Tuesday, March 29, 2022

Gelapnya hati orang yg suka melihat keaiban orang lain Oleh Hj Nadir Yusoff

100 tahun dunia tanpa Khalifah.
Gelapnya hati orang yg suka melihat keaiban orang lain...
Rabiatul Adawiyah berdoa "Ya Allah aku berpuasa kerana Kau beriku kekuatan untuk beribadah".
Apabila cahaya tidak ada dalam hati maka timbullah kesombongan.
Mulalah kita mencari kesalahan dan keaiban orang lain. Itu tandanya hati kita dalam kegelapan.
Orang yang suka melihat keaiban orang lain bermaksud hatinya kotor. Orang yang suka menulis keburukkan tentang orang lain dia tidak mahu bersendirian, dia mahu orang lain mengikutinya disebaliknya hatinya kebusukkan sehingga melihat yang salah itu menjadi benar.
Orang yang dikurnia cahaya Tuhan suka melihat kebaikkan, jika dia melihat satu kesalahan orang dia akan mencari kebaikkan orang tersebut. Apabila dia menutupi kelemahan orang, Allah akan menutupi kelemahannya.
Apabila kita bersolat kita merasa Allah yang mendirikan kita, Allah yang menggerakkan kita, ini bermakna kita berada dalam kedekatan padaNya tetapi kalau kita merasa kita yang menggerakkan, semakin banyak ibadat maka semakin jauh diri kita dengan Tuhan.
Apalagi jika melakukan sesuatu untuk dipuji, kita dalam kegelapan nafsu. Melakukan bukan kerana Allah. Kehidupan tidak memberi keuntungan kita akan menangis dan bersedih di akhirat. Hidupnya bukan untuk Allah tetapi untuk dirinya sendiri.
Carilah guru Mursyid yang boleh melihat kesedaranmu. Lihat kebaikkan orang lain, bersifat pemaaf pada orang lain, meminta maaf walaupun kita tidak membuat kesalahan tersebut.
Begitulah kita meletakkan diri kita dibawah tidak mahu diangkat. Semakin kita tinggikan diri kita, semakin Allah jauh dari kita. Semakin kita merendahkan diri kita, semakin dekat Allah dengan kita. Dia merasa amat takut apabila Allah berpaling darinya itulah ketakwaannya pada Allah dan tidak memandang rendah pada sesiapa. Dalam kehidupan ini kita belajar melihat kebaikkan orang lain dan belajar melakukan sesuatu yang baik.
Ulama' feqah menyatakan barangsiapa yang ingin membaca Al- Quran hendaklah berwudhuk (bersuci), Ulama' sufi mentafsirkan Al-Quran hanya dapat memasuki orang yang suci hatinya. Sebab itu ulama sufi berkata bersihkan hatimu hilangkan keegoanmu. Barangsiapa yang tidak sanggup menyakiti nafsunya, dia tidak boleh sampai kepada Allah dengan membawa nafsu Ammarahnya.
Bonda Maryam mengalami kesakitan yang membawanya kehadrat Allah. Kemuliaan membunuh iblis kerana merasakan dirinya mulia.
Jika kita lihat orang buta berjalan meraba-raba, tanggungjawab kita memimpin dia agar tidak jatuh. Begitulah kita diberi kesedaran jiwa kepada Allah, kita lihat saudara kita, orang kafir yang pernah bersama kita di alam lahut dulu tugas kita membukakan kunci untuk dia agar tidak terperangkap dalam dunia, dia akan menyesal kerana dunia ini menipunya.
Telah datang padanya (orang kafir) Rasulullah SAW dan Al-Quran iaitu kitab langit yang paling sohih. Kitab AlQuran bicara Tuhan yang paling asli, pesanan Tuhan pada manusia yang membicarakan aspek diri, aspek akhirat semua akan berlaku tidak ada keraguan. Kita akan alami kebangkitan samada ke syurga atau neraka, ini fakta yang tidak diragui. Kalam Allah, kalam yang hak.
Bila kita melihat orang kafir, kita mesti rasa kasih sayang untuk menyedarkan mereka kerana mereka dalam kemaksiatan jika dia dalam kesedaran, tentu dia tidak melakukanya, dia menzalimi dirinya mengunci dirinya dengan Allah. Allah tidak pernah menzalimi hambanya kita mesti sayangi mereka, buka kegelapan agar dia dikasihi Tuhan.
Segala nafsu orang yang melakukan kejahatan tidak ada erti kerana dia melakukan nafsu haiwani, tapi dirinya yang asal menderita. Maka jadi kewajipan kita menyedarkan mereka.
Misi Kebangkitan Islam kurun ke 15.



