Sunday, October 23, 2022

Video oleh Koordinator Lembah Kelang En Khairul - Rawatan Jarak Jauh di Lembah Kelang (RAWANG, SELANGOR) pada 24hb Oktober 2022

https://www.youtube.com/watch?v=--IzrJfHz7Q&feature=youtu.be 


Video yang dikongsikan oleh koordinator Zon Lembah Kelang, Keiyz Grandewa (nama karya) bertempat di Baitul AlQuran di Rawang untuk program dari sesi prrtama hingga ke empat yang dihadiri oleh 555 peserta-peserta seluruh Malaysia. Ada yang hadir dari Johor Bahru, Kelantan dan lain2 semata-mata untuk mendapatkan rawatan mustajab YM Tuan Guru Mursyid.

Alhamdulillah ramai yang menunjukkan sihat serta merta mahupun yg belum sihat sepenuhnya mereka akan sihat juga akhirnya sbb proses rawatan ini ada yang cepat ada yg lambat. Namun yg penting badan kita sudah bebas dari ra-cun berbiso itu.
Inilah bukti Kebesaran Allah SWT. Inilah pertolonganNya untuk hamba-hambaNya yang sudah kembali kepadaNya berkat didikan dan doa dari seorang Guru Mursyid.
Terima kasih kami untuk semua Koordinator-koordinator, pihak penganjur Baitul AlQuran, petugas-petugas sukarela yang memastikan program berjalan dgn baik dan teratur utk peserta-peserta. Hanya Allah SWT yg dpt membalas kebaikan semua.

Friday, October 21, 2022

Rawatan Jarak Jauh YMTG pada 22 Oktober 2022 jam 11 pagi di Pulau Pinang

 179 peserta-peserta hari ini di program Magtawal di Pulau Pinang. Alhamdulillah ramai sudah sihat. Terima kasih Koordinator-koordinator disana yg bertungkus lumus menjayakan program ini.




Thursday, October 20, 2022

3 lokasi Rawatan Jarak Jauh oleh YMTG sebelum ianya dihentikan sementara

 Jika ada sanak saudara, jiran tetangga serta kwn2 dikasihi ingin mendapatkan rawatan kesan AEFI oleh YMTG kita, bagitau mereka cubalah sedaya upaya utk hadir rawatan disalah satu dari tiga lokasi rawatan yg sudah ditetapkan tarikh iaitu:-

Zon utara 22hb Okt 2022 di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 11 pagi;
Zon Lembah Kelang 24hb Okt 2022 di Rawang, Selangor 10 pagi dan 10 malam; dan
Zon Pantai Timur, 29hb Oktober 2022 di Kuala Nerus, Terengganu 11 pagi.

Kerana selepas tarikh² ini, rawatan oleh YMTG akan ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yg akan ditetapkan krn YMTG mulai kesibukan memberi tumpuan dengan urusan agama.
Maaf diatas kesulitan yg tidak dpt dielakkan.

Berikut adalah 3 koordinator untuk 3 lokasi rawatan. Sila hubungi SEGERA utk pendaftaran.
Terimakasih.

Friday, October 7, 2022

Tiada lagi FB THOIFAH ALHASSANIYYAH (FB induk)

 Tiada lagi THOIFAH ALHASSANIYYAH (FB induk) kerana mereka menafikan hak manusia sejagat, tetapi masih ada THOIFAH ALHASSANIYYAH NUSANTARA ini bermakna kita akan terus bergerak dari Malaysia terus ke Nusantara dan seterusnya ke seluruh dunia.

Mohon follower Thoifah AlHassaniyyah teruskan sokongan anda di laman page Thoifah AlHassaniyyah Nusantara untuk kita terus melangkah ke seluruh dunia!
KONGSI/SHARE kepada semua umat manusia agar mereka sentiasa mengikuti perkembangan KEBENARAN ABAD KE 15.



Sambutan Maulid Rasul SAW bersama Yang Mulia Tuan Guru 12 RabiulAwal 1444

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDIRRASUL SAW KEPADA SEMUA UMAT NABI SAW...MUDAH2AN TERPANCAR CAHAYA KEBENARAN KURUN KE 15 DISAAT 12 RABIULAWAL 1444 DARI UFUK TIMUR _ TANAH PARA AULIA.

TERJEMAHAN DARI KITAB SAYYID JAAFAR ALBAZANJI

Biografi Singkat Penyusun  Nama lengkapnya Sayyid Zainal ‘Abidin Ja’far bin Hasan bin ‘Abdul Karim al-Husaini asy-Syahzuri al-Barzanji. Beliau kelahiran Madinah al-Munawwarah pada Kamis awal Dzulhijah 1128 H/1716 M. Sayyid Ja’far al-Barzanji wafat pada Selasa setelah shalat Ahsar 4 Sya’ban 1177 H/1763 M, dan dimakamkan bersama dengan kakeknya di Baqi’ mennjadi satu dengan keturunan Rasulullah saw yang lain. (Muhammad al-Qhat’ani, Maulidul Barzanji Tashih wa I’tinâ’, halaman 12). 

