Sesungguhnya kami telah memperingati para Pemimpin dan Ulama samada orang Islam dan bukan Islam tentang ubat dan penawar bagi Covid19.
Disini kami tegaskan bahawa Covid19 ini bukan merupakan penyakit atau bala ujian tetapi merupakan azab daripada Allah SWT. Justeru itu ubatnya hanya kembali kepada Allah SWT dengan cara bertaubat dan mengadap wajah kembali kepada Allah SWT dengan cara mentaati Allah SWT dan RasulNya SAW sebagaimana dinyatakan oleh Allah SWT sendiri didalam surah Az-Zumar ayat 54:
وَأَنِيبُوا إِلَىٰ رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِن قَبْلِ أَن يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.
Inilah jalan yang telah Allah SWT tunjukkan dalam ayat tersebut di atas bagaimana melepaskan diri daripada azabNya sebelum tiba atau sedang menimpa umat manusia. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Araf ayat 134-135:
وَلَمَّا وَقَعَ عَلَيْهِمُ الرِّجْزُ قَالُوا يَا مُوسَى ادْعُ لَنَا رَبَّكَ بِمَا عَهِدَ عِندَكَ ۖ لَئِن كَشَفْتَ عَنَّا الرِّجْزَ لَنُؤْمِنَنَّ لَكَ وَلَنُرْسِلَنَّ مَعَكَ بَنِي إِسْرَائِيلَ
“Dan apabila azab yang tersebut itu menimpa mereka, mereka berkata: Wahai Musa! Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami dengan pangkat Nabi yang diberikanNya kepadamu, Sesungguhnya jika engkau hapuskan azab itu daripada kami, tentulah kami akan beriman kepadamu, dan sudah tentu kami akan membebaskan kaum Bani Israel bersamamu”
فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُمُ الرِّجْزَ إِلَىٰ أَجَلٍ هُم بَالِغُوهُ إِذَا هُمْ يَنكُثُونَ
(Tuhan berfirman); “Setelah Kami hapuskan azab itu daripada mereka, hingga ke suatu masa yang tertentu yang mereka sampai kepadanya, tiba-tiba mereka mencabuli janjinya”.
Dalam ayat tersebut diatas azab telah menimpa ke atas Firaun dan rakyatnya. Setelah mereka berjanji untuk beriman dengan Nabi Musa AS serta membebaskan kaum Bani Israel, maka Allah SWT mengangkat azab daripada mereka. Keadaan kita hari ini adalah seperti keadaan di zaman Nabi Musa AS itu, dimana azab Tuhan telah menimpa keatas kita umat manusia. Maka jelaslah kalau kita ingin Allah SWT mengangkat atau menghapuskan azab yang sedang menimpa ke atas kita umat manusia, tiada jalan lain bagi kita umat Islam melainkan ubatnya ialah bertaubat serta kembali kepada Allah SWT dengan cara mentaati, menyerah diri tunduk dan patuh kepada undang-undang dan peraturanNya. Bagi orang bukan Islam hendaklah ia beriman dengan Nabi akhir zaman iaitu Penghulu kita Nabi Muhammad SAW dengan cara mengucap dua kalimah syahadat. Inilah ubat bagi Covid19 yang sedang menimpa kita umat manusia samada orang Islam atau bukan Islam.
Sekali lagi kami syorkan agar para Pemimpin dan Ulama Islam yang telah kami peringati terdahalu akan mengambil jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT di dalam ayat-ayat tersebut di atas agar Allah SWT mengangkat azabNya yang sedang menimpa kita ini yang demikian umat manusia keseluruhannya akan kembali sihat wal afiat serta aman damai. Setelah peringatan ini, kalau para Pemimpin dan Ulama tidak menghiraukan, enggan atau gagal melaksanakan seperti apa yang dinyatakan oleh Allah SWT di dalam 2 surah di atas, maka kamulah yang akan bertanggungjawab di dunia dan di akhirat atas keadaan yang dahsyat dan mengerikan ini berlarutan.
Dalam peringatan terdahulu kami juga telah nyatakan sesiapa yang memiliki kitab kami berjudul “AGAMA ALLAH RAHMAT DAN PENYELAMAT BAGI SELURUH ALAM” akan juga terselamat daripada segala bahaya terutamanya bala atau azab Covid19 yang sedang menimpa ini. Ini kerana kitab ini mengandungi serta menerangkan intisari Al-Quran yang menyentuh 5 perkara:
1) Al-Basa-ir iaitu segala keterangan yang membuka hati manusia;
2) Al-Huda iaitu petunjuk bagaimana umat manusia sebagai khalifah dipermukaan bumi ini buat perhubungan dengan Allah SWT sebagai Pencipta Alam Semesta, perhubungan sesama manusia dan perhubungan manusia dengan makhluk-makhluk lain seperti kaum jin, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan jamadat;
3) Al-Furqan iaitu pembeda antara hak dan bathil;
4) As-Syifa iaitu penawar bagi penyakit zahir dan bathin; dan
5) Ar-Rahmah iaitu rahmat bagi sekalian alam kerana undang-undang dan peraturan yang terkandung didalam Al-Quran adalah berasaskan belas kasihan dan kasih sayang.
Janganlah kita umat Islam meragui kebenaran kalam Allah SWT seperti tersebut didalam surah Az-Zumar dan Al-Araf di atas. Janganlah biarkan iman kita bertambah tipis!
Mudah-mudahan Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita semua dan menunjukkan kita jalan yang lurus terang benderang yang telah ditinggalkan oleh Nabi SAW kepada kita.
Bagi mereka yang tidak tahu bagaimana cara melakukan perkara di atas bolehlah menghubungi salah seorang di bawah ini:
1. Dr. Dalhadi Hasan @ +6013-855 1521
2. Puan Nooraini Abu Samah @ +6012-317 5493,
3. Puan Nor Rasyidah Mustafa @ +6019-240 1425
4. Hjh Puan Noor Sham Abdullah @ +6019-288 1466
5. Puan Junaidah Boss @ +6019-536 3752P