Tuesday, February 13, 2024

Islam Dipersimpangan jalan!

𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍

Segala puji bagi Allah SWT yang mengutus Nabi SAW sebagai rahmat bagi sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi SAW, petunjuk sepanjang zaman. Begitu juga ke atas ahlul bait dan para sahabat Nabi SAW.
 
Baharu ini, angin yang kencang telah bertiup daripada arah barat, dari Mahkamah Persekutuan Malaysia mengejutkan seluruh umat Islam. Ada yang menganggapnya sebagai petanda yang baik dan ada yang menganggapnya sebagai petanda buruk. Apapun anggapan umat Islam, yang penting adakah pelayaran kita ke arah barat iaitu arah kiblat terhalang, terhenti atau terhanyut ke arah timur mengikut tiupan angin itu.
 
Mengimbau semula peristiwa pada bulan Oktober 1992, di Sekolah Agama Tinggi Hishamuddin, Kampung Jawa, Objek yang ke-15 di langit menunjukkan bahawa ramai umat Islam sujud membelakangi Kiblat. Adakah petanda di langit tersebut mempunyai kaitan dengan tiupan angin dari arah barat ini. Mudah-mudahan ianya tiada kaitan. Kita berlindung dengan Allah SWT daripadanya.
 
Dari mana arah tiupan angin sekalipun, pelayaran Thoifah Al-Hassaniyyah tetap menuju ke arah kiblat dan tiada yang dapat menghalangnya. Walau tiada seorang pun umat Islam menyertai pelayaran Thoifah Al-Hassaniyyah, tetap ia akan terus belayar sehingga sampai ke arah yang dituju.
 
Pada bulan Mac 2017, Thoifah Al-Hassaniyyah telah menghantar risalah kebenaran kepada mantan Yang Amat Behormat Perdana Menteri Ketika itu, iaitu Mohammad Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, para Jemaah Menteri beragama Islam, para Sultan dan Alim Ulama, dan pihak keselamatan dengan jelas telah menyarankan mereka untuk sama-sama membawa berlayar negara yang tercinta ini menuju ke arah barat iaitu arah kiblat, namun demikian sehingga kini tiada sebarang tindak balas daripada semua pihak yang telah menerima risalah kebenaran ini.
 
Apa pun, Thoifah Al-Hassaniyyah tetap akan menjayakan cita-cita yang murni ini.