PATUTKAH YMTG (Semoga Allah meredhainya) DITUDUH SESAT?
Semenjak dr kecil lagi, YMTG telah menunjukkan ciri2 insan pilihan. Sepanjang hayatnya telah diabdikan dgn mentaati Allah dan RasulNya. Natijahnya tampak bgmn sayangnya YMTG kpd seluruh umat manusia agar mereka selamat dunia dan akhirat. Riwayat hidup YMTG dpt kita ketahui dengan lebih terperinci melalui buku RIWAYAT dan buku KERAMAT Beliau.
Jika diteliti dr kedua2 buku ini akan kita ketahui bahawa YMTG ini bukan manusia biasa. Tingkah laku, akhlak dan perangai serta ketaatan kpd Maha Pencipta , nyata menampakkn YMTG telah dijaga oleh Allah SWT sejak kecil lgi. Ini kerana pasti ada tugas yg akan ALLAH SWT berikan kpd YMTG. Jika tidak, maka sia2lah ALLAH SWT menjaga dan membimbing YMTG sedemikian rupa.
Kemuncak peristiwa yg menunjukkan adanya tugas YMTG dr ALLAH SWT , adalah semasa BAGINDA SAW bertemu dgn YMTG di Madinah Munawwarah pada tahun 1950 . Ketika itu, YMTG ra menunaikan fardhu haji. BAGINDA SAW telah menijazahkan YMTG dgn senaskah AlQuran sebagai tanda pelantikan dan YMTG telah ditugaskan oleh BAGINDA SAW utk membawa semua manusia kembali kpd Allah taala.
Bertemu dgn BAGINDA SAW bukanlah sesuatu perkara yg mustahil atau rekaan tetapi perkara yg biasa berlaku pada zaman dahulu dan perkara yg diterima pakai oleh golongan ASWJ.
وَلَا تَقُوۡلُوۡا لِمَنۡ يُّقۡتَلُ فِىۡ سَبِيۡلِ اللّٰهِ اَمۡوَاتٌ ؕ بَلۡ اَحۡيَآءٌ وَّلٰـكِنۡ لَّا تَشۡعُرُوۡنَ
Dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah (mereka) telah mati. Sebenarnya (mereka) hidup, tetapi kamu tidak menyadarinya.
Surah Al-Baqarah ayat 154
Sekiranya seseorg yg mati syahid pun boleh dihidupkan semula ke dunia apatah lagi BAGINDA SAW, kekasihNya sdh tentulah ALLAH SWT mengizinkannya berlaku sedemikian jua.
Disebabkan tugas yg telah dipikulkan kepada YMTG maka YMTG telah mengatur dan menyusunkan beberapa amalan agar manusia boleh dibawa kembali kpd ALLAH SWT.
Diantara amalan itu ialah mengasingkan diri iaitu iktikaf di masjid2 terutama pada bulan ramadhan, laungan azan dan takbir di masjid2 Dan Di tempat2 lain seperti dlm kereta ketika dlm perjalanan, melakukan qunut pada setiap sembahyang, mengalakkan solat berjemaah dan zikir berjemaah. Di samping itu jg YMTG menghidupkan memperbanyakkan solat2 sunat rawatib dan Solat sunat nawafil spt taubat, hajat, syukur, israk, duha, tahajud dll. Beliau jg mengalakkan pemakaian serban dan jubah dgn mengutamakan warna putih kerana warna putih adalah warna yg lebih afdal. Semua itu diatur dan dipraktikkan dlm rangka bukan sahaja utk membawa manusia kpd ALLAH SWT tetapi juga utk menjadikan alam ini dpt diberi "makan" melalui amalan dan alunan yg memuji serta mengagungkan ALLAH SWT . Ini bertujuan agar bumi ini akan menjadi tempat kediaman yg selamat , aman dan damai kpd semua makhluk ALLAH SWT.
NAMUN SANGAT MALANG Semenjak tahun 1989 iaitu ketika YMTG dipanggil ke Kota Kinabalu oleh pihak Agama Islam negeri Sabah (MUIS) bagi menghadiri majlis Muzakarah dgn pihak MUIS, YMTG telah dianggap dan dituduh sebagai sesat walaupun ketika itu tidak pernah diputuskan atau diwartakan YMTG sesat dan membawa ajaran terpesong. Sepanjang hidup YMTG, BELIAU tidak pernah diputuskan atau diwartakan apatah lagi ditangkap atau dihukum atas anggapan atau tuduh tersebut sehingga BELIAU wafat pada tahun 1991.
Sebenarnya keputusan muzakarah pada tahun 1989 itu masih tergantung hingga hari ini . Akan tetapi dalam portal rasmi Majlis Agama Islam ajaran YMTG telah dicop sebagai ajaran sesat dan Saban tahun kami pengikut YMTG ditemukan utk dijadikan bahan kajian pelajar2 KUIS sebagai salah satu ajaran sesat di Malaysia. Anak Murid serta para pengikut YMTG merasa hairan dan masih tertunggu2 sekiranya dipanggil utk muzakarah sekali lagi bagi memutuskan samada benar2 YMTG itu sesat dan membawa ajaran sesat atau tidak. Kami telah menyatakan kpd para pelajar juga org2 yg masih menganggap YMTG dan ajarannya sesat agar secepat mungkin pihak Agama Islam menyelesaikan masalah ini. Namun yg menjadi perkara pelik bila gambar YMTG ada dipamerkan di muzium Islam negeri Sabah dan diiktiraf sbg ulama yg pernah menyumbang kpd kemajuan Agama Islam di Sabah. YMTG jg pernah dianugerahkan sbg Tokoh Maal Hijrah selepas kewafatan BELIAU. Ini sangat pelik bin ajaib!