Sumber: https://jabar.nu.or.id/ubudiyah/mengenal-kitab-maulid-al-barzanji-penyusun-keutamaan-dan-cara-bacanya-xhmMB

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Aku mulakan riwayat Maulid ini dengan nama Allah yang Maha Tinggi derajatNya, dengan hal keadaanku mengharapkan limpah berkat pada segala apa yang dikurniakan kepada ku olehNya, dan juga aku mengucapkan sepenuh penuh kepujian dengan segala senang hatiku kepadaNya, ialah karena aku syukurkepadaNya dengan syukur yang seelok-eloknya.
Dan lagi aku memohon kepadaNya muga-muga la mengurniakan kesejahteraan dan rahmatNya, kepada Nur yang la telah jadikan terdahuludaripada segala makhluk yang lainnya, yaitulah Nur yang telah berpindah-pindahdaripada satu dahi kepada satu dahi yang mulia keadaannya, yaitulah dahimoyang-moyang Nabi kita Muhammad Sall-Allahu alaihi-wa-sallam sehingga kepada dahi Abdullah ayahandanya.
Dan aku memohon lagi kepada Allah muga-muga Ia mengurniakan keredhaanNya, kepada keluarga Nabi kita itu khasnya, dan kepada sahabat-sahabatnya dan sekalian orang-orang Islam amnya.
Dan pula aku memohon kepada Allah yang maha sempurna zatNya dan segala sifat-sifatNya, muga-muga la mengurniakan kepada kita sekalian petunjuk kepada jslan yang terang lagi nyata benarnya. Dan lagi aku memohon kepadaNya muga-muga la memelihara kita daripada kesesatan pada langkah-langkah kita ke semuanya.
Setelah apa yang tersebut itu maka sekarang aku bentangkan kisah sejarah hidup Nabi kita Muhammad s.a.w. dengan ringkasnya, dan aku susunnya dengan menyatakan mula-mula sekali nasab keturunannya yang menyenangkan siapa yang mendengarnya, dan aku meminta tolong kepada Allah Ta’ala yang Maha Kuasa dan Maha Kuat sifatNya karena bahwasanya tiada daya dan tiada upaya melainkan semata-mata pada Allah jua letaknya.
YA ALLAH, HARUMKANLAH KUBURNYA YANG MULIA
DENGAN BAU-BAUAN YANG SEMERBAK DARI RAHMAT DAN SEJAHTERA
Aku nyatakan bahwa Nur yang tersebut tadi itu akhirnya telah menjadilah Penghulu kita Saiyidina Muhammad muga-muga Allah kurniakan kesejahteraan kepadanya. Saiyidina Muhammad itu ialah anak Abdullah, dan Abdullah itu anak Abdul Muttalib maka Abdul Muttalib itu juga digelarkan oleh orang sebagai Syaibatul Hamd namanya. Dan Abdul Muttalib itu anak Hasyim yang digelarkan Amr anak Abdi Manaf yang juga dinamakan AI mughirah anak Qusai dan Qusai ini Mujamma’ gelarannya. Perkataan Qusai ini asal maknanya ialah Kejauhan karena ia tinggal di Mekah pada mula-mulanya. Tetapi ketika kecilnya lagi ia telah dibawa pindah oleh ibunya ke negeri Qudhaa’ah yang jauh letaknya.
Tetapi akhirnya ia telah dikembalikan oleh Allah ke negeri Mekah yang dimuliakan tanahnya. Lalu ia pun telah menjaga negeri Mekah itu dengan seteguh-teguhnya.
Maka Qusai itu ialah anak Kilab yang juga dinamakan Hakim anak Murrah anak Ka’ab anak Lu-ai anak Ghalib anak Fihir yang juga disebutkan Quraish namanya. Dan nama Quraish inilah dipakai bagi kaum Quraish itu yang mengandungi anak cucunya. Tetapi sebelum kaum itu dinamakan Quraish maka Kinanilah namanya, sebagaimana yang telah dikatakan oleh banyak pakar- pakar nasab yang luas pengetahuannya. Dan mereka itu telah tetap berkepercayaan dan berpuas hati bahwa begitulah keadaannya. Dan Fihir atau Quraisy itu pula anak Malik yang ialah pula anak Nadhar anak Kinaanah anak Khuzaimah anak Mudrikah anak Ilyas seterusnya.
Dan Ilyas inilah orang yang mula-mula sekali menghadiahkan unta-unta kepada Tanah Haram Mekah untuk ia membuat kurban akannya. Dan telah didengar oleh orang dari dalam tulang sulbi Ilyas itu akan suara Nabi kita Muhammad s.a.w menyebut-yebut dan memuji-muji Allah Ta’ala dan mengucap talbiah kepadaNya. Ilyas itu pula anak Nizar anak Ma’ad anak Adnan dan begitulah nasab itu susunannya.
Maka susunan keturunan atau nasab Rasulullah s.a.w. ini mengikut sebagaimana yang dinyatakan oleh Hadith Nabi kita s.a.w. yang benar keadaannya. Dan Adnan itu nasabnya bersambung hingga kepada seorang kekasih Allah yaitulah Nabi Ibrahim moga-moga Allah cucurkan rahmat keatasnya. Tetapi Nabi kita telah melarang dan menahan supaya jangan disebutkan satu persatu nama ninda-nindanya yang daripada Adnan hingga kepada Nabi Ibrahim moyangnya. Tetapi tidak syak lagi di sisi ahli-ahli yang mahir berkenaan keturunan Nabi kita itu atau nasabnya, bahwa Adnan itu ialah keturunan dari Nabi Ismail moga-moga Allah kurniakan kesejahteraan kepadanya.
Dan Nabi Ismail itu pula ialah seorang putera Nabi Ibrahim yang terkenal kelebihannya. Maka sungguh cemerlang keturunan itu seolah-olah bagaikan seutas rantai yang ditatah oleh permata-permata yang gemerlapan seperti bintang-bintang indahnya. Betapa tidak karena bukankah Penghulu kita saw. itu menjadi permata yang terpilih yang berada ditengah-tengahnya, dan walaupun dia asalnya seorang yatim tetapi Allah Ta’ala telah memeliharanya.
Alangkah mulia keturunan yang tersebut itu yang kesemuanya telah dipelihara oleh Allah dari kejahatan zina di masa jahiliah dahulunya.
Adapun keterangan ini ada diriwayatkan oleh Syeikh Zainuddin seorang Iraq bangsanya, didalam sebuah karangan yang lezat ceteranya.
Maka untuk memuliakan Nabi kita s.a.w. dan memeliharanya itulah sebabnya Allah Ta’ala telah memelihara seluruh nenek moyangnya, dari melakukan maksiat zina yang sangat keji adanya. Maka oleh karena itu tidaklah kekejian zina itu mengenai nasabnya. Kesemua datuk nenek Nabi saw. dari Nabi Adam hingga kepada ayahandanya Abdullah dan bundanya Aminah tidak pernah melakukan zina sekaliannya.

