Saturday, February 8, 2020

Mesej Penting Yang Mulia Guru Haji Abdul Rahim Al Hassaniyyah

Mesej penting dari Guru Mursyid kita Hj Abdul Rahim AlHassaniyyah utk semua umat Nabi SAW...


ZAMAN KENABIAN BERULANG

Di akhir zaman ini kezaliman, penindasan, pembunuhan, kekufuran, kesyirikan dan kaum Luth telah melampui batas sedangkan pemimpin dan ulama dikalangan umat Islam tidak ramai yang bangun menegakkan kebenaran, mengajak seluruh umat manusia kembali kepada Allah SWT serta memberi peringatan tentang azab Tuhan yang akan menimpa orang-orang yang ingkar terhadap Allah SWT dan RasulNya SAW. Bahkan ada dikalangan pemimpin dan umat Islam itu sendiri terlibat secara langsung atau tidak dengan perbuatan kebatilan.  Ini disebabkan ramai umat Islam yang terkeluar dari golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Oleh yang demikian tidak hairanlah kalau  Allah SWT  menimpa azab yang sama seperti umat-umat terdahulu. Firman Allah SWT dalam surah Al-Isra’ ayat 8:

وَإِنْ عُدتُّمْ عُدْنَ

“tetapi jika kamu kembali (melakukan kejahatan) nescaya Kami kembali (mengazabmu)”

Walaupun ayat ini ditujukan kepada Bani Israel tetapi ia juga membawa pengertian yang umum. 

Kini kita telah masuk zaman Nabi Nuh AS dimana orang-orang melakukan kerosakan serta tidak beriman kepada Nabi Nuh AS bahkan mengejeknya  semua ditenggelamkan dalam air bah yang menimpa seluruh dunia.  Orang-orang beriman serta binatang yang berpasang-pasangan selamat daripada azab Allah SWT itu dengan menaiki bahtera Nabi Nuh AS.  Oleh kerana keingkaran dan pengejekan terhadap Nabi Nuh AS dan agama yang dibawanya iaitu agama Allah, agama Islam menyebabkan turunnya bala berupa air bah yang menenggelamkan semua umat Nabi Nuh AS yang kafir itu. 

Keingkaran dan pengejekkan itu telah berulang di zaman ini terhadap agama Allah iaitu agama Islam serta RasulNya (Nabi Muhammad SAW). Tetapi kali ini Allah SWT tidak mengazab orang-orang  yang bersifat demikian dengan air bah tetapi dengan sejenis azab berupa “penyakit” yang bermula daripada negara China dan merebak keseluruh dunia. 

Tentu sahaja orang-orang ingkar serta mempersenda gurau agama Islam serta Nabi Muhammad SAW akan dilanda oleh azab itu dan apa yang berlaku terhadap kaum Nabi Nuh AS akan juga berlaku kepada mereka itu.  Dan apa yang Allah SWT lakukan terhadap kaum Nabi Luth AS akan juga Allah SWT lakukan ke atas kaum Luth di akhir zaman ini yang merasa aman dari azab Allah SWT bahkan mereka merasa bangga dengan perbuatan mereka. itu   Iaitu mereka akan ditelan bumi.  

Oleh kerana kemulian Nabi Muhammad SAW, Allah SWT tidak akan membunuh semua yang ingkar dan mengejek agamaNya serta RasulNya SAW itu, tetapi diberi tempoh sehinggalah mereka mengambil ubatnya yang mana ubatnya itu ada pada agama Islam.  Dan hendaklah mereka menyertai bahtera Nabi Nuh AS di akhir zaman ini agar selamat bahaya dunia dan akhirat.