Guru's crystal quotes

"Biarlah dunia terlepas daripadamu, namun Tuhan jangan terlepas dari engkau"
                                               -Yang Mulia Tuan Guru Haji Ghulam Hassan Ali Akbar Al-Bikangi RA.


Syair YM Tuan Guru ini adalah terjemahan syair beliau dari bahasa Urdu.  Beginilah salah satu contoh betapa indahnya kata-kata mereka yang telah menempuh onak dan duri demi mendekatkan diri kepada Allah SWT. Hidup dan mati kekasih-kekasih Allah SWT ini hanya untukNya.  Ringkas kata-katanya tetapi penuh dengan maksud yang begitu mendalam, yang harus dirungkai satu persatu agar menjadi pedoman buat kita di dunia yang fana ini.


Kata-kata Mutiara YM Tuan Guru RA tentang PENYAKIT

Apabila orang ramai datang ke tempat beliau untuk berubat, YM Tuan Guru RA sentiasa menasihati mereka supaya bersabar. Kata Beliau:


"Tuan-tuan, penyakit adalah ujian dari Allah SWT. Sebab itu apabila kena penyakit hendaklah bersabar dan kuat sembahyang. InsyaAllah, Allah SWT akan menyembuhkan penyakit kamu. Janganlah kelam kabut ke hospital atau ke bomoh kerana penyakit hanya Allah SWT sajalah yang dapat menyembuhkannya. Sembahyanglah sunat taubat dan hajat. Kemudian mintalah kepada Allah SWT supaya menghilangkan penyakit kamu itu. Bacalah surah Al-Fatihah dan tiuplah kepada segelas air lalu minum. InsyaAllah penyakit kamu akan sembuh berkat Nabi SAW. Kerana Nabi SAW bersabda bahawa Al-Fatihah adalah ubat segala penyakit kecuali mati.”