Sunday, March 20, 2022

Tauhid Setinggi-Tinggi Ibadah Oleh Hj Nadir Yusoff

100 Tahun Dunia Tanpa Khalifah.
TAUHID SETINGGI-TINGGI IBADAH
Jumhur Ulama Al-Asya'irah dan Al-Maturidiah mentafsirkan Iman itu dengan Tasdiq.
Iman dibahagi pada 5 perkara:
1. Iman Taklid
Iman yang terbit daripada meyakini perkataan Guru
2. Iman Ilmu
Iman yang berdasarkan dalil-dalil
3. Iman A'yan
Iman yang diperolehi berdasarkan hati selalu Muraqabah pada Allah
4. Iman Haq
Iman yang diperolehi dari sebab Musyahadah (menyaksikan) Allah dengan mata hati
5. Iman Hakikat
Iman yang diperolehi daripada keadaan Fana' yang lain daripada Allah dan tiada bersaksi kecuali kepadaNya
Tauhid ada 3 perkara:
1. Tauhid pada Akal (Iman)
2. Tauhid pada Perbuatan (Islam)
3. Tauhid pada Matahati (Ihsan)
Ketiga-tiga ini adalah usul agama. Jika tiada salah satu, maka tiada sempurna agama.
Ia ibarat pokok kayu yang menghasilkan buah apabila memiliki akar, batang, daun dan dahan. Akar adalah keimanan, batang adalah islam, dahan adalah ihsan, manakala daun, buah adalah Dakwah Rahmatulil 'alamin.
Hasilnya ialah lahirnya manusia yang mentauhidkan Allah dalam segala aspek kehidupan manusia iaitu Ibadah, Keluarga, Akhlak, Pendidikan, Ekonomi, Politik, Sosial, Perundangan dan lainnya.
Misi Kebangkitan Islam kurun ke 15.





Tuesday, March 15, 2022

Sultan Malik Shah oleh Hajjah Noor Sham Abdullah

Sultan Malik Shah, seorang pemerintah dinasti Seljuk telah keluar dari istana kerana menghadapi delema dalam membuat keputusan penting dalam Negaranya, dengan berpakaian orang kebanyakan ia mendatangi dan bertemu dgn Gurunya seorang Wali Allah.
Jawap Wali Allah ini:
"Dalam menghadapi kemelut permasalahan, keputusan sesuatu itu ada terletak diantara hati dan pemikiran. Namun sewajarnya hati dan pemikiran menjadi satu seiringan. Keputusan kamu bukan atas sebab² keinginan peribadi namun hendaklah demi kerana Allah semata².
Dengan sedemikian, Allah SWT akan memberi petunjuk kepada keputusan yang tepat, maka Dia akan menolong dan memberi kamu kekuatan. Bahkan membantu kamu mendapat keredhoanNya".
Pengajaran: walau macam mana tinggi kedudukan kamu samada dari segi status pemerintahan atau kealiman ilmu pengetahuan hendaklah kamu merendah diri dan berpaling kepada seorang Guru Mursyid kerana dia mengenal Tuhan dan bisa membimbing kamu serta negara kamu dan perjalanan agama kamu untuk mencapai kemenangan iaitu mendapat keredhoan Allah dan rahmatNya.