Maka cahaya kenabian Nabi kita itu telah berpindah-pindah pada tiap-tiap dahi nenek moyangnya itu dengan nyatanya. Dan semakin ternyata cahaya itu seumpama bulan purnama pada dahi Abdul Muttalib datuknya dan pada dahi Abdullah bapaknya
YA ALLAH, HARUMKANLAH KUBURNYA YANG MULIA
DENGAN BAU-BAUAN YANG SEMERBAK DARI RAHMAT DAN SEJAHTERA
Dan apakala Allah Ta’ala berkehendak menjadikan Nur yang tersebut itu sebagai RasuINya, yang dinamakan Muhammad dengan mempunyai roh dan jasad serta sifat-sifatnya, maka Allah Ta’ala pun memindahkan cahaya itu dari Saiyidina Abdullah ayahandanya, kepada rahim Sitti Aminah Az-zuhriah bundanya. Dan Allah Ta’ala yang senantiasa dekat pada mereka yang taat kepadaNya, dan yang memperkenalkan doa mereka yang berdoa dengan bersungguh-sungguh kepadaNya, telah menentukan bahwa Sitti Aminah itulah yang menjadi ibu bagi Nabi PilihanNya, serta sekalian Malaikat telah berseru-sera mernberitahu kepada segala petala langit dan bumi dengan lantangnya, berkenaan mengandungnya Sitti Aminah akan Nur Nabi Allah itu dan Pesuruh-Nya.
Dan mereka yang telah mengetahui akan kedatangan Nabi saw., itu serta menunggu-nunggunya, telah merasa sangat sukacita dan bertambah tambah rindu terhadap kezahirannya, seolah-olah perasaan mereka seperti ketika angin sepoi-sepoi bahasa bertiup pada waktu subuh dengan lembutnya, yang menjadikan mereka rindu kepada matahari yang akan terbit kemudiannya. Dan jadilah subur segala tumbuh tumbuhan di Tanah Mekah setelah beberapa lama keringnya, laksana bumi dipakai dengan pakaian yang hijau yaitu Sundus namanya. Dan pada masa itu juga buah-buahan telah mulai menjadi ranum rasanya, dan telah hampirlah masa tuan-tuan empunya pohon buah-buahan itu memetiknya.

Dan pula berkenaan mengandungnya Siti Aminah itu maka segala singgasana raja-raja kafir pada ketika itu telah runtuhlah dengan sekonyong-konyongnya, dan pula segala berhala-berhala telah tersungkur ke atas mukanya dan mulutnya, dan segala binatang-binatang jinak dan liar baik di darat atau di taut telah berasa amat sukacitanya, ialah dengan sebab segala binatang-binatang itu telah menerima berita berkenaan Junjungan kita s.a.w. itu sudah dikandung oleh Sitti Aminah yang bertuah nasibnya. Bahkan lain-lain makhluk juga pada masa itu telah merasai lezat kesukaan dengan amat gembiranya, umpama dapat minum segelas air yang sangat menyegarkan rasanya.
Dan pula segala jin-jin telah diberitahu akan kabar yang menyenangkan itu dengan jelasnya, tetapi pula sekalian tukang tukang tilik dan ahli-ahli sihir telah berasa lemah dengan gemetarnya, dan demikian juga ulama’-ulama’ Nasrani telah takut dan bimbang ialah dengan sebab telah dekat masa kedatangannya.
Dan telah sibuklah sekalian orang-orang yang mengetahui hal itu bercakap-cakap dan bertanya-tanya berkenaannya, dan mereka itu telah tercengang dan heran mendengarkan berita-berita tentang keelokan sifat-sifatnya, sebagaimana yang ada seperti di dalam Kitab kitab Suci yang dahulu seperti Taurat dan Injil dan sebagainya.
Dan ketika Sitti Aminah yang mengandung itu sedang tidur tiba tiba datanglah suatu wujud kepadanya; lalu wujud itu berkata: “Hai Aminah sesungguhnya engkau telah mengandung Penghulu sekalian manusia dan sebaik-baik makhluk adanya. Dan apabila engkau sudah melahirkan dia nanti dengan selamat, maka engkau namakanlah dia Muhammad yang berarti seorang yang terpuji ialah karena ia akan dipuji kesudahannya.”
YA ALLAH, HARUMKANLAH KUBURNYA YANG MULIA
DENGAN BAU-BAUAN YANG SEMERBAK DARI RAHMAT DAN SEJAHTERA
Dan apabila Nabi kita telah dikandung dua bulan oleh ibunya menurut pernyataan ahli-ahli sejarah yang masyhur riwayatnya, maka wafatlah di negeri Madinah, Sayidina Abdullah, ayahandanya. Dan keadaan wafatnya di sana: ia sedang melalui kota itu lalu ia singgah di tempat ninda-ninda saudaranya, yaitu keluarga Bani ‘Adi dari suku Najjar, tiba-tiba ia mendapat sakit di sana sebulan lamanya, lalu mereka pun telah merawatnya serta mencoba mengobati penyakitnya, tetapi usaha mereka tiada berhasil seperti yang mereka harapkan, lalu wafatlah Sayidina Abdullah di sana karena sudah sampai ajalnya, lalu di sana juga mereka mengebumikannya.
Dan ketika Sitti Aminah telah sempurna mengandung Nabi saw. sembilan bulan lamanya, menurut perkataan ahli-ahli Tarikh yang kuat keterangannya, pada ketika itu juga telah mulai tiba musim akhir kemarau, tiba-tiba datanglah kepada ibu Nabi saw. pada malam menjelang kelahirannya, Sitti Asiah dan Sitti Mariam serta beberapa bidadari dari Surga, maka mulailah Sitti Aminah merasa sakit untuk bersalin kemudian ia pun melahirkan Junjungan kita di dalam keadaan dengan cahanya yang gilang-gemilang.

