWT dengan bertaubat dan mentaati Allah SWT dan RasulNya SAW dengan sepenuhnya iaitu kembali kepada jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang telah ditinggalkan oleh Nabi SAW kepada kita umat Islam. Jika tidak, tiada seorang pun akan dapat menolong kita sebagaimana firman Allah pada hujung ayat 54 ini. Maka benarlah firman Allah SWT ini, serta tiada keraguan padanya. Bererti kita tidak akan menemui pertolongan selain Allah SWT, tidak pada vaksin atau apa pun pada penemuan yang lain kerana ini bukan penyakit tetapi azab. Ubatnya hanya satu iaitu kembali kepada ALLAH taala sebagaimana Allah anjurkan dalam ayat di atas. 

Agama Islam ialah rahmat dan penyelamat bagi seluruh makhluk terutamanya manusia. Sepatutnya kita umat Islam ialah umat rahmat dan penyelamat bagi seluruh makhluk terutama umat manusia. Dalam hal menangani azab COVID19 ini umat islam terutama para alim ulama telah meninggalkan Al Quran dan Assunnah untuk menganganinya. Maka kita umat Islam yang sepatutnya sebagai penyelamat telah bertukar status sebagaimana status umat- umat yang lain iaitu perlu juga diselamatkan. 

Dalam perkara ini pemimpin dan ulama Islam telah menganggap vaksin, penemuan manusia ini sebagai penyelamat dari azab Tuhan yang sedang melanda kini. Hendaklah kita takut kepada Allah SWT kerana boleh jadi sahaja Allah Taala menukar vaksin ini kepada benda lain yang tidak kita ingini. 

Sebenarnya sebagai mana telah kami nyatakan di atas, COVID19 tidak Allah akan timpakan ke atas umat Islam kecuali ke atas mereka yang menentang Allah dan RasulNya. Apa yang sedang menimpa umat Islam hari ini bukanlah azab Allah Taala yang berupa COVID19 tetapi merupakan bala, ujian samada berupaya penyakit atau seumpamanya kerana kita umat Islam majoriti tidak lagi berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah, tidak lagi berada di atas landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah lebih-lebih lagi dalam menangani azab Allah COVID19. 

Kita menganggap bahawa kita pun turut terkena azab Tuhan lalu kita menangani sebagai mana orang-orang kafir menanganinya. Bahkan kita mengikut cara mereka terutamanya SOP yang mereka anjurkan yang mana seperti kita ketahui telah menjauhkan kita daripada memakmurkan rumah-rumah Allah dan upacara-upacara keagamaan yang lain yang dianjurkan oleh Islam. Semua ini dilakukan atas alasan penyakit berjangkit padahal seperti mana kita nyatakan di atas penyakit tidak berjangkit mengikut Allah dan RasulNya SAW. Inilah di antara sebabnya mengundang bala dan bukannya azab Allah Taala yang telah menimpa kita umat Islam sekarang ini. Sekiranya kita umat Islam tidak kembali kepada Allah Taala dan mengikut cara menangani bala daripada Allah Taala maka keadaan kita akan bertambah tidak selamat. 

Sekali lagi kami tegaskan di sini bahawa COVID19 adalah tentera Allah SWT sebagai perintis untuk membawa semua umat manusia yang tidak bertuhankan Allah SWT, kembali kepadaNya. Maka sewajarnya kita umat islam terutama para pemimpin dan ulama Islam bangun menyempurnakan tugas COVID19 ini dengan menyedarkan seluruh umat manusia supaya kembali bertuhankan Allah SWT, kembali kepads Agama Islam yang mereka dilahirkan padanya, bukannya berdoa untuk Allah mengangkatnya sebelum tamat tugasnya atau menghindarinya dengan mengambil vaksin atau seumpamanya. Ini adalah kerana perbuatan sedemikian menunjukkan seolah-olah kita menentang tentera Allah Taala ini. Menentang tenteraNya bererti kita menentang Allah SWT.

Sehubungan dengan inilah Nabi SAW, kerana telah mengetahui apa yang akan menimpa ke atas umat manusia di akhir zaman ini termasuklah umat Islam sendiri telah memilih Yang Mulia Tuan Guru Tuan Haji Ghulam Hassan Ali Akbar Al-Khatamul Muhammadiyyah, Al-Bikangi RA pada tahun 1950 di Madinatul Munawwara ketika musim haji, untuk membawa semua umat manusia kembali kepada Allah Taala termasuklah umat Islam kerana telah nyata dari COVID19 ini juga umat Islam sendiri telah jauh dari Allah SWT.

Tugas YMTG RA, Thoifah Al-Hassaniyyah akan laksanakan walaupun tidak dibantu oleh alim ulama dan pemimpin Islam. Ini adalah kerana lantikan Rasulullah SAW ke atas YMTG RA pastinya akan terlaksana dan menjadi kenyataan walau siapa pun benci atau menghalangnya samada dari kalangan umat Islam itu sendiri atau Ahlul kitab atau umat-umat yang lain. Ini kerana siapa sahaja membenci atau menghalang tugas yang mulia ini dilaksanakan mereka bukan berdepan dengan Thoifah Al-Hassaniyyah tetapi berdepan dengan Allah dan RasulNya SAW. 

Umat Islam yang sejati adalah umat yang cintakan kebenaran walaupun dihadapi dengan risiko dan halangan demi cintakan kedamaian dan kesejahteraan makhluk Allah SWT terutama manusia di dunia dan akhirat. Inilah tugas kami, THOIFAH AL-HASSANIYYAH. 

Maka semboyan kami di kurun ke 15 Hijrah ini yang merupakan semboyan YMTG RA ialah ayat ke 54 surah Az Zumar:

 وَأَنِيبُوٓاْ إِلَىٰ رَبِّكُمۡ وَأَسۡلِمُواْ لَهُۥ مِن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَكُمُ ٱلۡعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ 

“Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong lagi”. 

Ini adalah kerana semboyan inilah merupakan rahmat dan penyelamat bagi seluruh makhluk Allah SWT terutama umat manusia di dunia dan di akhirat bermula di kurun ke 15 Hijrah ini hinggalah ke zaman Imam Mahdi RA