Wednesday, March 9, 2022

Islam Akan Menguasai Dunia Oleh Dr Hadi Hasan

Bagi sy, memang sejak mula dtg ke tanah smjg sy telah mula didedahkan dan diperingatkan akan adanya kesedaran blok eropah dan barat berkenaan kebangkitan Islam. Para senior dgn penuh semangat menerangkan adanya pelbagai strategi & usaha blok2 ini utk mengelak dan menghalang berlakunya kebangkitan Islam. Target mereka utk menjauhkan umat Islam drpd Islam sebenar samada dlm peribadatan, peramalan, perbuatan, pertuturan, peradaban, budaya dsb. Dlm erti kata lain menjauhkan dr segala sudut yg boleh membawa pd penghayatan & kefahaman Islam sebenarannya . Kalau tidak pun sekurang2nya menjadi Islam sederhana atau liberal.
Mereka sedar bahawa kebangkitan ini tidak dpt ditolak, dinafikan atau ditiadakan kerana ianya dr ALLAH SWT dan Nabi MUHAMMAD SAW yg pastinya akan berlaku. Namun sekurang2nya dpt dihalang dan dilambat2kan agar makin ramai generasi baru Islam masuk perangkap mereka. Idea seumpama ini pasti dr idea iblis iaitu melambat2kan kebangkitan kebenaran agar ramai mati dlm kesesatan iaitu mati tidak mendapat atau jauh dr petunjuk illahi dan kelak hidup bersamanya dlm neraka.
Beberapa tahun lepas sy telah bertemu dan bersembang dgn salah seorang diantara pelajar genius kita. Mereka ditaja dan dihantar belajar keluar negara semata2 utk dijadikan generasi Islam yg liberal. Namun Alhamdulillah dgn lindungan Allah SWT dia sempat insaf sebelum Allah Taala tutup rapat pintu hatinya dan ia kembali berTuhan dan beriman kpd ALLAH SWT. Kalau tidak.... Dahulu katanya kalau ada kwn2 malaysia memperkatakan tentang Allah SWT, Nabi SAW atau Agama Allah (Islam), dia bersama kawan2 rasa geli hati dan nak tergelak. Ini kerana pada mereka itu semua kolot, tidak logik dan karut. Baginya tiada Tuhan dan semua ini adalah sains. Sains yg boleh dibuktikan dgn teori dan fakta ujikaji. Lihatlah betapa berjayanya musuh Islam menyasarkan generasi aset negara dgn memanipulasi 360• pemikiran mereka.
Sy nak bertanya..... Adakah kalian rasa musuh2 Islam sudah berpuas hati dgn kejayaan mereka setakat ini dan sudah boleh duduk tenang selesa. Apatah lgi dalam masa sekarang, bila semakin hari semakin ramai pula org bukan Islam di negara mereka, kembali ke Agama fitrah iaitu Islam?
Kalau masih tidak berpuas hati...Apakah agaknya strategi dan tindakan mereka sekarang? Adakah barangkali sudah tiba masanya tindakkan MENGHAPUSKAN / MEMBUNUH umat Islam dan zuriat keturunannya patut lancarkan? Ini kerana cara ini akan memungkinkan tidak akan ada lagi muncul generasi pembela Islam?
Pastinya mereka sedar saban hari makin jelas kebangkitan Islam iaitu kemunculan Fasa ke 5 yg dijanjikan Baginda MUHAMMAD SAW. Mereka pastinya sangat yakin ianya akan muncul. Ini kerana mereka sangat yakin dgn kata Nabi SAW tetapi tidak dapat hidayah. Keyakinan atas kata2 Nabi SAW telah mereka pergunakan utk merosakkan, memesongkan dan melemahkan Islam. Mereka dapati segala usaha mereka berpandukan PANDUAN dan PERINGATAN Nabi SAW keatas umat Islam BERJAYA. Sebagai contoh Baginda SAW melarang umat Islam berpecah belah kerana akan menyebabkan mereka lemah dan tiada kekuatan. Maka musuh Islam menlancarkan gerakan utk memecahkan belahkan umat Islam. Natijahnya umat Islam lemah dan tiada kekuatan seperti yg wujud sekarang ini.
Contoh lain, Baginda SAW memperingati akan bahayanya jika dijangkiti penyakit al WAHN. Maka musuh Islam akan melancarkan gerakkan agar umat Islam cinta kpd habuan dunia dan terikat kpdnya. Hasilnya umat Islam yg ramai sekarang ini tiada kekuatan, menjadi hina dan mudah dipergunakan oleh musuh Islam. Banyak lagi contoh perkataan ALLAH SWT dan RasulNya dipergunakan oleh musuh Islam yg tujuan sebenarnya agar umat Islam sendiri MENENTANG ALLAH Taala dan RasulNya. Natijahnya akan makin rosak, lemah dan makin jauh dr petunujk serta pertolongan Illahi. Dengan ini berjayalah rancangan mereka untuk menghalang dan membantutkan kebangkitan Islam.