(BERDIRI)
Cahaya yang seperti matahari bersihnya
Menerangi malam dengan amat terangnya:
Malam yang dilahirkan Nabi kita didalamnya
Yang membawa agama yang nyata benarnya.
Maka karena itu dapatlah Sitti Aminah ibunya
kemegahan yang wanita lain tidak mendapatinya:
la membawa seorang putera untuk manusia sekalian:
Putera yang lebih mulia dari anak Mariam yang dara.
Kelahiran Nabi kita pada pandangan kafir umumnya
ialah suatu kedukaan yang terasa sangat berat.
Maka bertalu-talulah suara bersorak dengan riuhnya:
“Telah zahir Nabi pilihan; inilah kegembiraan yang sebenarnya.”
Demikianlah keadaan dilahirkan Nabi kita itu dengan ringkas, dan telah disetujui oleh ulama’-ulama’ dan ketua-ketua Islam sekalian, bahwa sangat patut kita berdiri ketika kita sampai di sini membacanya, ialah untuk menunjukkan kesukaan kita kepada kelahiran Nabi dan cinta kepada dirinya, dan juga untuk menandakan bahwa kita memuliakannya. Maka sungguh bertuahlah siapa yang suka memuliakan Nabi s.a.w. itu sebagai tujuan hidupnya.
YA ALLAH, HARUMKANLAH KUBURNYA YANG MULIA
DENGAN BAU-BAUAN YANG SEMERBAK DARI RAHMAT DAN SEJAHTERA
Maka lahirlah Nabi kita Muhammad saw. itu dari bundanya dengan meletakkan ke atas bumi dua belah tangannya, dan ia mendongakkan mukanya kelangit serta terbuka matanya, keadaan begitu adalah sebagai menandakan kemuliaannya dan ketinggiannya, serta kelebihan kelebihannya yang melebihi makhluk lain semuanya. Dan juga yang demikian itu adalah menunjukkan bahwa ia kekasih Allah yang dijadikan sangat indah perangainya dan bentuk rupanya.
Dan setelah dilahirkan Nabi s.a.w. itu maka segeralah Siti Aminah ibunya memanggil Abdul Muthallib nindanya, dan ketika itu Abdul Muthallib ada di Ka’abah sedang tawaf mengelilinginya, lalu apabila mendengar yang demikian itu besarlah kegembiraannya. la pun datang melihat Nabi dengan segera, dan kemudian ia membawa Nabi ke Ka’abah lalu masuk ke dalamnya, dan ia berdiri di situ serta berdoa kepada Allah dengan niat bersihnya, dan ia bersyukur kepada Allah karena telah dikurniakan seorang cucunda kepadanya.
Nabi kita Muhammad s.a.w. itu dilahirkan dengan sangat bersih keadaannya, serta ia telah berkhitan dan telah terpotong pusatnya dari dalam perut ibunya. Dan harum bau tubuhnya, serta berminyak rambutnya, serta tercelak kedua matanya, adalah dengan kudrat dan kehendak Tuhannya. Inilah riwayat yang masyhur walaupun ada sebagian ularna’ yang lain mengatakan bahwa Nabi kita itu telah dikhitan oleh Abdul Muttalib nindanya setelah Nabi sempurna tujuh malam umurnya. Dan nindanya itu telah mengadakan majelis jamuan karena bersesuaian dengannya, serta ia menamakan dia Muhammad dan memuliakan kedudukannya.
YA ALLAH, HARUMKANLAH KUBURNYA YANG MULIA
DENGAN BAU-BAUAN YANG SEMERBAK DARI RAHMAT DAN SEJAHTERA
Maka telah terjadilah beberapa kejadian yang mengherankan ketika dilahirkan, dan yang demikian itu ialah sebagai tanda-tanda untuk menguatkan iman kita bahwa Nabi itu dipilih oleh Allah untuk dijadikan NabiNya dan Rasul-Nya.
Satu dari perkara-perkara yang luar biasa itu sebagaimana yang tersebut tadinya, ialah ketika dilahirkan Nabi kita maka malaikat-malaikat yang menjaga langit telah ditambah bilangannya, supaya langit itu menjadi lebih kukuh pemeliharaannya, dan telah dihalau dari langit segala jin-jin yang ingkar dan syaitan-syaitan yang jahat kelakuannya, dan telah dilemparkan kepada semua syaitan-syaitan yang hendak naik ke langit itu api yang membakar, dan telah turun kepada Nabi kita beberapa bintang-bintang yang terang cahayanya, dan dengan sebab ini teranglah pada malam itu Kota Mekah baik tanah ratanya atau bukit-bukitnya.
Dan juga telah keluar bersama-sama Nabi saw. suatu cahaya yang amat terang keadaannya, yang menerangi seluruh tempat dilahirkan Junjungan kita saw., sama seperti cahaya lampu-lampu yang menerangi mahligai raja Romawi di Syam negerinya. Maka dilihat cahaya itu oleh mereka-mereka yang tinggal di Tanah Mekah.

