Saturday, June 20, 2020

Buat Pemimpin dan Ulama Islam di Indonesia, bacalah perutusan khas ini

Buat Pemimpin dan Ulama Islam di Indonesia, bacalah perutusan khas ini

https://youtu.be/TfVI5unjGsI

12hb Jun 2020/20 Syawal 1441H

  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan seru sekalian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, penutup para Nabi dan Rasul AS yang diutuskan sebagai rahmat bagi sekalian alam. Begitu juga ke atas keluarga dan para Sahabat RA Baginda SAW penerang bagi umat ini.

PENYELAMAT DI AKHIR ZAMAN

Pada musim Haji tahun 1950 ketika Yang Mulia Tuan Guru Sheikh Tuan Haji Ghulam Hassan Ali Akbar Al-Haj Al-Khatamul Muhammadiyyah, Al-Bikangi RA (YMTG RA) menziarahi Nabi SAW di Kota Madinah Al-Munawwarah, Nabi SAW sendiri berjumpa secara jaga dengan YMTG RA. Nabi SAW menyerahkan sebuah kitab Al-Quran kepada YMTG RA seraya berkata “bawalah semua umat manusia kembali kepada Allah SWT dengan berpandukan Al-Quran”. Al-Quran ini adalah tersimpan dikediaman YMTG RA di Kampung Bikang, Lahad Datu, Sabah, Malaysia. Bekas tangan mulia Nabi SAW berada dikulit naskah Al-Quran itu dan bagi siapa yang mempunyai penglihatan hati akan dapat menyaksikannya sebagai bukti bahawa peristiwa itu benar-benar telah berlaku. Tugas membawa manusia kembali kepada Allah SWT adalah tugas para Nabi dan Rasul AS yang disempurnakan oleh Nabi SAW itu sendiri. Tugas yang mulia ini diserahkan kepada seorang sahaja diantara umatnya di akhir zaman iaitu YMTG RA.  Ini memberi isyarat bahawa YMTG RA memikul tugas Nabi SAW itu sendiri.  Dengan ini layaklah dikatakan YMTG RA sebagai Khatamul Muhammadiyyah. Dalam kewalian ada pangkat yang paling tinggi iaitu Al- Khatmiyyah. Al-Khatmiyyah terbahagi kepada dua (2) iaitu Al-Khatamul Ahmadiyyah dan Al-Khatamul Muhammadiyyah. Al-Khatamul Ahmadiyyah adalah lebih tinggi daripada Al-Khatamul Muhammadiyyah. Al-Khatamul Ahmadiyyah adalah Imam Al-Mahdi RA. Manakala Al-Khatamul Muhammadiyyah itu adalah YMTG RA sebagai perintis kerajaan langit Al- Mahdi. Nabi SAW telah bersabda bahawa akan muncul manusia daripada timur yang merintis pemerintahan Al-Mahdi. Ini bererti sebelum Al-Mahdi akan muncul segolongan umat manusia daripada timur sebagai perintis kerajaan Al-Mahdi. Ini bererti bahawa YMTG RA adalah pemimpin perintis bagi kerajaan Al-Mahdi.  

Apabila Nabi SAW menyerahkan tugasnya kepada YMTG RA ini bererti Nabi SAW telah melihat bahawa penyakit yang melanda umatnya di akhir zaman ialah jauh daripada Allah SWT bukan sahaja orang-orang kafir bahkan umat Islam sendiri. Apa yang sedang berlaku ke atas umat manusia hari ini membuktikan demikian. 

COVID-19 yang merupakan azab telah menimpa keatas negara China dan merebak keseluruh dunia. Sebagaimana kita ketahui bahawa tujuan Allah SWT menimpakan bala ujian atau azab adalah untuk menyedarkan umat manusia agar kembali kepada Allah SWT. Apa yang berlaku di akhir zaman ini majoriti umat manusia tidak beriman kepada Allah SWT dan RasulNya dengan memilih agama mereka masing-masing selain daripada agama Islam atau langsung tidak beragama. Manakala umat Islam ramai yang menyimpang daripada jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Inilah sebabnya turun azab Allah SWT itu yang menimpa ke atas seluruh umat manusia. Bagi umat Islam hendaklah bertaubat dan kembali kepada Allah SWT dengan mengerjakan segala perintahNya dan menjauhi laranganNya iaitu mentaati Allah SWT dan RasulNya SAW, kembali kepada jalan yang benar iaitu jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Untuk mencapai tujuan tersebut para pemimpin dan juga ulama Islam hendaklah menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perlembagaan negara mereka masing-masing berteraskan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Manakala orang kafir hendaklah memeluk agama Islam. Firman Allah SWT dalam surah Az-Zumar ayat 54:

وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِن قَبْلِ أَن يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ
 
“Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)”

Agama Islam adalah agama rahmat dan penyelamat bagi seluruh alam yang bererti umat Islam adalah merupakan rahmat dan penyelamat bagi seluruh alam. Dalam hal COVID-19 ini tidak ada seorang pun pemimpin atau ulama Islam yang bangun untuk menyelamatkan umat manusia yang sedang dilanda azab Allah SWT ini. Tindakan mereka adalah seperti orang yang tidak beriman dan tidak kenal Allah SWT iaitu tindakan orang-orang kafir.  Ini menjadikan agama Islam sama tarafnya dengan agama-agama lain.

Sebenarnya COVID-19 bagi kita umat Islam hendaklah kita menerimanya dengan tangan terbuka.  Ini kerana ia merupakan perintis kebenaran di akhir zaman ini kerana dengannya kita akan mudah menyebarkan agama Islam terutama kepada orang-orang kafir. Oleh kerana pemimpin dan ulama Islam tidak menyedari tujuan sebenarnya COVID-19 ini hingga mereka menganggapnya sebagai wabak penyakit yang ditakuti dan wajib ditangani, maka tibalah masanya bagi perintis kerajaan Al-Mahdi muncul daripada timur untuk menyelamatkan umat manusia dengan membawa mereka kembali kepada Allah SWT. 

Masa yang ditunggu-tunggukan itu akan tiba bagaikan fajar menyingsing.
  
Surah Hud ayat 81:

أَلَيْسَ الصُّبْحُ بِقَرِيبٍ

bukankah waktu subuh itu sudah dekat?"

“Ya Allah! Tuhan sekalian alam, ampunilah dosa dan kesalahan kami dan memohon petunjuk akan Dikau agar semua umat manusia dijauhkan dari segala bahaya dunia dan akhirat. Ya Allah! Ya Tuhan kami, Engkaulah yang menciptakan kami, maka berilah kami taufik agar dapat berbuat kebajikan. 
 
Ya Allah! Ya Tuhan kami, kepada orang-orang kafir berilah mereka petunjuk agar masuk Agama Islam, orang yang sempit rezeki luaskanlah rezekinya, orang yang sakit sihatkanlah, orang yang dalam kesusahan senangkanlah, orang yang sesat kembalikanlah ke jalan yang benar yang Engkau redhai.
 
Mudah-mudahan semua umat manusia selamat di dunia dan akhirat.” 
 
 
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ اَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَّابُ رَّحِيْمُ. سُبْحٰنَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ. وَسَلٰمٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ. وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعٰلَمِيَن.
 
اَللَّهُمَّ صَلِّى وَسَلِّمْ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ الْفَاتِحِ لِمَا اُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ  لِمَا سَبَقَ وَنَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِىْ اِلَى صِرَاطِ الْمُسْتَقِيْمِ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ

Sunday, June 14, 2020

#covid19 tidak berjangkit

Guru Mursyid kita berkata penyakit itu arahan Tuhan. Tiada kategori samada berjangkit atau tidak berjangkit.

Kalau iman tak boleh diwarisi, macam mana penyakit boleh pula?

Iktikad berjangkit itu salah, itu iktikad orang kafir.

Sabda Rasulullah SAW:

لا َعَدْوَى وَلاَ طِيَرَةَ، وَلاَ هَامَةَ وَلاَ صَفَرَ، وَفِرَّ مِنْ اَلْمَجْذُوْمِ كَمَا تَفِرُّ مِنْ الأَسَدِ.

Tidak boleh menjangkitkan penyakit, dan tidak boleh mempercayai kesialan, dan tidak boleh mempercayai Hama, dan tidak boleh (mempercayai kecelakaan) pada bulan Safar, dan larilah kamu dari penyakit kusta sebagaimana kamu lari dari seekor singa.