Hendaklah diketahui bahawa rawatan AEFI oleh Thoifatul Hassaniyyah adalah merupakan kurniaan Tuhan Yang Maha ESA, ALLAH SWT semata-mata. DIA yg "merawat"nya bukan kami. Kami hanya mengangkat tangan memohon kehadratNya.
Oleh kerana Allah Taala yg membuang mudharat dan punca mudharat AEFI ini, maka syarat rawatan adalah datang daripadaNya Sendiri. Syarat2 itu seperti yg termaktub di dalam surah Az Zumar ayat 54.
وَاَنِيْبُوْٓا اِلٰى رَبِّكُمْ وَاَسْلِمُوْا لَهٗ مِنْ قَبْلِ اَنْ يَّأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُوْنَ
54. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong.
Maka bagi memastikan agar ALLAH SWT benar2 menyelesaikan mudharat dan punca mudharat di dlm badan, para peserta hendaklah memenuhi 2 syarat utama ini iaitu :
1. Kembali kepada ALLAH TAALA dengan bertaubat kpdNya. Hendaklah benar2 melakukan solat sunat taubat terutama khusus kerana telah mengambil Baksin yg dijangkakan oleh sebahagian ahlinya ia boleh memudaratkan.
2. Berserah diri kepada ALLAH SWT iaitu dengan cara menyerahkan diri dan berpegang teguh kepada aliran AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.
Bagi mereka yg mengaku mereka juga berada di jalan yg benar dan aliran yg benar serta mengaku mempunyai kemampuan seperti apa kami lakukan, kami persilakan. Tidak perlulah kita berdebat, bertengkar atau bergaduh. Kalian kira kalian pun mampu, maka silakan. Tempat memohon dan bermunajat hanya kepada ALLAH SWT Yang Maha Esa jua. Hanya DIA yang mengizinkan siapa hamba pilihanNya.
Perlu kita ketahui Syarat2 ini semata-mata agar kita semua umat manusia kembali kepada ALLAH SWT dengan kembali ke pangkal jalan, jalan yang benar, jalan yang diredhai oleh ALLAH SWT. Ini bertujuan agar kita selamat bukan sahaja di dunia ini terutama dari mudharat Baskin, malah agar kita semua selamat di akhirat nanti.