Dan juga telah roboh istana raja Parsi di dalam negeri Iraq di Kota Madain tempatnya. Maka istana yang roboh itu telah dibangun oleh raja Parsi yang bernama Anusyarwan dengan megah, maka runtuh empat belas menara yang tinggi dari menara-menaranya, dan telah berguncang kerajaan Parsi itu dengan sebab terperanjat pada kejadian-kejadian yang dengan tiba-tiba menimpanya. Dan beberapa api yang disembah oleh orang-orang kafir Parsi tiba-tiba padam pada malam itu, padahal api itu dijaga oleh mereka dan tidak pernah padam dari semenjak seribu tahun sebelumnya. Maka padamnya api itu ialah dengan sebab terbitnya cahaya wajah Nabi s.a.w yang bersinar seperti terangnya bulan empat belas.
Dan juga pada ketika itu keringlah air telaga yang bernama Sa’awah yang terletak di antara negeri Hamdan dan Qom di dalam negeri Parsi. Maka telaga itu jadi kering karena telah kering semua mata-airnya, tetapi sebaliknya telah melimpah pula air pada lembah yang bernama Samawah padahal biasanya lembah itu kering kerontang dan banyak batunya, serta tidak pernah sebelum itu dapat dijumpai air di situ walaupun untuk menghilangkan dahaga siapapun yang kering kerongkongannya.
Dilahirkan Junjungan kita saw. itu di suatu tempat yang dikenali dengan nama Al ‘Iraas di dalam negeri Mekah letaknya, dan Mekah itu ialah negeri yang tidak boleh dipotong pohon pohonnya dan tidak boleh dicabut rumput-rumputnya.
Maka telah sedikit berselisih pendapat ulama’ Sejarah berkenaan dilahirkannya Junjungan kita saw. itu tentang tahunnya, dan juga tentang bulannya dan harinya. Tetapi pendapat yang kuat diantara pendapat-pendapat tadinya, ialah Junjungan kita saw. itu telah dilahirkan pada hari Senin 12 Rabi’ul Awwal di dalam Tahun Gajah namanya, karena pada tahun itu raja negeri Habsyah telah mencoba menyerang kota Mekah dengan menggunakan gajah-gajah yang banyak jumlahnya. Tetapi Allah Ta’ala telah menyekat dan menghalang mereka untuk sampai ke Mekah karena la memeliharanya.
YA ALLAH, HARUMKANLAH KUBURNYA YANG MULIA
DENGAN BAU-BAUAN YANG SEMERBAK DARI RAHMAT DAN SEJAHTERA
Bahwa Junjungan kita saw. itu disusui oleh ibunya selama beberapa hari masanya, dan kemudian ia disusui oleh seorang perempuan yang bernama Tsuwaibah dari kaum Aslam namanya. Tsuwaibah itu asalnya seorang budak kepunyaan Abu Lahab tetapi Abu Lahab telah memerdekakannya, ketika Tsuwaibah itu datang memberitahu akan kelahiran Junjungan kita itu kepadanya. Maka Abu Lahab memerdekakan Tsuwaibah karena berita itu sangat menggembirakan hatinya.
Maka Tsuwaibah juga menyusui bersama Rasulullah anak lelakinya sendiri Masruh namanya, dan juga seorang anak lelaki orang lain yaitu Abi Salamah gelarannya, serta Tsuwaibah itu sangat memuliakan Nabi dan menghormatinya. Dan sebelum itu Tsuwaibah juga telah menyusui Sayidina Hamzah seorang paman Nabi saw. yang dipuji karena jasanya karena ia banyak menolong dan mempertahankan Agama Islam serta membelanya.
Dan kemudian nanti pada ketika Nabi saw. telah menjadi Rasul dan telah hijrah ke Madinah, Nabi mengirim kepada Tsuwaibah itu dari Madinah hadiah uang dan pakaian yang layak baginya. Maka selalu hadiah itu datang dari Nabi saw. kepada Tsuwaibah hingga Tsuwaibah menemui ajalnya.
Ada sebagian orang mengatakan bahwa Tsuwaibah berpegang terus pada agama kaumnya, yaitu agama jahiliah hingga matinya, tetapi ada pula orang yang mengatakan bahwa ia telah memeluk Islam sebelum akhir hayatnya, dan perselisihan ini disebutkan dan diceritakan oleh lbnu Mandah yang terkenal namanya.
Bahwa setelah Nabi saw. disusui oleh Tsuwaibah yang telah disebut tadi, maka ia telah disusui pula oleh seorang perempuan muda yang digelari Halimah As sa’diah, dan Halimah sebelum Nabi saw. disusui olehnya, ia telah mencoba mencari upah dengan susah payah, untuk hendak menyusui siapa saja anak-anak orang Mekah, tetapi telah ditolak oleh mereka dengan sebab kemiskinannya. Tetapi ketika ia menyusui Rasulullah saw. maka ia menjadi lega dan berkat kehidupannya, pada hari itu juga sebelum terbit matahari, setelah ia menderita kepicikan dan kesusahan yang sulit ditanggung olehnya.
Maka Allah Ta’ala telah mengurniakan kepada Halimah itu air susu yang banyak lagi putih dan bersih keadaannya. Maka menyusulah Nabi saw. akan susu yang di sebelah kanannya, manakala seorang anak lain menyusu pula akan susu yang di sebelah kirinya, lalu jadilah Halimah itu mewah dan senang kehidupannya, padahal sebagaimana telah disebutkan tadi, keadaan Halimah sebelum itu papa serta kurus dan lemah badannya. Bahkan menjadi gemuk seekor unta dan beberapa ekor kambing yang dipelihara olehnya, dan hilanglah dari sisi Halimah itu segala bala’ dan kecelakaan dan sebagainya, bahkan sebaliknya kehidupan Halimah itu telah diliputi oleh keadaan yang bertuah selanjutnya, yaitu murah rezeki serta senang dan aman dengan sepenuhnya.

