Tuesday, June 22, 2010

Sifat Mahmudah #1 - Syukur

Assalamualaikum wbt diucapkan kepada semua. Mudah-mudahan hari ini semua dalam keadaan sihat sejahtera, dilindungi Allah SWT dari perkara-perkara yang memudaratkan diri. Pastinya semua makhluk sentiasa dibawah lembayung rahmatNya. InsyaAllah.

Hari ini team An Nisa ingin membicarakan topik SYUKUR. On the lighter side, mari kita teliti lirik lagu berikut:

SYUKUR - Raihan  
Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah

Tanda syukur itulah taat

Setiap tempat setiap waktu
Syuku itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur

Syukur itu sifat mulia

Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenang hidup sejahtera
Mari amalkan rasa bersyukur
Hidup bahagia aman dan makmur

Syukur itu banyak caranya

Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah
Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suburkan

Manusia sepatutnya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dalam setiap hal, tidak terbatas kepada perkara-perkara yang menggembirakan kita sahaja seperti perniagaan yang berjaya, lulus peperiksaan, menerima hadiah dan sebagainya. Para Nabi & Rasul, Sahabat RA dan para wali Allah sentiasa mengucapkan syukur walaupun menerima ujian yang berat seperti kesusahan, penyakit dan sebagainya.

Suka kami memberi contoh tentang YM Tuan Guru Tuan Haji Ghulam Hassan Al-Bikangi RA apabila menyentuh perkara ini. Setiap kali beliau mula sakit, beliau tidak gundah gulana atau mengeluh. Sebaliknya beliau mengucapkan "Marhaban! Marhaban! Wahai Penyakit". Begitulah juga dengan semua kekasih-kekasih Allah SWT, apabila Allah menguji mereka, mereka tidak sedih malah merasa semakin dekat kepada Allah SWT

Berbalik pada lirik lagu Syukur diatas,

Tanda syukur itulah taat  
Setiap tempat setiap waktu  
Syukur itu dapat dilihat  
Pada sikap dan tingkah laku  
Marilah bersama kita bersyukur  
Kepada Allah kita bersyukur

Syukurlah kita kepada Allah SWT kerana:
  1. DIA menjadikan kita sebagai manusia yang mempunyai akal dan fikiran dan makhluk yang mulia, bukan sebagai binatang;
  2. DIA menjadikan kita sebagai seorang Islam, dan seterusnya menyembahNYA Allah yang Esa dan
  3. DIA menjadikan kita sebagai umat Khatimul Anbiya', Rasul junjungan, KekasihNya Nabi Muhammad SAW dimana Allah SWT telah berfirman sebagai sebaik2 umat
  4. Maka seterusnya ucapkanlah Syukur kerana kita dicampakkan rasa syukur di dalam hati kita - Syukur kerana dapat bersyukur

Tanda syukur itulah taat..

Sebagai tanda bersyukur atas kurniaan Allah SWT, maka seharusnya kita melakukan perkara2 yang diperintahkan olehNYA dan yang disaran oleh Rasulullah SAW. Tinggalkan perkara-perkara yang dilarang. Buat baik kepada semua makhluk seperti binatang, benda-benda jamadat, bukan sahaja baik kepada sesama manusia. Selain itu, tanda-tanda taat termasuklah banyak bersedekah, membantu orang-orang fakir miskin dan orang-orang fisabilillah.

Semoga apa yang ternukil diruangan ini hari ini menjadi peringatan buat kami dan pembaca2 yang budiman.

Wassalam