Apa yg menjadi masalah besar yg akan ditanggung di akhirat kelak ialah tuduhan sesat yg tersemat dihati sehingga tersebar dan menjadi keyakinan kpd penduduk negeri sabah juga di semenajung terutama di daerah Lahad Datu semenjak tahun 1989 hingga sekarang. Siapa yg akan bertanggung jawab atas pembabitan umat Islam yg menuduh YMTG secara membabi buta serta ikut2an sahaja sedangkan mereka sebenarnya langsung tidak pernah mengenali apa lagi mendekati atau bersua muka dgn YMTG.
Kalaulah memang benar YMTG sesat dan menyesatkan kenapa tidak diputuskan ketika muzakarah tersebut.? Mengapa beliau tidak ditangkap? Mengapa beliau tidak dikenakan hukuman terutama hukuman mati ? Ini adalah kerana pembawa kesesatan sangat merbahaya kerana boleh memesongkan iktikad orang Islam. Iktikad yg salah atau rosak akan menyebabkan mati kafir. YMTG selalu berkata org sesat dan menyesat bagus ditembak mati.
YMTG ketika hayatnya ada memberi 3 cabaran kpd sesiapa sahaja terutama yg menuduhnya sesat iaitu :-
1. Belayar ke sebuah pulau tanpa bawa bekalan makanan dan tinggal di pulau tersebut dalam tempoh masa tertentu dan siapa hidup maka dialah benar. Ini seperti nabi Yunus as tinggal di dlm perut ikan nun selama 40 Hari tanpa makanan.
2. Buatkan unggun api yg besar Kemudian masuk ke dalam nyalaan api tersebut seperti Nabi Ibrahim as, maka siapa yg selamat tidak terbakar maka dialah benar.
3. Gunakan pistol dan tembak sendiri di kepala siapa hidup maka dialah benar.
Disamping itu juga YMTG akan menghadiahkan org yg menang itu Wang sebanyak rm30,000 atas kejayaan yg membuktikan dia benar dan YMTG salah dan sesat. YMTG mengatakan ini semua bukan bertujuan mahu menunjukkan siapa hebat tetapi semata2 menunjukkan siapa yg benar dan berdiri atas kebenaran kpd Allah SWT. Namun Cabaran YMTG itu tiada siapa pun yg menyahutnya.
Kata ymGuru kami :- Bgmn org boleh menuduh YMTG sesat sedangkan cara berpakaian dan penampilan YMTG yg mencontohi RASULULLAH SAW pun sudah X boleh dilawan. Itu belum lagi membandingkan YMTG dgn kita yg menuduhnya dr segi akhlak, budi perkerti, amalan serta kecintaan YMTG kpd ALLAH SWT dan RasulNya seperti yg YMTG zahirkan dlm kehidupannya sehari-hari. Dari segi keberanian, ketegasan serta kecekalan YMTG membela Agama Allah pasti jauhi sekali dan mustahil serta tidak ramai org seperti dia.
Kalau kita ingin melihat ciri2 org di zaman ini yg benar2 mencontohi dan mengikuti jejak RASULULLAH SAW maka bacalah dan dengarlah Kisah YMTG. Jadi bgmn org sewenang2nya dan tanpa takut menuduh atau terlibat menuduh YMTG sebagai sesat dan membawa ajaran sesat lagi menyesatkan. Ingatlah SESIAPA MEMUSUH KEKASIH ALLAH IAITU WALINYA MAKA ALLAH MENGISTIHARKAN PERANG KEPADANYA. MUSUH ALLAH TIADA LAIN TEMPATNYA MELAINKAN DI DALAM KEMURKAAN ALLAH SWT.
PALING MALANG lg bilamana ada dikalangan para pemimpin yg pernah mengikuti BELIAU, mengaku sbg pengikut atau anak murid YMTG dan pernah dipohonkan doa oleh YMTG utk memenangi pilihanraya menjadi YB tetapi sampai sekarang tidak pernah membela dan membersihkan nama YMTG dari tuduh sesat tersebut.
Akibat pertuduhan kpd YMTG sejak dahulu hinggalah skrg telah menyebabkan para pengikut YMTG dipandang serong, dijauhi dan diboikot. Disamping itu juga menyebabkan ramai orang terutama di Malaysia khususnya di negeri sabah tidak mendapat keuntungan dr apa yg disampaikan oleh YMTG. BUKANKAH INI SATU KERUGIAN SANGAT BESAR terutama apabila sekarang ini YMTG telah tiada. BERAPA PULA BERAT BEBAN yg akan ditanggung oleh mereka2 yg terlibat menjadikan YMTG dituduh sesat dan membawa ajaran sesat di akhirat kelak.?
APA PUN TUNGGULAH AKAN SAMPAI MASANYA ALLAH PERLIHATKAN DAN BUKTIKAN KPD SELURUH UMAT MANUSIA BAHAWA MEMANG BENAR2 YMTG INI TELAH DIWAKILKAN OLEH BAGINDA SAW MEMBAWA MANUSIA DI ZAMAN INI KEMBALI KEPADA ALLAH SWT... AKAN SAMPAI MASANYA ATAS KETENTUAN ALLAH SWT. SAMA2LAH KITA NANTIKAN.
SEMOGA ALLAH SWT MELIMPAHKAN RAHMAT DAN KEREDHAAN KE ATAS YMTG DAN MENEMPATKANNYA DEKAT DENGAN BAGINDA SAW...DAN SEMOGA KITA DPT SEBARIS DENGANNYA DI AKHIRAT KELAK... AMIN YA RABBAL ALAMIN.