_ Selanjutnya boleh lihat kitab terjemahan DARI KITAB SAYYID JAAFAR ALBAZANJI

Saturday, October 1, 2022

Nyawa memerlukan keselamatan dan kesihatannya FB Cahaya Sham

 Nyawa memerlukan keselamatan dan kesihatannya dalam kehidupan di alam ini, sebelum ia pulang ke hadrat illahi dalam keadaan redha meredhai. Justeru itu sesiapa yg terpaksa, sengaja atau tidak, telah memasuki kebadan sesuatu yg memudharatkan nyawa marilah mendapatkan PENAWARnya.

Mudah saja daftar dan hadir pada hari yang ditentukan di tempat paling dekat dengan tempat tinggal anda. Proses rawatan hanya 10 minit
Kemudian ianya PERCUMA tidak perlu susah payah menghabiskan duit yang belum tentu ada jaminan sihat kembali. Dengan rawatan YMTG ramai yg kembali sihat. Ribuan sudah dirawat di merata Malaysia, sila lihat testimoni. INSYAALLAH... krn segalanya diatas KEHENDAKNYA Yg Maha Kuat lagi Maha Perkasa.


Sunday, September 18, 2022

Koordinator yg membantu Rawatan Jarak Jauh Oleh YMTG

 Pandang kehadapan sehingga kepenghujung perjalanan. Pandang ke belakang jgn sekali ttp hanya sekadar perlu, agar berhati-hati.

Yg lepas jgn dikenang, kalau tersilap taubat dan kembali kpdNya dan segera mendapatkan penawar. Hubungi koordinator yg sesuai dgn tempat anda. SEGERA daftar!

Thursday, September 15, 2022

ARAHAN BARU UNTUK RAWATAN

Kami tidak merawat mereka yang berfahaman atau mengikuti fahaman TABLIGH dan WAHHABI.

Rawatan ini hanya kepada golongan berfahaman Ahli SunnahwalJamaah.
Ini syarat dari Allah SWT. Ini kerana yang menghilangkan semua kesan vaksin & penyakit berkaitan hanya Allah SWT bukan kami.
Majlis rawatan akan jadi cacat/rosak sekiranya ada golongan ini turut mengikuti sesi rawatan.
Cacat atau rosak membawa maksud kalau ada seorang pun dari golongan ini yang hadir di sesi rawatan, lain-lain pesakit yang hadir belum pasti akan kembali sembuh.
Ibarat nila setitik rosak susu sebelanga!

KECUALI mereka Tabligh atau Wahhabi ini bertaubat dan kembali ke aliran Ahli SunnahwalJamaah.
Maka periksa lah kiri & kanan kita dan juga diri kita sendiri . Periksa hati masing-masing juga.
Pendaftaran masih dibuka untuk mereka yang perlu rawatan segera ya











Tuesday, August 23, 2022

CareVax : AEFI Healing Mission _TELEGRAM https://t.me/+lDVHY7Q4Ac05YWFl

CareVax : AEFI Healing Mission

Calling all individuals, groups, societies around the globe who are searching for a cure to the deadly adverse reactions.
This cure or treatment is distance healing through prayers and will be performed by our Honourable Sheikh. Thousands in Malaysia, Singapore and Indonesia have received treatments and some of their testimonials can be found in our Channel here. Please spread this wonderful news to every nook and cranny of the world so that all will become healthy once again and live a wonderful life in this world and hereafter.
Please reach out to any of the group’s Admins in the chat or directly contact them at the following numbers (WhatsApp Only):
+60 192401425
+60 192881425
+60 123175493
+60 108379022

Thursday, August 18, 2022

Ada berita baik dan mengembirakan untuk semua - rawatan jarak jauh sessi kedua bermula diurus Peserta sendiri.

     Ada berita baik dan mengembirakan untuk semua.

Memandangkan masih banyak pemintaan untuk mendapatkan rawatan kesan AEFI vaksin ini, YM Tuan Guru bersetuju untuk meneruskan perubatan jarak jauh secara PERCUMA. Namun kali ini, kami memberi saranan kepada peserta-peserta untuk mengaturkan program sendiri di tempat masing-masing atau dimana jua tempat yang sesuai mengikut syarat-syarat berikut:-

1. Minima 100 peserta;
2. melantik diri sendiri atau peserta lain sebagai koordinator;
3. Semua urusan pendaftaran & lokasi akan diuruskan oleh para peserta sendiri;
4. Rawatan dibuat apabila peserta sudah mencukupi 100 orang atau lebih dan terus hubungi salah seorang admin/urusetia kami untuk temujanji;
5. Sila cadangkan lokasi, tarikh & masa yang boleh diikuti oleh semua peserta;
6. Peserta-peserta boleh iklan dan war-warkan kepada orang ramai melalui saluran sosial media atau apa jua sudut masing-masing untuk menjemput orang ramai menyertai program anjuran sendiri (boleh gunakan video testimoni program yang lalu) ;
7. Peserta-peserta bolehlah berkongsi kisah rawatan samada melalui tulisan atau video dengan mereka yang memerlukan agar lebih ramai lagi yang akan kembali sihat dan tiada lagi kesengsaraan dan penderitaan kesan vaksin AEFI ini;
8. Urusetia kami sentiasa bersedia untuk membantu pihak koordinator/peserta dari belakang untuk menjadikan program ini berjalan dengan baik, teratur dan berkesan.
Ke pautan link telegram bagi peserta-peserta yang ingin sertai program anjuran koordinator dari kalangan peserta-peserta sendiri