Ingatlah pesan Allah SWT dlm FirmanNya dlm Surah Al Baqarah ayat 120 :-
" Orang-orang Yahudi dan Nasrani sekali-kali tidak akan redha kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya).” Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah.
Dalam ayat ini Allah SWT mengisyaratkan bahawa org2 Yahudi dan Nasrani sekali2 tidak redha/suka kpd kita umat Islam kecuali kita mengikuti, mentaati mereka terutama dlm keagamaan atau keimanan. Dalam kata lain kalau mereka suka dan setuju dgn apa2 tindakan atau idea kita, sebenarnya kita benar2 telah memasuki, mengikuti dan mentaati telunjuk mereka. Masuk perangkap mereka bererti samada kita telah terpesong dr jalan yg benar atau kita akan mereka rosakkan, musnahkan ataupun jadikan korban. Oleh itu sbg umat Islam yg cerdas jangan terus berpuas hati atau menerima idea atau rancangan mereka bulat2 dan membuta tuli tanpa usul periksa yg teliti. Ketahuilah iblis itu mengintai dan menyerang kita dr sudut yg tidak kita nampak dan ketahui.
Walaupun demikian ada segelintir tokoh2 barat mengakui kenapa dan bagaimana Islam akan bangkit kelak sebagai contoh 4 tokoh ini. Perkataan ke empat2 tokoh ini kalau difahami kita dpt simpulkan bahawa suatu masa akan belaku kesengsaraan menyeluruh kpd umat manusia. Kemudian kebangkitan kebenaran Islam pun terjadi dimana ia dijadikan sebagai pegangan hidup (anutan agama) mereka iaitu sebagai anutan maupun panduan hidup semata2 tanpa menjadi penganut Islam. Ini berlaku kerana mereka melihat dan merasa hanya Islam yg boleh membawa kedamaian, ketenangan dan keharmonian kpd umat manusia sejagat. Mereka saksikan bahawa ISLAM ditegakkan atas dasar ilmu yg sempurna dan hikmah bukan konspirasi, tipu muslihat, penindasan maupun pembunuhan (perang).
Inilah juga intipati kata2 YMTG lebih 30 tahun lalu yg diterangkan oleh Ymg kami bahawa zaman kebangkitan Islam kurun ini adalah zaman Nabi Musa as. Nabi Musa as menaikkan Agama ALLAH SWT dgn menumpaskan Firaun dan kerajaannya bukan dgn MATA PEDANG tetapi dgn Ilmu dan hikmah (mukjizat2) dr ALLAH SWT. Maka kebangkitan Islam kurun ke 15 H juga sedemikian. Hikmahnya adalah agar semua manusia terutama kpd yg menuduh BAGINDA SAW berjaya menyebarkan Islam dgn menggunakan MATA PEDANG. Dalam era kemuncak teknologi dewasa ini ALLAH SWT akan buktikan ISLAM tidak memerlukan senjata utk menumpaskan dan menundukkan musuh2 Islam. Cukup dgn HUJAH (ilmu) yg bernas dan HIKMAH (keramah) dr ALLAH SWT akan dapat mengalahkan dan menundukkan segala kebatilan. INSYAALLAH.
Oleh itu kebangkitan Islam zaman ini bukan melalui peperangan atau peperangan yg ketuai oleh Imam Mahdi ra seperti yg ramai drpd kita sangkakan. Kebangkitan kurun ini adalah melalui hujah yang bernas dan hikmah yg baik sempurna dr ALLAH SWT. ASASnya berpandukan sabda RASULULLAH SAW sendiri bahawa wujudnya Kebangkitan Islam yg diterajui oleh PERINTIS IMAM MAHDI as sebelum kemunculan era IMAM MAHDI ra.
Wahai pencinta kebenaran dr ALLAH bangunlah dan bersedialah bergelar pembela dan penegak Islam...... Kpd senior2 ku dahulu di mana kamu semua? Hadirlah dan semarakkanlah semangat mu kembali kerana cahaya fajar kemenangan Islam sudah mula tersingkap. Semoga kita semua sempat menyumbang segala bakti utk kebangkitan kurun era perintis ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, March 7, 2022

