Recipe Makanan Iman

Chocolate chip Ukay Perdana



12 oz tepung
8 oz butter = 1 buku butter (gunakan yang sedap punye butter ie butterblend/ferncare) kalau tidak butter biasa pun tak apa
6 oz gula kastor atau brown sugar
2 biji telur kuning
6 oz choc chip
4 oz badam cincang atau walnut (nip almond/walnut)
 (ikut suka tapi saya guna 2 sudu besar sahaja, kalau suka lebihkanlah sdkt)
Vanila
(Untuk lebih kurang 200 pieces cookies)

Cara-cara
Pukul Butter + brown sugar = kembang
Campurkan telor (fridge) satu demi satu
campurkan tepong dan koko
Akhirnya campur dan gaul choc chip, badam
Bentuk ikut suka..........bebas



=================================================

IKAN MASAK TAUCHU BABUSALAM


Ikan Bawal merah atau putih
Plum sos masam manis atau asam jawa
1 ibu jari halia di layang
4 ulas bawang merah besar
5 bawang putih
3-4 sudu tauchu manis dan bergaram (CINTA) kacang kuning manis
1 lobak merah potong dadu (jika suka)
garam & gula secukup rasa
kicap cair

CARA-CARANYA

1. Perap dengan kicap cair, halia, garam selama 15-20 min
2. Masukkan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak
3. tumiskan bawang merah & putih sehingga kekuningan & masukkan air asam jawa atau plum sos, tauchu, dan lobak merah & gula
4. Akhir sekali tuangkan ke dalam loyang ikan tadi dan kukus lagi secukupnya.




***********************************************************
SOTO KAK JAM



BAHAN2 DAGING BEREMPAH
Daging dipotong kecil
Jintan putih – sdkt dari rempah yg lain )
Jintan manis                                           ) disangai & diblend halus
Ketumbar                                               )
Gula
Garam

CARA2 = rempah ratus di atas digaul (DI RAMAS) dgn daging bersama banyak gula (sampai melekit tangan) & garam. Letak periuk atas api dan daging ditumis dengan minyak. Last sekali selepas ditumis masukan pati santan dlm secawan.



BERGEDIL
Kentang – dipotong2 & digoreng biasa kemudian ditumbuk
Daging berempah dipotong halus2
Daun bawang & daun saderi
Kuning telor
Tepung gandum & tepung jagung
Dicampurkan & dibulatkan = apabila nak digorengkan gaulkan dgn putih telur

SOP
Tulang2 daging dilumur dgn rempah ratus (jintan manis, ketumbar & jintan putih)
Panaskan minyak – tumis bawang putih & bawang dan pelbagai rempah (kayu manis, lawang & pelaga )
kemudian masuk air sehingga mendidih – masukkan tulang daging tadi
Masukkan buah pala, serai, garam
rebus sehingga lembut daging

Hidangkan bersama NASI empet, taugeh, kacang goreng, soon hooon goreng, daun saderi & bawang, daging, bergedil & cili api kicap


Sambal kicap


Cili padi secukupnya digoreng bersama 4 biji bawang putih(bergantung kpd banyaknya cili padi)


Diblend dan dimasukan kicap kipas udang + gula dan air asam jawa(Pekat)




Selamat mencuba.




Jamaliah@ an nisa team
6/8/2010



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

APA YANG DIKATAKAN MAKANAN IMAM dari sudut pandangan kami untuk dikongsi bersama...

Makanan iman dari segi bahasa ialah sumber makanan yg suci (bersih dari sumber rezeki yg halal dan dari sumber bahan yang suci). Dari sudut istilah ialah makanan yang memberi kita kekuatan dari segi fizikal dan rohani semata-mata untuk beribadat kepada ALLAH SWT.

Bagi pendapat kami, bukanlah makanan itu yang mengenyangkan dan bukanlah makanan itu yang membawa penyakit zahir. Namun yang mengenyangkan dan menyihatkan atau sebaliknya adalah dari ALLAH SWT semata-mata.

Walau bagaimanapun makanan itu merupakan sunatullah (proses kehidupan) untuk kita hidup dimuka bumi ini bagi mengimarakkan bumi yang kita huni ini. Oleh itu makanan yang suci itu adalah sebenar2nya makanan yg melazatkan kerana membawa keberkatan dan kekuatan kepada rohani dan jasmani justeru itu melahirkan iman - memberi kesedapan dan keenakan zahir dan batin untuk beribadat serta sujud kepada tuhan yang esa dalam erti kata dapat melahirkan hati yang lembut dan tenang sehingga ianya berasa syukur di atas nikmat dan hikmah yang diberi oleh ALLAH WT yang maha Agung. Insya ALLAH.

Bahkan makanan yang dimasak/dihidang/dihadiri oleh orang soleh atau pembantu2 orang2 soleh atau wang/sumber rezeki dari orang soleh merupakan makanan yang paling berzat dan yang paling efektif untuk rohani dan jasmani membina kekuatan hati/iman, juga memberi kesan yang baik sebagai satu antibodi penghalang segala penyakit. Juga sebagai satu medium mengubati penyakit rohani seperti penyakit rindu, penyakit jiwa dan hati yang kronik - seterusnya mengubati segala penyakit fizikal atau penyakit badan sepert demam, selsema, pening dan lain2.

Justeru itu, menghadirkan diri di majlis2 dan kenduri2 yang dianjurkan oleh orang soleh atau yang dihadiri oleh orang soleh sangat2lah digalakkan bukan sahaja makanan yang dihidangkan itu bagus untuk badan ianya bagus juga untuk hati yang lara.

Pendek kata, makanan yang dimasak dengan dimulai dengan bismillah dan selawat - dilahirkan pula keikhlasan untuk memberi orang makan, bahkan berkongsi pula resipi masakan itulah definasi makanan iman untuk santanpan kerohanian bukan sahaja melahirkan kemanisan iman diri sendiri ianya juga menambahkan kasih sayang dan mengeratkan perhubungan sesama keluarga ataupun tetamu yang dihidangkan. Juga, mudah2an yang kita harapkan sangat ialah hubungan kita dengan Pencipta kita- ALLAH SWT semakin baik dan mendapat keredhoaaNya. 
An Nisa team
5/8/2010