Sunday, August 14, 2022

ERA MENGIKUT KENABIAN, ERA PERLUKAN BUKTI KEBENARAN _ Dr Hadi Hasan

Sudah berkurun lamanya Agama ALLAH tidak lagi mempelopori sebagai agama dunia. Pada zaman Nabi SAW, Baginda SAW telah menyempurnakan Agama ini, namun tetap ianya belum menjadi agama dunia. Persoalannya bilakah masa itu akan tiba? Atau adakah perkara itu mungkin tidak berlaku? Tidak, ia pasti akan berlaku kerana ini janji ALLAH TAALA di dalam AlQuran. Allah SWT menjanjikan bahawa AgamaNYA tetap DIA naikkan dan akan mengungguli agama lain iaitu menjadikannya agama dunia... ONE WORLD RELIGION. Namun adakah situasi sekarang ini kelihatan kemungkinan Islam sedang menuju era menjadi OWR itu? Seakan-akan sangat MUSTAHIL.

Samada kita sedar atau tidak, Musuh Islam terutama SATU MATA yang dipelopori oleh Zionis, nampaknya telah menggunakan senjata berteknologi tinggi untuk menyekat kenaikkan AgamaNYA. Senjata yang berselindung disebalik manfaat umum telah memasuki sel-sel tubuh manusia dan ALLAH TAALA sahaja yang tahu apa dilakukannya. Kerosakan daripadanya makin tampak kelihatan saban hari bila mana semakin ramai merasai dan menderita mudaratnya walaupun tidak kurang juga yang menafikan itu bukan daripadanya. SENJATA ini memang diperakui dan telah diberi amaran oleh ahlinya awal-awal lagi iaitu apabila ia mula berreaksi dalam sel, tiada siapa akan dapat menghentikan, mengeluarkan apatah lagi memusnahkannya. Adakah Manusia sejagat terutama umat Islam sekarang dalam tempoh menunggu kesannya? ALLAH SWT sahaja yang tahu. Namun yang pasti makin ramai yang menderit dan dikhuatiri telah ramai mati selepas ia memasuki tubuh manusia. Selain itu perkara yang paling membimbangkan ia juga seolah-olah digunakan bagi tujuan menghilangkan pengenalan dan keinginan kepada ALLAH SWT. Sebab itu sekarang ini ramai juga mengadu menghadapi masalah ingatan dan tidak kurang ada yang sudah menghina ALLAH SWT serta ada juga hingga mengaku dia Tuhan.

Dari sudut lain pula, adakah kelengkapan senjata dan teknologi atau ekonomi ataupun ilmu pengetahuan yang dapat melahirkan bijak pandai Islam yang kemungkinan dapat menaikkan Agama ALLAH SWT? Ketika ini tidak kelihatan bahawa ketiga-tiga bidang ini berpotensi menjadi jambatan menaikkan AgamaNYA. MANA mungkin kita dapat mengalahkan musuh Islam sedangkan semua bidang itu kita perolehi dari mereka dan corak pemikiran kita pun hasil dari acuan mereka.
Di beberapa negara bukan Islam, sudah kelihatan berlaku sekatan, penghapus dan penyelewengan ideologi Islam. Lihatlah apa berlaku di Xinjiang, China dan di negara yang penduduknya berlidah arab terutama Arab Saudi yang menjadi khadam tanah haram.

Jadi bagaimana keadaan sebegini akan memungkinkan Agama ALLAH SWT naik mengungguli agama lain dan menjadi OWR. Paling malang apabila umat Islam sendiri leka, tiada semangat untuk menaikkan AgamaNya dan seolah-olah sudah hilang keyakinan kepada Kemampuan dan Kebijaksanaan ALLAH SWT.

MAKA apakah kaedah atau " senjata" yang boleh digunapakai untuk menaikkan AgamaNYA? ADAKAH kekuatan dan kecanggihan teknologi, kekuatan ekonomi atau pintaran orang Islam boleh menaikkan Islam?

Atau ADAKAH mana-mana alim ulama unggul, terutama yang memegang puluhan kelulusan dapat menaikkannya? Siapakah mampu mengatasi dan menyelesaikan semua masalah yang menimpa umat manusia terutama umat Islam?

Kalau kita sudah sampai di penghujung usaha ikthiar dan nampak sudah tiada jalan untuk menaikkan AgamaNYA, maka pastilah ALLAH SWT Sendiri yang akan bertindak? Namun tidaklah pula ALLAH SWT menaikkan Islam dengan SendiriNYA mestilah ALLAH TAALA akan memilih dan memunculkan seorang hambaNYA yang benar dan sungguh-sungguh ingin menaikkan Islam. Orang itu akan ALLAH TAALA bekalkan dengan keramah daripadaNYA. Sebagaimana keadaan yang berlaku kepada para Nabi dan Rasul yang membawa dan menaikkan AgamaNYA iaitu selain hujah yang bernas, mereka juga telah dibekalkan dengan MUKJIZAT.