Sengaja Menempah Maut Oleh Dr Hadi Hasan

Ini namanya sengaja menempah maut. Ia bukannya suatu usaha ikthiar atau kalau mati kita berserah ja kpd Allah sebab itulah takdirNya. Jangan salahkan takdir tetapi terjadi sebab kebodohan kita dan ini boleh dikategorikan sbg membunuh diri. Membunuh diri jawapnya pasti hampir kekal dalam neraka..... NAUZUBILLA MIN ZALIK.
Surah al Baqarah ayat 195 :
وَلَا تُلْقُوْا بِاَيْدِيْكُمْ اِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ
"Dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri".



Sunday, March 6, 2022

Sejarah Empayar SELJUK Oleh Dr Hadi Hasan

Hasil menonton cerita sejarah empayar SELJUK dan di awal pembentukan empayar Othmaniyyah, sy dapati memang jadi lumrah wujudnya individu dr kalangan org Islam sendiri yg mudah diperdaya, diperguna dan dimanipulasi oleh musuh Islam. Tipu muslihat musuh Islam bertujuan agar tidak terbina atau runtuhnya negara yg benar2 Islam. Mereka ingin memastikan ajaran Islam tidak berkembang, tersebar dan org2 Islam tidak berpegang kpd Islam sebenarnya. Kalau boleh biarlah org Islam menjadi org Islam yg liberal.
Individu yg menjadi boneka musuh2 Islam ini akan sanggup menzalimi, menindas hatta membunuh sesiapa sahaja asalkan cita2 dan impiannya yg dijanjikan musuh Islam tercapai. Acap kali dia tidak sedar apa dianggap, diperkatakan dan dilakukannya adalah tidak betul dan jauh dr lunas2 agama. Namun disebabkan mentaati kebatilan dan mengikuti telunjuk sesat musuh Islam, hati mereka telah tertutup rapat dr cahaya hidayah Allah SWT, semua yg salah itu pada dia adalah benar dan patut dilakukan.
Persoalan mengapa tetap ada individu Islam jadi sebegini?
Ini tidak lain kerana individu itu telah dihinggapi penyakit yg sangat bahaya hatta lebih bahaya dr Covid iaitu penyakit AL WAHN. Penyakit CINTA DUNIA DAN TAKUT MATI ini akan menyebabkan seseorang melakukan apa sahaja walaupun sesuatu itu bertentangan dgn syariat Islam asalkan habuan dunia seperti harta kekayaan, pangkat kedudukan, sanjungan yg dicintainya dia perolehi. Dia seolah2 hanya nampak kehidupan dunia dan lupa kehidupan akhirat. Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja, baik org bawahan maupun golongan atasan, samada berpangkat ataupun tidak hatta golongan agamawan sekalipun akan masuk perangkapnya selagi dia kuat cintanya kepada dunia. Kecintaan kpd dunia menjadikannya takut mati. Penyakit ini akan jelas kelihatan apabila dia tiada perasaan apabila org lain susah, teraniaya, dizalimi dan terbunuh. Malah dia tidak merasa apa2 takala agama atau Nabi SAW dihina atau dijadi gurau senda samada dilakukan oleh musuh Islam atau olehnya sendiri.
Apa yg paling malang lagi apabila mereka dengan rela sanggup dipergunakan dan manipulasi dgn tipu muslihat musuh Islam menjadi penghalang KEBANGKITAN CAHAYA ISLAM. Mereka mungkin menyangka mereka lah yg sebenarnya memakmurkan, memajukan dan mengharmonikan agama, rakyat dan negara tetapi sebenarnya merekalah boneka yg digerakkan utk Islam tidak tersebar, menyerlah, unggul agar menjadi panduan dan penyelamat bagi umat sejagat. Tangan2 musuh Islam terutama dr golongan Yahudi, nasrani dan musyrikin telah mengenggam kerongkong mereka dan mengREMOTE CONTROLkan mereka. Apatah lgi ketika ini, sekarang ini era kemunculan FASA KHILAFAH ALA MINHAJ AN NUBUWA seperti yg dijanjikan BAGINDA SAW bakal muncul bila2 masa.