Dahulu kala hujah sudah tidak mencukupi untuk menerima dan meyakini mana yang benar kepada umat manusia, maka ketika itulah perkara ajaib berupa MUKJIZAT, ALLAH TAALA anugerahkan kepada RasulNYA sebagai bukti kebenaran utusanNYA itu. MAKA pada kurun ini dikala pelbagai golongan dalam Islam sudah jauh berselisih pendapat ditambah lagi senjata membunuh sudah berada dalam sel-sel tubuh manusia, pastinya ALLAH TAALA akan memberikan KERAMAH kepada seorang hambaNYA agar manusia nampak ALLAH SWT melalui hambaNYA itu. Manusia pasti akan menyedari apa yang dilakukan oleh hambaNYA itu mustahil atas kemampuannya sendiri tetapi adalah tidak lain melainkan atas KEKUASAAN dan KEBIJAKSANAAN ALLAH SWT semata - mata. MAKA melalui hambaNYA itulah mereka akan kembali kepada ALLAH TAALA dan menyedari jalan yang sebenarnya adalah jalan yang disarankan oleh hambaNYA itu. Ini sebagaimana keadaannya ketika zaman para nabi dan rasul terdahulu. Mungkin inilah sebabnya Baginda SAW katakan zaman itu adalah era MINHAJIN NUBUWWAH.

Apa pun kita nantikan orang pilihan itu dan pastinya melalui dia manusia akan nampak SIAPA ALLAH TAALA dan kebenaran AgamaNYA iaitu ISLAM. Semoga bila masa itu tiba ALLAH TAALA tidak butakan HATI kita dari melihat bukti kebenaran dariNYA....

Amin Ya Rabbal Alamin.







Thursday, August 11, 2022

Video Peserta kembali pulih dari terkesan AEFI Vaksin C19

 Alhamdulillah.

Video ini adalah hasil kerja & buah fikiran salah seorang daripada peserta rawatan jarak jauh oleh YM Guru kami iaitu YM Tuan Guru Hj Abdul Rahim Al-Hassaniyyah. Peserta ini sangat sangat gembira dan tidak putus-putus memanjatkan syukur kepada Allah Taala kerana beliau telah pulih dengan Qudrat dan Iradat Allah Taala.

Kami kongsikan video oleh beliau untuk semua agar anda sendiri dapat menyaksikan kekuasaan & keperkasaan Allah Taala, yang Maha Berkuasa, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Maha Menerima Taubat dan Maha Penyembuh.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Youtube video credit to : Keiyz Grandewa

Peserta rawatan jarak jauh Pulih kembali

"DIHARUSKAN Kaedah Rawatan Jarak Jauh” - JabatanMufti Negeri Sembilan

https://muftins.gov.my/2019/06/24/rawatan-jarak-jauh/?fbclid=IwAR0gnmjPfT7EDzunp6MXdz5PAQBVFYcuNS0xFE4LYmlHeZU4q3DCH-nJhxU.

Kaedah rawatan jarak jauh adalah antara kepelbagaian kaedah rawatan yang dipraktikkan di pusat-pusat rawatan Islam di Malaysia.

Hal ini berdasarkan hadith Nabi SAW yang menyarankan agar seseorang itu mendoakan sahabatnya tanpa diketahui oleh sahabatnya itu.

Ia juga termasuk dalam konteks doa yang mendapat perkenan Allah SWT kemakbulannya.

وعن أبي الدرداء رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أنه سمع رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم يقول:
ما من عبد مسلم يدعو لأخيه بظهر الغيب إلا قال الملَك: ولك بمثل

Maksudnya: “Tidak ada seorang hamba Muslim yang mendoakan kebaikan untuk saudaranya di belakangnya (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan terdapatnya Malaikat yang akan berkata: Bagi engkau segala kebaikan yang engkau doakan untuknya.”
عن عبد الله بن عمرو عن النبي صلى الله عليه وسلم قال ما دعوة أسرع إجابة من دعوة غائب لغائب
Maksudnya:
“Tiadalah doa yang segera dimakbulkan (oleh Allah) daripada doa seorang Muslim kepada seorang Muslim yang lain yang tidak bersama dirinya.”

Berkaitan dengan penggunaan kaedah rawatan jarak jauh dalam rawatan penyakit, dapat dibahagikan kepada dua pandangan yang utama dari sudut keharusan dan pengharaman penggunaan kaedah ini.

Pertama: DIHARUSKAN untuk menggunakan kaedah jarak jauh jika terdapat keuzuran dan kepayahan dari sudut keengganan pesakit untuk datang mendapatkan rawatan akibat daripada masalah dan penyakit yang dihadapi seperti masalah gangguan, terkena sihir sehingga menyukarkan pergerakan atau boleh mendatangkan kecederaan jika bersama dengan orang ramai dan lain-lain lagi.

Selain itu, DIHARUSKAN juga menggunakan kaedah ini dalam situasi ia dilakukan dalam keadaan langsung di mana perawat dan pesakit saling berhubung dan saling mendengar antara satu sama lain melalui penggunaan alat telekomunikasi seperti telefon.

Ini bermakna semasa rawatan sedang dilakukan wujud perhubungan langsung antara pesakit dan perawat serta ia dilakukan dalam keadaan kedua-dua pihak sedar.

Dalam situasi yang lain pula, juga termasuk dalam rawatan jarak jauh adalah melalui amalan solat hajat dan mendoakan kesembuhan bagi pesakit.

Melalui amalan ini, ia adalah DIHARUSKAN, bahkan Nabi SAW sangat menggalakkan seseorang Muslim itu mendoakan kesejahteraan bagi Muslim yang lain dan adalah lebih berkesan jika doa yang dipanjatkan tersebut tidak diketahui oleh sahabat yang didoakan tersebut melainkan Allah SWT sahaja.

Istimewanya bagi kami adalah doa dari Wali Allah dari kalangan Guru Mursyid lebih-lebih lagi diharapkan makbulnya disisi Allah SWT.

Sumber pendapat Mufti berkaitan Rawatan Jarak Jauh disini :
MUFTINS.GOV.MY
Rawatan jarak jauh - Jabatan Mufti Negeri Sembilan

0 comments