WALAU BAGAIMANAPUN kpd mereka yg cintakan Allah SWT dan RasulNya jangan sedih dan berduka. Allah SWT telah menjanjikan setiap perancangn yg didalangi musuh2 Islam untuk menyekat kemunculan CAHAYANya pasti ada golongan sedikit (THOIFAH) kedepan yg membela AgamaNya. BENDERA TAUHID, bendera yg HAQ, yg pastinya telah menyelamatkan umat manusia sejak zaman berzaman, sekali lagi akan pasti kembali tegak berkibar megah walaupun seribu rintangan menghalangnya sepertimana yg dibuktikan oleh empayar seljuk dan empayar Othmaniyyah.
Dalam kedua2 empayar ini walaupun semua musuh di sebelah menentang mereka baik dr golongan musuh Islam ataupun golongan munafik dr kalangan org Islam sendiri yg menjadi talibarut, dan walaupun semua jalan atau peluang telah mereka tutup rapat untuk menyekat AGAMA ALLAH ini, namun tetap ada ruang yg mircle ( diluar sunnatullah) ALLAH tunjukkan utk menumpaskannya. Ini kerana ALLAH SWT senantiasa bersama2 hamba2Nya yg benar, tulus ikhlas dan mempunyai semangat jitu utk menyelamatkan umat manusia di dunia dan akhirat.
Ketahuilah ALLAH lah yg mencipta dan mengatur semua sejak dahulu sampai bila2 maka mana mungkin sesuatu dpt menumpaskan atau memerangkap ALLAH SWT. Kita saksikan dlm kedua2 empayar yg berjaya memerintah dgn keadilan, hampir sebahagian dunia ini adalah mereka yg mempunyai keyakinan, keimanan, keikhlasan, keadilan, kesaksamaan dan hala tuju perjuangan utk mendapat keredhaan ALLAH SWT.
Sy teringat kata Sultan MELIKSAH yg memerintah empayar seljuk ketika ditanya oleh COUNT ALBERT berkenaan harta simpanannya. Ini kerana bg anggapan COURT ALBERT sultan meliksah antara sultan yg mempunyai kekayaan dan bala tentera yg banyak. Sultan MELIKSAH berkata " yg menjadi harta persendirian ku adalah kuda ku, pedang ku, sejadah ku dan cerek wudhu ku. Yang lain bukan kepunyaan ku. Kerajaan, kekayaan dan ketenteraan ini akan ditinggalkan dr satu generasi kepada satu generasi. Semuanya diwarisi dan akan menjadi milik sultan2 seterusnya. Kami mencontohi BAGINDA SAW yg tidak pun meninggalkan harta kekayaan. Ini kerana kediaman kekal bukan di dunia tetapi adalah di akhirat kelak".
Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dan memimpin kita jauh dr kejahatan hawa nafsu yg selalu membawa ke jalan kecelakaan diri dan memudaratkan orang lain. Selagi kita hidup maka selagi itu kita ada peluang kembali ke pangkal jalan, jalan menuju kepada keredhaan ALLAH SWT. JANGANLAH KITA MENGEMPEN ATAU SEOLAH2 MEMAKSA UTK MANUSIA MEMBAHAYAKAN DAN MEMBUNUH DIRINYA. Sedangkan kita tahu dan maklum ini semua adalah agenda musuh2 Islam terutama utk mengagalkan dan menganggu gugat era kebangkitan FASA KE 5 yg telah dijanjikan BAGINDA SAW ini. INGATLAH perbuatan sebegini pasti tidak mendapat keredhaanNya malah mengundang kemurkaanNya yg boleh jadi menyebabkan kekal dalam azab api neraka di akhirat kelak. Apa guna kehidupan dunia yg dalam seribu macam kesenangan kalau kehidupan itu adalah kehidupan yg TIDAK DIREDHAI ALLAH SWT....NAUZUBILLAH MIN ZALIK.
"YA ALLAH! TUHAN SEKELIAN ALAM, AMPUNILAH DOSA DAN KESALAHAN KAMI DAN KAMI MEMOHON PETUNJUK AKAN DIKAU AGAR SEMUA UMAT MANUSIA SELAMAT DAN DIJAUHKAN DARI SEGALA BAHAYA DUNIA DAN AKHIRAT.
YA ALLAH! YA TUHAN KAMI, ENGKAULAH YANG MENCIPTAKAN KAMI, MAKA BERILAH KAMI TAUFIK AGAR DAPAT BERBUAT KEBAJIKAN.
YA ALLAH! YA TUHAN KAMI, ORANG-ORANG KAFIR BERILAH MEREKA PETUNJUK AGAR MASUK AGAMA ISLAM, ORANG YANG SEMPIT REZEKI LUASKAN REZEKINYA, ORANG YANG SAKIT SIHATKANLAH, ORANG YANG DALAM KESUSAHAN SENANGKANLAH, ORANG YANG SESAT KEMBALIKANLAH KE JALAN YANG BENAR YANG ENGKAU REDHAI.
MUDAH-MUDAHAN SEMUA UMAT MANUSIA SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT.” AAMIN



Jiwa yang gelisah Oleh Hj Nadir Yusoff

100 tahun dunia tanpa khalifah.
Jiwa yg gelisah...
Orang yang hidup dalam kecintaan kepada Allah, jiwanya bahagia di dunia dan di akhirat.
Ada yang bimbang dengan perkara lain selain dari bimbang dalam hati tiada Nabi, tiada Allah, sedangkan ini yang perlu dibimbangkan.
"Orang yang hidup dalam kecintaan kepada Allah, masa depannya terjamin di dunia dan akhirat, jiwanya dikurniakan permata kebahagiaan. Sang Kekasih tidak akan membiarkan kekasih Nya menuju kebinasaan."
Allah akan sentiasa menjaga hamba-hamba Nya iaitu mereka yang memiliki hati yang bersih kepada Allah.
Siapa yang bergantung kepada manusia, hatinya tidak akan tenang. Siapa yang bergantung kepada Allah, hatinya akan tenang, kerana pintu Allah tidak pernah tertutup untuk hambaNya.
Misi Kebangkitan Islam Kurun ke 15.

Tuesday, March 1, 2022

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

28/2/2022
PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
Israk & Mikraj merupakan salah satu peristiwa penting lagi luarbiasa hebatnya dalam sejarah Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT:
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
(Surah Al-Isra', Ayat 1)